Zambra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Zambra (Sebutan Sepanyol: [ˈθambɾa]), juga dikenali sebagai zambra mora, sejenis tarian flamenco yang dipersembahkan oleh orang Romani (puak gipsi) Granada yang dipercayai dikembangkan daripada tarian Moor terdahulu dan mempunyai beberapa pesamaan dengan tarian gelek. Dalam bahasa Arab yang dipertuturkan di Maghribi, zambra bermaksud "keraian". Tarian Zambra membentuk sebahagian daripada upacara perkahwinan gipsi, dan puak gipsi mempersembahkannya kepada pelancong di rumah-rumah gua Sacromonte di Granada. Ia pernah diharamkan pada suatu ketika dalam sejarah dan dikenali sebagai "Tarian Terlarang". Pada zaman moden, ia didukung oleh penari-penari flamenco seperti Carmen Amaya, Lola Flores, dan Puela Lunaris. Ia ditarikan berkaki ayam dengan simbal; blaus diikat di bawah buah dada dan skirt diketatkan di sekeliling pinggul, kemudian dikembangkan dan mempunyai ropol di hujung.

Templat:Dance-stub

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Palos