Pergi ke kandungan

Fazlina Ahmad Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fazlina Ahmad Daud
فازلينا أحمد داود
Kelahiran
Fazlina binti Ahmad Daud

(1975-06-05) 5 Jun 1975 (umur 51)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993–kini
Karya
Filemografi
PasanganNahar Ludhfi Dato' Johari (k. 1993)
Anak-anak4
IbuAllahyarhamah Datin Saadiah
BapaAllahyarham Dato' Ahmad Daud
SaudaraRadhi Khalid (sepupu)
Keluarga
  • Fauziah Ahmad Daud (kakak)
  • Allahyarham Fazal Ahmad Daud (abang)
  • Azizah (kakak seibu)
  • Noraini (kakak seibu)
  • Rohaya (kakak seibu)

Fazlina Dato' Ahmad Daud (lahir 5 Jun 1975)[a] [1][2] ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan adik kepada primadona Fauziah Ahmad Daud, seorang anak kepada seniman Allahyarham Dato' Ahmad Daud dan primadona filem melayu, Allahyarhamah Datin Saadiah serta mempunyai darah campuran Melayu, Pakistan dan Siam.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1975 di Hulu Kelang, Selangor. Rumah keluarganya terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor. Fazlina ialah anak bongsu dari 3 beradik.

Fazlina pernah bersekolah di Sekolah Rendah Klang Gate dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan Sekolah Menengah Taman Melawati.

Bermula pada tahun 1993 ketika itu, kakaknya Fauziah sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Fauziah lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam telefilem Mat Gabra. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan Yang Pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain itu Fazlina pernah terlibat dalam teater Raden Galoh dan Pelayaran Nur Atma. Beliau juga amat terkenal di Acheh menerusi drama "Lari Mira" sebuah drama yang melibatkan beberapa artis Indonesia dan Brunei.[3][4][5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 1993, Fazlina, pada usianya yang agak muda iaitu 18 tahun, telah berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato 'Johari iaitu anak lelaki kepada pengarah muzik RTM, Dato' Johari Salleh.

Mereka mempunyai 4 orang anak iaitu Nur Fatihah (lahir 1995) - kini bergelar seorang ibu, di mana pasangan ini mempunyai beberapa orang cucu lelaki hasil perkahwinan Fatihah, Muhammad Hamzah (lahir 1997) serta sepasang kembar iaitu Muhammad Nazmi dan Muhammad Fahad (lahir 1999).

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Wardina Safiyyah, Fitri Haris, Rawaida Jimi, Irfan Zaini dan Aaliyah Natasha yang juga dilahirkan pada 5 Jun, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Fazlina Ahmad Daud lahir 5 Jun 1975, Wardina Safiyyah lahir 5 Jun 1979, Fitri Haris lahir 5 Jun 1984, Rawaida Jimi lahir 5 Jun 1991, Irfan Zaini lahir 5 Jun 1995 dan Aaliyah Natasha lahir 5 Jun 2002.
  1. Nurizspace (5 Ogos 2011). "Biodata Fazlina Ahmad Daud a.k.a Mazni Ramadhan Terakhir". Dicapai pada 28 Jun 2016.
  2. Azizi, Mohd Al Qayum (19 September 2013). "Fazlina, Adik Ogy Elak Publisiti Kerana Nama Keluarga". mStar. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  3. "Fazlina ada cara mewarisi bakat seni". Utusan Malaysia. 15 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-16. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  4. "Fazlina & Ogy Ahmad Daud Tunggu 20 Tahun Untuk Bersatu". Tonton Extra. 15 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-15. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  5. "Impian Fazlina Tercapai Dapat Bergandingan Dengan Ogy Ahmad Daud". mStar. 6 Disember 2015. Dicapai pada 28 Jun 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]