ZF2001

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ZF2001
Butiran vaksin
Penyakit sasaranSARS-CoV-2
JenisSubunit protein
Data klinikal
Nama dagangZIFIVAX
Kaedah
pemberian
Intraotot
Pengecam
DrugBank

ZF2001 dengan nama cap dagang ZIFIVAX, ialah sejenis vaksin COVID-19 subunit protein tambahan yang dikembangkan oleh Anhui Zhifei Longcom dengan kerjasama Institut Mikrobiologi di Akademi Sains China.[1][2] Pada Disember 2020, vaksin ini telah dijalankan ujian tahap III dengan 29,000 orang peserta di China, Ecuador, Malaysia, Pakistan dan Uzbekistan.[3][4]

ZF2001 menggunakan teknologi yang serupa dengan vaksin berasaskan protein lain dalam percubaan Tahap III daripada Novavax, Vector Institute dan Medicago.[5] Vaksin ini diberikan dalam tiga dos dalam jangka masa dua bulan.[6]

ZF2001 pertama kali diluluskan untuk digunakan di Uzbekistan dan kemudian China.[7][8] Kapasiti pengeluaran dijangka mencecah satu bilion dos setahun.[6] Keputusan ujian tahap II yang diterbitkan dalam The Lancet melalui penggunaan tiga dos menunjukkan kadar serokonversi antibodi peneutralan antara 92% hingga 97%.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Anhui Zhifei Longcom: RBD-Dimer – COVID19 Vaccine Tracker". covid19.trackvaccines.org. Dicapai pada 2020-12-27.
  2. ^ "COVID-19 Vaccine: ZIFIVAX by Anhui Zhifei Longcom Biopharma, Institute of Microbiology Chinese Academy of Sciences". covidvax.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-27.
  3. ^ "Fifth Chinese Covid-19 vaccine candidate ready to enter phase 3 trials". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-20. Dicapai pada 2020-12-27.
  4. ^ Ying TP (2020-12-07). "MYEG to conduct phase 3 clinical trial for China's Covid-19 vaccine in Msia | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-27.
  5. ^ Zimmer C, Corum J, Wee SL (2020-06-10). "Coronavirus Vaccine Tracker". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-12-27.
  6. ^ a b "China's production bottleneck 'could be eased with latest Covid-19 vaccine'". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-17. Dicapai pada 2021-03-18.
  7. ^ Liu, Roxanne (2021-03-15). "China IMCAS's COVID-19 vaccine obtained emergency use approval in China". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-15.
  8. ^ Mamatkulov, Mukhammadsharif (2021-03-01). "Uzbekistan approves Chinese-developed COVID-19 vaccine". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-02.
  9. ^ Yang, Shilong; Li, Yan; Dai, Lianpan; Wang, Jianfeng; He, Peng; Li, Changgui; Fang, Xin; Wang, Chenfei; Zhao, Xiang; Huang, Enqi; Wu, Changwei (2021-03-24). "Safety and immunogenicity of a recombinant tandem-repeat dimeric RBD-based protein subunit vaccine (ZF2001) against COVID-19 in adults: two randomised, double-blind, placebo-controlled, phase 1 and 2 trials". The Lancet Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris). 0. doi:10.1016/S1473-3099(21)00127-4. ISSN 1473-3099. PMC 7990482. PMID 33773111.