Zaman Mesolitik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Zaman Batu Zaman Mesolitik (Bahasa Yunani: mesos "tengah", lithos "batu") ialah zaman perkembangan teknologi manusia antara zaman-zaman Paleolitik dan Neolitik. Istilah Mesolitik diperkenalkan oleh John Lubbock dalam kertas kerja Pre-historic Times terbitan tahun 1865. Walaupun begitu, istilah tersebut jarang digunakan sehingga dilariskan oleh V. Gordon Childe dalam buku The Dawn of Europe (1947).[1]

Di Eropah[sunting | sunting sumber]

YoKoYoKo

Dfin ta Théviec - Mużew ta 'Toulouse[sunting | sunting sumber]

Di Levant[sunting | sunting sumber]

Zaman Mesolitik terbahagi kepada dua:

Mesolitik 1 (budaya Kebara; 20–18,000 SM hingga 12,150 SM) menyusuli zaman Aurignacia atau Paleolitik Akhir di seluruh rantau Levant. Menjelang akhir zaman Aurignacia, perusahaan batuan mengalami perubahan beransur-ansur, dengan hasil mikrolit dan bled kecil perimping terawal yang pernah dijumpai. Mikrolit dari budaya ini banyak berbeza dengan artifak Aurignacia. Zaman ini lebih sewajarnya dipanggil Epipaleolitik.

Menjelang 20,000 hingga 18,000 SM, iklim dan alam sekitarnya berubah, maka bermulanya zaman peralihan apabila rantau Levant semakin gersang dan kawasan hutan menguncup untuk memberi laluan kepada steppe. Zaman sejuk dan kering ini berakhir pada awal zaman Mesolitik 1. Oleh itu, masyarakat pemburu-pengumpul Aurignacia terpaksa mengubah cara hidup dan pola penempatan mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah, maka berkembangnya jenis penempatan dan perusahaan batu-batan yang baru.

Zaman Mesolitik 2, juga dikenali sebagai budaya Natufia. Zaman ini dicirikan oleh permulaan kegiatan pertanian yang melancarkan zaman Neolitik. Kebudayaan Natufia dibahagikan kepada dua zaman: Natufia Awal (12,500–10,800 SM) (Christopher Delage menganggarkan a. 13000 - 11500 tahun dahulu tak tentukur, bersamaan ca. 13,700–11,500 SM)[2] dan Natufia Akhir (10,800–9,500 SM). Zaman Natufia Akhirnya mungkin sekali berlaku seiringan dengan Drias Muda. Hasil pentarikhan radiokarbon menentukan budaya Natufia berzaman antara tahun 12,500 dan 9500 SM, sebaik sebelum akhirnya zaman Pleistosen.[3] Zaman ini dicirikan oleh permulaan kegiatan pertanian.[4]

Pertempuran terawal yang diketahui setakat ini, berlaku ketika zaman Mesolitik di sebuah tapak yang dikenali sebagai Perkuburan 117 di Mesir.

Tapak Mesolitik[sunting | sunting sumber]

Antara tapak Mesolitik terkenal:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Linder, F., 1997. Social differentiering i mesolitiska jägar-samlarsamhällen. Institutionen för arkeologi och antik historia, Uppsala universitet. Uppsala.
  2. ^ Delage, Christopher, The Last Hunter-gatherers in the Near East, British Archaeological Reports (1 Jun 2004), ISBN 1841713892
  3. ^ Munro, Natalie D. (2003). "Small game, the Younger Dryas, and the transition to agriculture in the southern Levant" (PDF). Mitteilungen der Gesellschaft für Urgeschichte. 12: 47–71. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Bar-Yosef, Ofer (1998). "The Natufian Culture in the Levant, Threshold to the Origins of Agriculture" (PDF). Evolutionary Anthropology. 6 (5): 159–177. doi:10.1002/(SICI)1520-6505(1998)6:5<159::AID-EVAN4>3.0.CO;2-7.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Dragoslav Srejovic Europe's First Monumental Sculpture: New Discoveries at Lepenski Vir. (1972) ISBN 0-500-39009-6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]