Jabatan Meteorologi Malaysia
جابتن ميتيورولوڬي مليسيا | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
![]() Logo Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia | |
Intisari agensi | |
---|---|
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor |
Kakitangan | 1,037 (2018) |
Eksekutif Kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia |
Laman sesawang | www |
Jabatan Meteorologi Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ميتيورولوڬي مليسيا; singkatan: MetMalaysia) merupakan agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari. MetMalaysia bertanggungjawab untuk memantau keadaan cuaca di darat, laut dan udara secara berterusan di seluruh negara. Selain itu MetMalaysia mengeluarkan ramalan, nasihat, amaran cuaca dan lautan serta tinjauan iklim bagi mengurangkan risiko bencana. MetMalaysia juga membekalkan perkhidmatan meteorologi penerbangan untuk melancarkan operasi penerbangan pesawat udara dan perkhidmatan geofizik bagi mengesan kejadian gempa bumi serta pengeluaran amaran tsunami untuk Malaysia.
Visi[sunting | sunting sumber]
Menjadi pusat meteorologi, iklim dan geofizik yang unggul menjelang 2030.
Misi[sunting | sunting sumber]
Memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari.
Teras Strategik[sunting | sunting sumber]
- Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan cuaca bagi mengurangkan risiko bencana
- Memantapkan perkhidmatan meteorologi penerbangan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penerbangan
- Memperkasakan perkhidmatan gempa bumi dan tsunami bagi mengurangkan risiko bencana gempa bumi dan tsunami
- Memperkukuhkan perkhidmatan iklim bagi kemakmuran negara
- Memperkasakan pembangunan modal insan
Organisasi[sunting | sunting sumber]
Jabatan Meteorologi Malaysia
- Ketua Pengarah
- Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal)
- Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Teknikal
- Pusat Iklim Nasional
- Bahagian Latihan Teknikal
- Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa
- Bahagian Komunikasi Meteorologi
- Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
- Pusat Operasi Cuaca & Geofizik Nasional
- Bahagian Teknikal Cuaca & Geofizik
- Bahagian Radar & Satelit Meteorologi
- Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional
- Pejabat-pejabat Meteorologi Negeri
- Bahagian Pengurusan & Pentadbiran
- Pusat Instrumentasi Meteorologi & Sains Atmosfera
- Unit Komunikasi Korporat
- Unit Integriti
- Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal)
Rujukan[sunting | sunting sumber]