Zaman Jōmon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Jepun

Glosari

Zaman Jōmon (Jepun: 縄文 時代, Hepburn: Jōmon-jidai) merupakan satu zaman prasejarah Jepun dari kira-kira 14,000 SM hingga 300 SM[1][2]. Zaman ini terjadi tepat pada akhir Zaman Pleistosen hingga Holosen (bersamaan dengan zaman batu pertengahan dan zaman batu akhir).

Sistem kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Sistem kepercayaan di zaman ini masih dinamisme, seperti pada zaman-zaman prasejarah umumnya, manusia pada zaman Jomon mempercayai bahawa benda-benda memiliki kekuatan ghaib, dan benda-benda tersebut memiliki imina (nama benda) yang dipercayai dapat mengatur dan memerintah benda-benda tersebut untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Jadi pada zaman itu, seseorang yang mengetahui imina suatu benda akan berkuasa atas benda tersebut.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Kegiatan manusia pada zaman Jōmon dalam mencari makanan bergantung pada tempat tinggalnya. Manusia yang tinggal di daerah yang mempunyai kekayaan sumber alam mencari makan sebagai pemburu dan pengumpul jenis tanaman yang boleh dimakan. Manusia zaman Jōmon mula mengenal kebudayaan tembikar yang bersifat artistik. Zaman ini terkenal dengan penghasilan tembikarnya (patung atau peralatan yang terbuat dari tanah liat). Terdapat kecenderungan kebudayaan Jōmon lebih berkembang di Jepun timur berdasarkan jumlah tapak penggalian dan pelbagai jenis barang tembikar yang berjaya ditemukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Habu 2004, m/s. 3, 258.
  2. ^ Perri, Angela R. (2016). "Hunting dogs as environmental adaptations in Jōmon Japan" (PDF). Antiquity. 90 (353): 1166–1180. doi:10.15184/aqy.2016.115.