Zakaria Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Haji Zakaria Hitam atau 'Pak Zek' merupakan 'tokoh Budaya Pahang 1986'.


Tokoh ini banyak menulis mengenai Negeri Pahang. Cerita asal usul nama tempat dan pantun yang menggunakan nama-nama tempat di Pahang. Zakaria Hitam juga adalah anggota jawatankuasa yang dilantik bagi menyiasat dakwaan Mat Siam atau Mat Din yang kononnya beliaulah Mat Kilau bin Datuk Imam Perang Indera Gajah Rasu.

Tokoh budaya di Pahang termasuklah Arifin Said, Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan dan Engku Ahmad Tajuddin.[1]

Biodata[sunting | sunting sumber]

'Pak Zek' dilahirkan pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Mukim Langgar, Pekan, Pahang. Bersekolah di Sekolah Melayu Langgar ( -1925) dan Sekolah Inggeris Kerajaan Pekan (1926-1928) dan seterusnya ke Sekolah Clifford, Kuala Lipis (1932) dan lulus School Certificate bersendirian (1937).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zakaria Hitam bekerja sebagai Setiausaha Menteri Besar Pahang dan di Jabatan Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Pahang (1 Mei 1961 hingga 30 Disember 1970).Pak Zek bersara pada 31 Dis 1970.

Kegiatan sastera[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang. Beliau juga ahli Lembaga Muzium Negari Pahang, Ahli Folklore Society dan Oriental Ceramic di United Kingdom.

Pak Zek minat mengumpulkan cerita rakyat semenjak puluhan tahun. Lebih dari 200 karya telah diterbitkan. Karyanya ‘Si Bijak Di Hutan’ memenangi hadiah UNESCO pada 1967. Sebuah karyanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Sterling Press, New Delhi berjudul The Folktales of Malaysia (1979). 40 buah buku cerita rakyat usahanya telah diterbitkan.

Beliau dianugerah "Budayawan Negara" oleh GAPENA pada 1978.Jun 1982 beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera oleh Universiti Malaya. Sempena Seminar Perlindungan dan Perkembangan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Negeri Pahang 1983 Pak Zek diangkat sebagaiBapa Sastera Rakyat Pahang.

Tahun 1986 Pak Zek dipilih sebagai Tokoh Budaya Pahang dan pada 24 Oktober 1987 telah dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang.

Minatnya kepada sastera rakyat menyebabkan beliau setandingan dengan Dr W.Linehan dan R.O Winstedt .

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

Antara buku tulisan beliau :

  • Asal usul nama tempat bersejarah di Negeri Pahang Darul Makmur (1989)
  • Awang Pantas Negeri (1977)
  • Awang Sakti (1977)
  • Budak yang nakal (1977)
  • Budak yang nakal ; Kayu berebutkan kawasan ; Nujum mati dibunuh (1972)
  • Daun nilam dengan kepak emas (1977)
  • Merak emas dan Awang Cerdik (1974)
  • Persahabatan anjing, kucing dan tikus (1977)
  • Anak raja kambing (1966)
  • Raja Donai Bahtera Kulit Kacang (2006)
  • Si-bijak di-hutan : kumpulan chĕrita2 binatang (1965)
  • Anak Raja Hanyut dengan Burong Mat Changgal (1960)
  • Indera Manja (1966)
  • Renjar dan Renjir (1966)
  • Awang si-Bonchol (1966)
  • Guri Perak (1975)
  • Hulubalang muda (1976)
  • Daun nilam dengan kepak emas (1977)
  • Awang pantas negeri (1972)
  • Merak emas dan Awang Cerdik (1974)
  • Koleksi terpilih cerita rakyat Zakaria (1996)
  • Awang Sakti (1977)
  • Teruna desa (1972)
  • Membalas jasa : Raja budak, Raja Kechik (1972)
  • Mak Menti (1973)
  • Burung Memilih Ketua (1974)
  • Keluang Menggangtung Diri (1975)
  • Raja Terkukur (1976)
  • Peperangan Semut Dengan Gajah (1973)
  • Lelaki Telanjang Diikat Kaki Tangan (1973)
  • Kayu Berebut Kawasan (1977)
  • Kisah Anak Saudagar (1978)
  • Guri Emas (1979)
  • Puteri Buntat Embun (1979)
  • Pada Tidur Baik Jaga (1981)
  • Pijat-Pijat Membunuh Gergasi (1982)
  • Suami Diikat Telanjang Di Kamar Tidur (1983)

Rujukan[sunting | sunting sumber]