Yves Saint Laurent (pereka fesyen)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yves Henri Donat Mathieu Saint-Laurent
Kelahiran Yves Henri Donat Mathieu Saint-Laurent
1 Ogos 1936
Oran, Algeria Perancis
Meninggal dunia 1 Jun 2008 (71 tahun)
Paris, Perancis
Warganegara French
Pekerjaan Pereka fesyen

Yves Henri Donat Mathieu Saint-Laurent, atau Yves Saint Laurent (12 Ogos 1936, Oran - 1 Jun 2008, Paris, 71 tahun), ialah pereka fesyen yang berbangsa Perancis.

Kini label yang ditubuh beliau masih diperingati dan masih aktif walaupun beliau sudah meninggal dunia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Oran, pada 1 Ogos 1936.

Kerjayanya sebagai pereka fesyen[sunting | sunting sumber]

Pembabitannya dalam dunia fesyen bermula pada usianya 17 tahun iaitu apabila beliau memenangi tempat pertama pada pertandingan rekaan fesyen yang dianjurkan ileh International Wool Secretariat. Kemudian, beliau menyertai Chambre Syndicale School namun beliau hanya sempat belajar selama tiga bulan sahaja kerana rezekinya bukan di sekolah tersebut.

Christian Dior melamarnya bekerja apabila bakatnya terserlah pada hasil rekaannya yang berjaya memikat hati pereka tersebut. Saint Laurent melancarkan koleksi solo pertamanya pada 1958 iaitu koleksi Trapeze yang menampilkan ilham rekaan pakaian wanita baru yang mana bahagian bahu rendah dan melebar. Pada 1962, beliau menubuhkan butik fesyen sendiri bersama rakan kongsinya, Pierre Gerge.

Beliau mengembuskan nafas terakhir bersama rakan kongsinya pada Ahad, 1 Jun 2008.