Perang Saudara Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Saudara Rusia
CWRArticleImage.jpg
Arah jam dari atas: Askar Tentera Don pada 1919; Divisyen infantri Rusia Putih pada Mac 1920; askar Tentera Berkuda Pertama; Leon Trotsky pada 1918; penggantungan Bolshevik oleh Kor Czechoslovak.
Tarikh 1917 – 1923
Tempat Bekas Empayar Rusia, Mongolia, Parsi
Hasil
Pihak bersengketa
Angkatan Komunis:
Communist star.svg Parti Bolshevik (tidak berkuasa sehingga 7 November 1917)
Templat:Country data Russian SFSR dan Red Army flag.svg Tentera Merah (dari 7 November 1917)
Flag of the Ukrainian SSR (1923-1927).svg RSS Ukraine
Flag of the Soviet Union Kesatuan Soviet (dari 30 Disember 1922)
Black flag.svg Tentera Hitam (bersekutu dengan Bolshevik sehingga 1920)
Bendera Rusia Republik Rusia (hingga 7 November 1917)
Bendera Rusia Gerakan Putih

Campur tangan Pihak Berikat (1918 – 1922):
Bendera Czechoslovakia Czechoslovakia
Bendera Republik China China
Bendera Perancis Perancis
Bendera Greece Greece
Bendera Itali Itali
Flag of the Empire of Japan Jepun
Bendera Romania Romania
Bendera Serbia Serbia
Bendera United Kingdom United Kingdom

Bendera Australia Australia
Bendera Kanada Kanada

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat


Bendera Estonia Estonia
Bendera Finland Finland
Bendera Latvia Latvia
Bendera Lithuania Lithuania
Bendera Poland Poland

Kuasa Tengah (1917 – 1918):

Bendera Austria-Hungary Austria-Hungary
Bendera Empayar Jerman Jerman
Bendera Empayar Jerman Ober Ost
Baltic German.svg Kaum bangsawan Baltik
Bendera Uthamaniyyah Empayar Turki Uthmaniyyah


Bendera Ukraine Republik Rakyat Ukraine
Darker green and Black flag.svg Tentera Hijau
Flag of the Centrocaspian Dictatorship.svg Kediktatoran Centrocaspiy
Gerakan nasionalis, negeri nasionalis dan gerakan terpencar
Kekuatan
3,000,000[1] 2,400,000 Rusia Putih, 155,000 Pihak Berikat. Beberapa ratus ribu
Korban dan kehilangan
1,212,824 terkorban

Rekod tidak lengkap.[1]

Sekurang-kurangnya 300,000  ?
Korban orang awam barangkali lebih 13 juta.
Sekurang-kurangnya 1 juta pelarian meninggalkan Rusia selamanya.

Perang Saudara Rusia merupakan antara satu peperangan saudara yang berlaku mulai dari 1917 hingga 1921 antara beberapa kumpulan di Rusia. Persengketaan utama adalah di antara dua kumpulan: iaitu Tentera Merah dan Tentera Putih. Tentera Merah berfahaman komunisme, manakala Tentera Putih merupakan penentang komunis. Tentera Merah telah memenangi peperangan ini. Selepas perang tersebut, golongan yang berfahaman komunis tersebut telah menubuhkan Kesatuan Soviet pada 1922. Pertempuran yang terganas berlaku pada 1918 sehingga 1920. Operasi-operasi ketenteraan utama berakhir pada 25 Oktober 1922 apabila Tentera Merah menakluk kota Vladivostok di Rusia Timur.

[sunting] Pengenalan

Selepas kemunduran Maharaja Rusia Nicholas II dari takhta, Pemerintah Sementara Rusia ditubuhkan semasa Revolusi Februari pada tahun 1917. Pada Revolusi Oktober yang berikutnya pula, askar-askar Parti Bolshevik mengambil kuasa di kota Saint Petersburg (dikenali pada masa itu sebagai Petrograd) dan menakluk bandar-bandar bekas Empayar Rusia yang lain satu-persatu. Pada Januari 1918, Parti Bolshevik membubarkan Majlis Konstituen Rusia dan mengisytiharkan bahawa pihak mereka akan menjadi permerintah baru Rusia.

Dengan segera, pihak Bolshevik meminta Empayar Jerman supaya menghentikan serangannya terhadap Rusia seperti apa yang ketua Parti Bolshevik ,Vladimir Lenin, telah menjanjikan kepada rakyatnya dan pada 18 Februari 1918 Perjanjian Brest-Litovsk ditandatangani yang mengakibatkan banyak wilayah-wilayah Rusia dirampasi oleh Empayar Jerman dan Uthmaniyyah. Ini mencetuskan kemarahan di antara golongan-golongan nasionalis dan konservatif terhadap pihak Bolshevik pada masa itu.

Sebuah persekutuan Anti-Bolshevik yang terdiri daripada pemilik-pemilik tanah, jeneral-jeneral tentera, golongan nasionalis dan konservatif, penyokong-penyokong maharaja Rusia pun ditubuhkan untuk menentang pihak Bolshevik. Persekutuan ini dipimpini oleh Laksamana Kolchak, Jeneral Yudenich, Jeneral Denikin dan dinamakan Gerakan Putih atau lebih dikenali sebagai Tentera Putih.

[sunting] Rujukan

  1. 1.0 1.1 G.F. Krivosheev, Soviet Casualties and Combat Losses in the Twentieth Century, m/s. 7-38.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain