Pergi ke kandungan

Esma Daniel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Esma Daniel
إسما دانيال
Kelahiran
Esma Daniel bin Md Isa

(1969-01-16) 16 Januari 1969 (umur 57)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1990–kini
Karya
Filemografi
Pasangan
Anak-anak8
BapaAllahyarham Md Isa Haji Abidin

Esma Daniel Md Isa (lahir 16 Januari 1969) ialah seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburannya pada 1991 selepas menjuarai pertandingan Hero Remaja 1990/91.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Ipoh, Perak.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin pada 20 Oktober 2002 dan mempunyai enam anak. Esma memfailkan perceraian mereka pada 2016. Beliau sebelum ini berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis dan mempunyai dua anak.[2]

Bapanya, Md Isa Haji Abdin meninggal dunia pada 1 Ogos 2016 ketika berusia 70 tahun.

Beliau merupakan salah seorang dari finalis Hero Remaja 1990/91 bersama Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman; beliau meraih gelaran juara. Selepas Hero Remaja tamat, Esma ditawarkan membintangi filem pertamanya, Interlud arahan Othman Zainuddin yang ditayangkan pada 1992, turut dibintangi oleh Louisa Chong dan Wan Maimunah. Beliau muncul pula menerusi filem XX Ray arahan Aziz M. Osman.

Beliau juga pernah membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.[3]

Esma menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Zaiton: Ceritaku yang berkisarkan tentang kehidupan dan kerjaya penyanyi veteran terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.[4] Beliau memegang watak sebagai Inspektor Zamri dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. Ramlah Zainal (14 September 2017). "Dunia lakonan tidak ditinggalkan". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  2. Syanty Octavia Amry (26 April 2017). Esma akur ketentuan jodohnya Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  3. "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  4. "Esma Daniel Akur Filem 'Zaiton Ceritaku' Gagal". mStar Online. 11 November 2002. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  5. Aref Omar (9 Mac 2018). "Action packed collision course of drama and thrills". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]