Pergi ke kandungan

Zine El Abidine Ben Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zine El Abidine Ben Ali
زين العابدين بن علي
Zainal Abidin bin Ali
Presiden Tunisia
Dalam jawatan
7 November 1987 – 14 Januari 2011
Perdana MenteriHédi Baccouche
Hamed Karoui
Mohamed Ghannouchi
Didahului olehHabib Bourguiba
Digantikan olehFouad Mebazaa
Perdana Menteri Tunisia
Dalam jawatan
2 Oktober 1987 – 7 November 1987
PresidenHabib Bourguiba
Didahului olehRachid Sfar
Digantikan olehHédi Baccouche
Butiran peribadi
Lahir(1936-09-03)3 September 1936
Hammam-Sousse,  Tunisia
Meninggal dunia19 September 2019(2019-09-19) (umur 83)
Arab Saudi Jeddah, Arab Saudi
Parti politikRCD
PasanganNa'ima el-Kafy (1964–1988), Leïla Ben Ali (1992–kini)

Zine El Abidine Ben Ali (Arab: زين العابدين بن علي Zayn al-‘Ābidīn bin ‘Alī), (lahir 3 September 1936-19 September 2019) adalah Presiden Republik Tunisia yang kedua antara 7 November 1987 dan 14 Januari 2011.[1] Beliau mengambil alih kuasa daripada Presiden Habib Bourguiba dalam satu rampasan kuasa tak berdarah, selepas berkhidmat sebentar sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudian sentiasa terpilih semula dengan majoriti besar dalam setiap pilihan raya, kali terakhir pada 25 Oktober 2009 untuk penggal kelimanya.[2]

Pada 14 Januari 2011, mengikuti Revolusi Tunisia, beliau terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi bersama isterinya Leïla Ben Ali dan tiga anak mereka.[1] Ini menandakan kali pertama seorang pemimpin negara Arab digulingkan oleh peristiwa tunjuk perasaan di jalanan.[3]

Kerajaan sementara Tunisia telah meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap, mendakwanya untuk pelaburan wang haram dan pengedaran dadah. Beliau dan isterinya dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun pada 20 Jun 2011.[4][5]

Kepresidenan

[sunting | sunting sumber]

Rejim yang dipimpinnya dianggap sebagai autoritarian dan tidak demokratik oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang bebas, seperti Amnesty International, Freedom House dan Protection International. Mereka mengutuk para pegawai Tunisia kerana tidak mematuhi piawaian hak politik antarabangsa[6][7][8] serta mengganggu kerja pertubuhan hak asasi manusia tempatan.[9] Dalam Indeks Demokrasi The Economist 2010, Tunisia dikelaskan sebagai rejim autoritarian yang menduduki tangga ke-144 daripada 167 negara yang dikaji. Pada tahun 2008, dari segi kebebasan akhbar, Tunisia menduduki tangga ke-143 daripada 173.[10][11]

  1. ^ a b "Tunisia: President Zine al-Abidine Ben Ali forced out". BBC. 14 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-15. Dicapai pada 2011-01-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Yannick Vely (23 November 2009). "Ben Ali, sans discussion" (dalam bahasa Perancis). Parismatch.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-29. Dicapai pada 2010-05-02.
  3. ^ Anthony Shadid (14 Januari 2011). "For the Arab World, a Potent Lesson". The New York Times.
  4. ^ Jo Adetunji (20 Jun 2011). "Ben Ali sentenced to 35 years in jail".
  5. ^ Thomson Reuters (20 Jun 2011). "Zine El Abidine Ben Ali, Former Tunisian President, Sentenced To 35 Years In Jail For Theft, Unlawful Cash And Jewelry Possession".
  6. ^ "Amnesty.org". Amnesty.org. Dicapai pada 2010-05-02.
  7. ^ Laporan Freedom in the World
  8. ^ "Protectionline.org". Protectionline.org. 2010-01-18. Dicapai pada 2010-05-02.
  9. ^ "RFI.fr". RFI.fr. 2004-12-16. Dicapai pada 2010-05-02.
  10. ^ "RSF.org". RSF.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-08. Dicapai pada 2010-05-02.
  11. ^ "Google.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-12. Dicapai pada 2021-08-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Didahului oleh
Habib Bourguiba
Presiden Tunisia
1987 – 2011
Diikuti oleh:
Mohamed Ghannouchi (pemangku)
Didahului oleh
Rachid Sfar
Perdana Menteri Tunisia
1987
Diikuti oleh:
Hédi Baccouche