Belalai air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belalai air di Teluk Cempedak

Belalai air ialah fenomena puting beliung kecil yang berlaku di pesisiran pantai. Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa belalai air tidak bahaya kerana disebabkan oleh kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah. Tiada sebarang kerosakan dan kemalangan jiwa.

Fenomena ini bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat lebih kurang seminit sahaja. Fenomena ini biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat. Belalai air tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut.

Contoh kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai 2014, penduduk dan pelancong di sekitar Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang dikejutkan fenomena puting beliung kecil atau belalai air yang berlaku di persisiran pantai pusat peranginan itu.Sebuah video berdurasi 35 saat belalai air di Teluk Cempedak telah dimuat naik ke laman sosial YouTube dan Facebook.

Pada Disember 2013, fenomena belalai air turut berlaku di perairan Selat Tebrau, Johor.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]