Ōfunato, Iwate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ōfunato
大船渡市
Bandar

Bendera
Lokasi Ōfunato di Iwate
Ōfunato, Iwate yang terletak di Jepun
[[Fail:Templat:Peta lokasi Japan|10x10px|Ōfunato|link=|alt=]]
Ōfunato

 

Koordinat: 39°4′U 141°43′T / 39.067°U 141.717°T / 39.067; 141.717Koordinat: 39°4′U 141°43′T / 39.067°U 141.717°T / 39.067; 141.717
Negara Jepun
Wilayah Tōhoku
Prefektur Iwate
Kerajaan
 • Datuk Bandar Kimiaki Toda
Keluasan
 • Jumlah 323.28 km2 (124.82 sq mi)
Zon waktu Waktu Standard Jepun (UTC+9)
- Pokok Pokok Pain
- Bunga Camellia
- Burung Larus crassirostris
Nombor telefon 0192-27-3111
Alamat 15, Sakarichō Aza Utsunosawa, Ōfunato-shi, Iwate-ken
022-8501

Ōfunato (大船渡市 Ōfunato-shi?) ialah sebuah bandaraya pantai yang terletak di Wilayah Iwate, Jepun. Ia ditubuhkan pada 1 April 1952. Pada 15 November 2001, bandar Sanriku dari Daerah Kesen digabungkan dengan Ōfunato.

Sejarah tsunami[sunting | sunting sumber]

Ōfunato terletak amat dekat dengan sebuah gunung berapi dasar laut, dan sering mengalami gempa bumi.

Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896 menimbulkan tsunami setinggi 25 meter yang membunuh 27,000 orangf di Sanriku. Gempa bumi Sanriku 1933 mencatat magnitud 8.4 dan menyebabkan tsunami berukuran 28 meter yang meragut 1,522 nyawa.

Ōfunato menarik perhatian antarabangsa setelah dilanda oleh tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi Valdivia di Chile pada 22 Mei 1960.

Pusat bandar Ofunato selepas tsunami 2011.

Ōfunato sekali lagi menjadi tajuk utama berita setelah dibinasakan oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[1] Ombaknya dianggarkan mencapai ketinggian 23.6 meter,[2] dituangkan oleh teluk yang sempit ke pedalaman sejauh 3 kilometer.[3] Kira-kira 3,498 daripada 15,138 rumah di bandar itu musnah dan 305 nyawa disahkan terkorban dalam bencana itu.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Iwate