Zero (filem 2018)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zero
PengarahAnand L. Rai
PenulisHimanshu Sharma
Lakon layarHimanshu Sharma
Dihasilkan olehGauri Khan
Anand L Rai
DibintangiShah Rukh Khan
Katrina Kaif
Anushka Sharma
SinematografiManu Anand
Disunting olehHemal Kothari
Muzik olehAjay
Atul
Syarikat
penerbitan
Red Chillies Entertainment
Colour Yellow Productions
Diedarkan olehRed Chillies Entertainment
Tarikh tayangan
  • 21 Disember 2018 (2018-12-21)[1]
NegaraIndia
BahasaHindi

ZERO ialah filem drama romantis India Hindi 2018, ditulis oleh Himanshu Sharma dan diarahkan oleh Anand L Rai. Ia diterbitkan bersama oleh Color Yellow Productions dan Gauri Khan dari Red Chillies Entertainment, dan dibintangi Shah Rukh Khan, Anushka Sharma dan Katrina Kaif.

Diterbitkan dengan anggaran sebesar $200 crore (AS$ 28 juta), Zero ialah film Khan yang paling mahal. Filem ini dicetuskan oleh Rai pada tahun 2012, diilhamkan oleh genre adiwira. Pra-produksi dimulakan pada tahun 2016. Awalnya berjudul Katrina Meri Jaan, Zero mengalami banyak perubahan tajuk sebelum tiba di judul akhir pada awal 2018. Penggambaran bermula di Mumbai pada Mei 2017. Untuk menjadikan Shahrukh Khan menjadi kecil, teknologi yang digunakan oleh Anand L Rai sama persis dengan teknologi yang digunakan dalam filem The Ring.[2]

Filem ini merupakan penampilan terakhir Sridevi, yang meninggal tidak lama selepas filem ini disiapkan. Penggambaran selesai pada 2018 di Orlando. Runut bunyi filem ini digubah oleh Ajay-Atul dengan lirik yang ditulis oleh Irshad Kamil, di bawah label T-Series. Zero dikeluarkan pada 21 Disember 2018.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Shah Rukh Khan's new film with Aanand L Rai to release on December 21, 2018". The Indian Express. 31 August 2016. Dicapai pada 29 July 2017.
  2. ^ "Fakta Luar Biasa Mengagumkan Film Bollywood Zero". infosrk.club - Berita Bollywood TerUpdate, Tiap Hari, Sekarang Juga (dalam bahasa Indonesia). 2018-11-03. Dicapai pada 2019-07-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]