Zaiton: Ceritaku
Zaiton: Ceritaku | |
---|---|
Pengarah | Esma Daniel |
Penulis | Hjh. Ainon Ariff Esma Daniel |
Lakon layar | Esma Daniel |
Dihasilkan oleh | Hj. Burhanuddin |
Dibintangi | Nadia Aqilah Sahronizam Noor Karl Shafek |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | 0.059 juta |
Zaiton: Ceritaku merupakan sebuah filem genre drama yang ditayangkan pada 1 November 2012 di Malaysia. [1]
Filem Ini Diterbitkan Oleh LC Film Venture SDN. BHD. (Dahulunya Bruang Filem SDN. BHD. ) Syarikat Ini Dimiliki Oleh Les' Copaque
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan.
Akibat daripada tragedi yang menyayat hati itu, perjalanan kariernya turut musnah. Kehidupan yang dilaluinya selepas kemalangan tersebut amat perit dan menyakitkan.
Dia yang tidak mempunyai tempat untuk bergantung hanya mengharapkan belas kasihan daripada ibunya.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ibunya pula meninggal dunia.
Dia kemudiannya hidup terkontang-kanting sehinggalah dipertemukan dengan Rahim.
Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang tamak haloba serta mengukur jiwa dengan kemewahan. Mereka memperalatkan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Nadia Aqilah sebagai Zaiton Sameon
- Sahronizam Noor sebagai Rahim
- Karl Shafek sebagai Shamsul
- Riezman Khuzaimi sebagai Baharom
- Wan Maimunah sebagai Emak Rahim
- Norlia Ghani sebagai Emak Zaiton
- Megat Terawis sebagai Ayah Zaiton
- Arash Mohamad sebagai Abang Ipar Zaiton
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kakak Zaiton
- Eddie Hamid sebagai dirinya sendiri
- Ben Konobi sebagai Penjual Durian
- Maya Matahari sebagai Saodah
- Siti Rokhaida sebagai Anita
- Eva Emmanyna sebagai Indah
- Manan Sulaiman sebagai Pelabur 1
- Geoff Andre Feyaerts sebagai Ekspatriat
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA (29 Oktober 2012). Cerita hidup Zaiton. Kosmo Online