Langgar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Langgar
Pekan
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Langgar
Bendera
Mohor rasmi bagi Langgar
Mohor
Moto: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:

Negaraku
Country Malaysia Malaysia
Wilayah/Provinsi  Kedah Kedah
Pekan Langgar
Kerajaan
 • Jenis Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
 • Perdana Menteri YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
 • Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Populasi ((1991))
 • Jumlah 629
 • Celik huruf ( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina % lelaki dan  % perempuan
Zon waktu GMT
 • Musim panas (DST) GMT (UTC)


Pekan Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pekan Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulam yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera.

Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah:

1 - Pondok Tuan Haji Mohammad Nor (lebih dikenali sebagai Pondok Tasak)

2 - Pondok Tuan Haji Ahmad Tua

3 - Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut

4 - Pondok Sheikh Abdullah Mesir


Penduduknya terdiri dari berbilang kaum dengan 99% adalah berketurunan Melayu Islam.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]