1920-an

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 Milenium:    Milenium ke-1Milenium ke-2Milenium ke-3
 Abad:     Abad ke-19Abad ke-20Abad ke-21  
 Dekad    1890-an1900-an1910-an1920-an1930-an1940-an1950-an  
 Tahun:     1920192119221923192419251926192719281929  



Dekad 1920-an merupakan tahun-tahun dari 1920 hingga 1929, iaitu antara 9 Rabiulakhir 1338 hingga 29 Rejab 1348. Kekadangnya dirujuk sebagai "Zaman Jaz", ia juga digelarkan sebagai "Dua puluhan Gemuruh" di Amerika Utara dan Australia, dan "Dua Puluhan Emas" di Eropah.

Sejak keakhiran abad ke-20, dekad 1920-an telah dikaitkan dengan dekad 1990-an, terutamanya di Amerika Syarikat. Ini disebabkan kedua-kedua dekad dianggapi sebagai masa yang maju dari segi ekonomi dengan kemakmurannya melintasi hampir keseluruh dekad selepas peristiwa terbesar pada keakhiran dekad yang lalu (Perang Dunia I, flu Sepanyol pada akhir 1910-an serta penamatan Perang Sejuk pada akhir 1980-an}.

Walaupun perbandingan tersebut, terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua dekad tersebut:

  • Pada pertamanya, negara Jerman, sesama dengan banyak negara Eropah, menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun-tahun pembukaan dekad disebabkan oleh hutang yang sungguh besar kerana peperangan serta Perjanjian Versailles yang berat sebelah. Krisis tersebut memuncak dengan penurunan nilai mata wang mark Jerman pada tahun 1923. Walau bagaimanpun ekonomi Jerman bermakmur pada selebih dekad itu.
  • Pada keduanya, dekad ini dicirikan dengan kebangkitan gerakan-gerakan politik yang radikal, terutamanya di kawasan-kawasan yang dahulu merupakan sebahagian empayar. Komunisme menarikkan sungguh ramai pengikut selepas kejayaan Revolusi Oktober dan keazaman Bolshevik untuk memenangi Perang Saudara Rusia. Walau bagaimanapun, Bolshevik kemudian mengamalkan dasar-dasar kapitalis separa — Dasar Ekonomi Baru — dari 1921 hingga 1928. Dekad 1920-an juga mengalami kebangkitan penyokongan puak kanan yang melampau di Eropah serta di tempat lain, bermula dengan Itali, dan dianggapi oleh sebahagian orang di Dunia Barat sebagai antidot kepada Komunisme.

Walaupun begitu, kejatuhan pasaran saham pada Oktober 1929 (sila lihat Selasa Hitam) menandai keakhiran masa yang makmur pada dekad 1920-an.