1910-an

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 Milenium:    Milenium ke-1Milenium ke-2Milenium ke-3
 Abad:     Abad ke-19Abad ke-20Abad ke-21  
 Dekad    1880-an1890-an1900-an1910-an1920-an1930-an1940-an  
 Tahun:     1910191119121913191419151916191719181919  



Dekad 1910-an merupakan tahun-tahun dari 1910 hingga 1919, iaitu antara 19 Zulhijah 1327 hingga 8 Rabiulakhir 1338. Tempoh ini juga merupakan kemuncak ketenteraan Eropah yang bermula pada separuh kedua abad ke-19. Gaya hidup yang konservatif pada separuh pertama serta warisan perikatan tentera telah digantikan selama-lamanya dengan pembunuhan waris raja Austria, Archduke Franz Ferdinand, pada 28 Jun 1914. Pembunuhan itu mencetuskan rangkaian peristiwa yang menyebabkan peperangan dalam tempoh 30 hari di Eropah dan kawasan-kawasan lain. Konflik yang berpanjangan akan tamat hanya pada November 1918 dengan Persetiaan Versailles yang menimbulkan perbalahan.

Perang Dunia I — juga digelarkan sebagai "Perang Agung" — telah dikatakan sebagai konflik yang meluas dan termahal dalam sejarah (pada masa itu), dan meninggalkan warisan yang abadi semasa dekad-dekad yang berikutan. Peperangan itu juga diingati kerana ia menyebabkan kejatuhan empayar-empayar dan pemerintahan beraja yang lama. Keluarga Habsburg serta Wilhelm II dari negara Jerman dibuang negeri selepas tahun 1918, sedangkan Tsar Nicholas II dari Rusia dan keluarganya dihukum mati oleh revolusioner Rusia.

Dekad ini juga digambarkan sebagai tempoh revolusi di banyak negara. Mexico menjadi penganjur dalam arah aliran ini pada November 1910 ketika diktator Porfirio Diaz disingkir dengan akibat perang saudara yang berlanjutan sehingga hampir 1919. Rusia mengalami keadaan yang serupa kerana Perang Agung telah menyebabkan keruntuhan semangat serta keadaan ekonomi yang kelam-kabut. Suasana seumpama ini telah menggalakkan pengasasan Bolshevisme yang kemudiannya dinamakan sebagai "Komunisme".

Peristiwa dan arah aliran[sunting | sunting sumber]

Tanpa tarikh tepat[sunting | sunting sumber]

  • Sistem piring hitam yang berbentuk cakera mengalahkan silinder fonograf dalam pasaran untuk menjadi bahantara komersil yang terutama pada sepanjang dekad ini.