Zach Sobiech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zach Sobiech
Kelahiran
Zachary David Sobiech

(1995-05-03)3 Mei 1995
Meninggal duniaMei 20, 2013(2013-05-20) (umur 18)
Nama lainZach Sobiech
Pekerjaan
Tahun aktif2010–2013
Ibu bapaLaura Sobiech (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Pengkarya berkait
A Firm Handshake

Zachary David Sobiech (lahir 3 Mei 1995 - 20 Mei 2013) ialah penyanyi-penulis lagu dan pemuzik Amerika Syarikat yang menyertai kumpulan A Firm Handshake. Salah satu singlenya "Clouds" mendapat perhatian luas di YouTube, sebelum kematiannya akibat kanser pada Mei 2013.[1][2] Single itu berjaya tersenarai dalam carta Billboard Hot 100, dan menjadi hits di United Kingdom, Kanada, dan Perancis. Pada 18 Oktober 2020, selepas filem Clouds (2020) dikeluarkan, lagu itu menaiki carta lagu iTunes dengan menduduki kedudukan #1.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zachary melanjutkan pendidikan di St. Croix Catholic School in Stillwater, MN. Kemudian, beliau bersekolah di Stillwater Area High School. Pada usia 14 tahun, Sobiech disahkan menghidap penyakit esteosar, sejenis kanser tulang yang sering menyerang kanak-kanak.[3] CBS melaporkan bahawa beliau menjalani 10 kali pembedahan dan 24 kali kemoterapi.[4] Beliau sendiri mula menulis lagu setelah mengetahui penyakit tersebut.[5]

Pada Mei 2012, doktornya mendiagnosis umur hayat Sobiech hanya berbaki setahun.[6] Beliau merakamkan lagu berjudul "Clouds" yang berkisarkan tentang perjuangannya menentang kanser.[7] Ia dikeluarkan di YouTube pada Disember 2012 dan video tersebut tular dengan 3 juta penonton sewaktu kematiannya. Video itu telah mencapai 19 juta penonton dan terus meningkat.[8]

A Firm Handshake[sunting | sunting sumber]

A Firm Handshake
Tahun aktif2012–2013
Syarikat rakaman
Rock the Cause
AhliSammy Brown
Reed Redmond
Bekas ahliZach Sobiech

Sebelum kematiannya, Zach Sobiech menyertai sebuah kumpulan muzik dikenali sebagai A Firm Handshake dengan bersama rakannya Samantha "Sammy" Brown dan Reed Redmond.[1] EP pertama dan satu-satunya dari band ini, Fix Me Up, dikelurkan secara digital pada awal tahun 2013,[9] menduduki carta lagu Amerika Syarikat, England, dan Kanada. Single sulung mereka berjudul "How to Go to Confession" bersama Sammy Brown.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Sobiech meninggal dunia pada 20 Mei 2013 akibat penyakit kompikasi osteosarkoma, di rumahnya di Lakeland, Saint Paul, Minnesota, tujuh belas hari setelah hari ulang tahunnya ke-18.[8][10] Upacara persemadiannya berlangsung di Gereja Katolik St. Michael kemudian ia disemadikan di Perkuburan St. Michael's.[11]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Saluran YouTube SoulPancake milik Rainn Wilson melancarkan sebuah dokumentari mengenai Sobiech araha Justin Baldoni.[5][12] 22 minit episod My Last Days: Meet Zach Sobiech telah ditonton lebih dari 16 juta penonton di saluran YouTube SoulPancake.[13] Episod selanjutnya My Last Days: Zach Sobiech dibuat setahun kemudian untuk ditujukan kepada keluarga Zach dan rakan-rakannya setelah kematiannya.[14]

Pelbagai artis telah memberi penghargaan, termasuk versi saduran dari lagu "Clouds",[15] menampilkan pengarah Rainn Wilson bersama Bryan Cranston, Ashley Tisdale, Jason Mraz, Sara Bareilles, Colbie Caillat, Phillip Phillips, Passenger, The Lumineers danbanyak lagi. Muzik videonya diarahkan oleh Justin Baldoni, diterbitkan oleh Baldoni dan Ahmed Kelacek, dengan Fouad Elgohari sebagai penerbit bersama dan NIck Pezzillo sebagai penyunting. Video tersebut telah ditonton lebih dari 5 juta kali di saluran YouTube SoulPancake.[16]

Pada 5 Disember 2013 paduan suara yang terdiri sekitar 5.000 orang, menyanyikan lagu Sobiech "Clouds" di Mall of America. Acara tersebut dianjurkan oleh KS95 Kids Radiothon dengan kerjasama Children's Cancer Research Fund dan Gillette Children's Specialty Healthcare.[17]

Ibu Zach, Laura Sobiech menulis sebuah memoir tentang kehidupannya yang diberi judul Fly a Little Higher: How God Answered a Mom's Small Prayer in a Big Way. Pada awal 2016, Warner Bros mengumumkan akan menerbitkan filem yang diadaptasi dari buku tersebut. Justin Baldoni yang akan menjadi pengarah dan tajuk yang diberi ialah "Clouds" sempena lagu Zach.[18]

Filem Clouds dikeluarkan di perkhidmatan penstriman digital Disney+ pada 16 Oktober 2020. Penggambaran filem itu bermul pada 19 Oktober 2019 di Montreal dan diarahkan oleh Justin Baldoni. Filem ini dibintangi oleh Fin Argus sebagai Zach dan Sabrina Carpenter sebagai Sammy. Dua hari selepas filem ini dikeluarkan, lagu "Couds" menduduki carta lagu iTunes dengan menempati peringkat #1.[19]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Keluarga Sobiech menubuhkan The Zach Sobiech Osteosarcoma Fund di Children's Cancer Research Fund. Pada September 2015, hasil pengumpulan dana mencapai $ 2 juta.[20]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran EP Kedudukan tertinggi
US
[21]
US
Dig.

[21]
US
Heat.

[21]
US
Indie

[21]
US
Rock

[21]
CAN
[21]
UK
[22]
UK
Indie

[23]
Fix Me Up
(Among A Firm Handshake)
20 9 27 4 6 22 121 24

Single[sunting | sunting sumber]

Single Tahun Kedudukan Tertinggi Album
US
[24]
US
Rock

[24]
BEL
(Wa)

[25]
CAN
[24]
FR
[26]
SWI
UK
[22]
UK
Indie

[27]
"Clouds" 2013 26 3 29 14 26 73 50 8 Fix Me Up

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Zach Sobiech: Finding peace through music" (dalam bahasa Inggeris). childrenscancer.org. Dicapai pada 31 Mac 2021.
  2. ^ "Zach Sobiech's 'Clouds' Headed For Hot 100 Debut". Billboard (dalam bahasa Inggeris). 23 Mei 2013. Dicapai pada 24 Mei 2013.
  3. ^ Boehm, Kristin (20 Mei 2013). "Zach Sobiech Dies at 18, Teen with Cancer Who Sang Viral Hit "Clouds"". People (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2013.
  4. ^ "MN Teen Whose Song Touched The World Dies Of Cancer". CBS (dalam bahasa Inggeris). 20 Mei 2013. Dicapai pada 21 Mei 2013.
  5. ^ a b "Viral Video Sensation Zach Sobiech Dies" (dalam bahasa Inggeris). Fox2Now. 23 Mei 2013. Dicapai pada 24 Mei 2013.
  6. ^ Stump, Scott (20 Mei 2013). "Teen behind viral hit 'Clouds' dies of bone cancer weeks after celeb-filled tribute video". Today. Dicapai pada 21 Mei 2013.
  7. ^ "Zach Sobiech, Terminally Ill Singer Who Channeled His Story Into 'Clouds', Dies at 18". Billboard (dalam bahasa Inggeris). 21 Mei 2013. Dicapai pada 24 Mei 2013.
  8. ^ a b Enayati, Amanda (20 Mei 2013). "Teen featured in viral video dies". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2013.
  9. ^ "Lakeland teenager with rare cancer saying goodbye through song" (dalam bahasa Inggeris). Twin Cities. 20 Mei 2013. Dicapai pada 23 Mei 2013.
  10. ^ "Zach Sobiech dies after his farewell song became a YouTube sensation". Christian Science Monitor (dalam bahasa Inggeris). 23 Mei 2013. Dicapai pada 23 Mei 2013.
  11. ^ "Zach Sobiech's funeral arrangements set". TwinCities.com (dalam bahasa Inggeris). Pioneer Press. 19 Mei 2013. Dicapai pada 23 Mei 2013.
  12. ^ Dyball, Renni. "Stars Serenade Zach Sobiech in Appreciation of His Brave Cancer Fight". People (dalam bahasa Inggeris).
  13. ^ SoulPancake My Last Days series - Episode on Zach Sobiech di YouTube
  14. ^ Zach Sobeich, One Year Later | My Last Days di YouTube
  15. ^ Hastings, Deborah (20 Mei 2013). "Zach Sobiech, teen who wrote viral YouTube hit 'Clouds' about cancer, dies from it at 18". Daily News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2013.
  16. ^ Zach Sobiech "Clouds" Celeberity Music Video | My Last Days di YouTube
  17. ^ Divine, Mary. "5,000 sing Zach Sobiech's 'Clouds' in his memory at Mall of America". TwinCities.com (dalam bahasa Inggeris). Pioneer Press. Dicapai pada 23 Januari 2014.
  18. ^ McNary, Dave (1 Februari 2016). "Warner Bros. Developing Zach Sobiech 'Fly a Little Higher' Movie". Variety (dalam bahasa Inggeris).
  19. ^ Conway, Jeff (16 Oktober 2020). "Disney+'s 'Clouds' Hits Home In More Ways Than One". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Mac 2021.
  20. ^ "Zach Sobiech's Research Fund Reaches $1 Million In Donations". CBS. 15 September 2015.
  21. ^ a b c d e f "A Firm Handshake > Charts & Awards > Billboard Singles". Allmusic. Rovi Corporation. Dicapai pada August 1, 2013.
  22. ^ a b Zywietz, Tobias. "Chart Log UK – 01/06/2013". zobbel.de. Tobias Zywietz. Dicapai pada 1 Ogos 2013.
  23. ^ "2013-06-01 Top 40 Independent Albums Archive". Official Charts Company. Dicapai pada 1 Ogos 2013.
  24. ^ a b c "Macklemore & Ryan Lewis Still Atop Hot 100, Zach Sobiech Debuts". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Mac 2021.
  25. ^ Ultratop.be/fr/ Zach Sobiech discography
  26. ^ Lescharts.com Zach Sobiech discography
  27. ^ "2013-06-01 Top 40 Independent Singles Archive". Official Charts Company. Dicapai pada 1 Ogos 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]