Zaskia Sungkar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zaskia Sungkar
Zaskia Sungkar, The Best Of Ini Talkshow, 01.30.jpg
Latar belakang
Kelahiran (1990-12-22) 22 Disember 1990 (umur 28)
Jakarta, Indonesia
GenrePop, R&B, soul, dance-pop
PekerjaanPelakon, penyanyi, pereka fesyen
Tahun aktif2008–kini

Zaskia Sungkar (lahir 22 Disember 1990) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pereka fesyen Indonesia. Beliau merupakan kakak kepada pelakon Indonesia, Shireen Sungkar.[1]

Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Sungkar dilahirkan di Jakarta pada 22 Disember 1990. Beliau merupakan anak sulung pelakon Mark Sungkar dan Fanny Bauty. Adik bongsunya, Shireen Sungkar, juga seorang pelakon.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sungkar memasuki industri hiburan selepas adiknya, tetapi mendapat tentangan yang lebih daripada bapa mereka. Manakala Shireen masuk ke bidang lakonan Zaskia bermula dengan nyanyian;[2] pada 2008 dua beradik ini mengasaskan The Sisters. Pada tahun itu, album sulung eponim mereka dilancarkan, dengan single "Keajaiban Cinta" menerima putaran meluas. Pada tahun berikutnya, beliau mula berlakon dalam beberapa sinetron, including Terlanjur Cinta, Seruni, dan Koboi Cabe Rawit.[1]

Selepas perkahwinannya dengan pelakon Irwansyah, Sungkar mengeluarkan single bersamanya[3] dan bekerjasama dengannya sebagai penyampai televisyen beberapa kali.[4] Sungkar membuka cabang pertamanya, Tadika Khalifa di Bintaro, Tangerang, bersama adiknya.[5][6] Beliau menyatakan tidak mahu berlakon dalam mana-mana sinetron, walaupun beliau menganggap televisyen atau filem cetera,[6] dan berhasrat untuk meneruskan kerjaya nyanyian.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sungkar berkahwin dengan pelakon-penyanyi Irwansyah pada 15 Januari 2011[7] dalam gaya Padang.[3] Mereka mula berpacaran pada Mei 2010 dan bertunang pada 8 Disember tahun sama.[1] Untuk bulan madu, mereka menunaikan umrah ke Mekah.[8] [1][9]

Sungkar telah menyatakan bahawa beliau lebih suka bekerja dari berpesta, kerana beliau menikmati kebebasan kewangan.[9] Bagaimanapun, beliau dianggap sebagai kurang terkenal daripada adiknya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]