1M4U Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
1M4U
Maklumat am
JenisDana Bukan Keuntungan Kesukarelaan
Penubuhan
PengasasKerajaan Malaysia
Identiti
Orang penting
  • Azlan Rudy Abdul Malik (ketua pegawai operasi)
  • Tan Shyue Wern (pengarah kumpulan pemasaran jenama)
  • Kartini Kamalul Ariffin (pengarah, 1M4U.fm)
Kawasan berkhidmatMalaysia
Sukarelawan255,000 sukarelawan
Moto1 Malaysia for Youth
Laman sesawangwww.1m4youth.com.my,
im4u.my
Pembubaran
Dibubarkan2018
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

1Malaysia for Youth atau lebih dikenali sebagai 1M4U atau diolah sebagai IM4U merupakan satu inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk menggalakkan lagi penyertaan para belia dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia. Dengan adanya inisiatif ini diharap para belia dapat memanfaatkan peluang yang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Negara. [1]

Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa belia Malaysia boleh membantu serta memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia menjadi destinasi yang lebih baik untuk hidup, bekerja dan bermain.

Dalam usaha untuk menangkap imaginasi belia demi memberikan inspirasi dalam merealisasikan impian tersebut, kempen 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) diwujudkan bagi menjalankan aktiviti berkaitan sukarelawan.[2]

Aktiviti tersebut bertujuan memberikan manfaat kepada masyarakat dan kumpulan sosial yang disasarkan dalam kempen berkenaan. Menerusi kempen ini, 1M4U akan sampai kepada individu sama ada kolektif atau pun tunggal, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor korporat dengan menyelaras usaha menggalakkan kesukarelawanan dari golongan belia.

Lebih menarik lagi, 20 personaliti belia telah dinamakan sebagai '1 MALAYSIA AMBASSADORS' yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Perdana Putra, Putrajaya. Individu-individu berketrampilan ini telah menyumbang secara signifikan kepada pembentukan negara. Kesemua mereka adalah bintang di dalam bidang-bidang yang mereka ceburi seperti sukan, perniagaan, musik dan aktiviti kemasyarakatan serta merupakan inspirasi kepada belia di negara ini.

Tujuan utama 1M4U adlah untuk mengembangkan semangat cintakan negara dan kesukarelawanan dikalangan belia di seluruh Malaysia. Pihak kerajaan menganggarkan 1M4U akan memberikan motivasi kepada belia untuk sama-sama terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Jika selama ini pencapaian belia hanya dinilai dari segi akademik, kini dengan usaha berterusan kerajaan para belia boleh menceburi kesukarelawan untuk membantu orang ramai dalam memberikan yang terbaik kepada masyarakat Malaysia.[3]

Datuk Seri Najib Razak adalah pencetus idea kepada 1M4U dimana beliau telah memikirkan tentang golongan belia yang kurang mendapat apa-apa sambutan dan peruntukan yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti. Pergerakan ini mengajak para belia menggunakan imaginasi dan kreativiti untuk mempromosikan kesukarelawanan.[4]

1M4U dibubarkan selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2018.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Pengiktirafan seperti ini merupakan yang pertama di Malaysia dan adalah idea YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dalam usaha Kerajaan untuk bukan sahaja menghargai tokoh-tokoh belia terkemuka di atas usaha dan kejayaan mereka di peringkat tempatan dan juga antarabangsa tetapi juga untuk mengetengahkan konsep 1 Malaysia yang terbukti penting dalam usaha membentuk sebuah masa depan yang mapan.

Bagi menyempurnakan perlantikan ini, Dato' Sri Najib telah menyampaikannya sendiri kepada kesemua individu yang terpilih di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya lebih kurang jam 11 pagi, pada Jumaat lalu (18 Jan 2012). Dalam selaras dengan kemunculan global perusahaan sosial, 1M4U ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai pasukan pengurusan membawa profesional oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif.

Senarai Nama Ikon-ikon 1M4U[sunting | sunting sumber]

Ahli pengurusan yang berpengalaman, mempunyai kepakaran yang relevan dan yang paling penting sekali, mempunyai hati dan semangat untuk aktiviti sukarela akan memastikan kemapanan dan keberkesanan 1M4U. Berikut ialah duta 1M4U:

  1. Tan Sri Michelle Yeoh (mentor pertama program IM4U)[5]
  2. Abdul Jabbar bin Mohammed Kahar (Imam Muda)
  3. Afdlin Shauki bin Aksan
  4. Anand Rajaram (Aanantha THR Raaga)
  5. Roshan Chandrasekhar
  6. Datuk Nicol Ann David
  7. Khairul Fahmi Che Mat (Apex)
  8. Deborah Priya Henry
  9. Datuk Lee Chong Wei
  10. Lim Kok Gin (Jin)
  11. Lim Teik Yin (Jack)
  12. Mohammed Noh Salleh (Noh Hujan)
  13. Mohd Zhariff Afandi
  14. Joel Neoh Eu-Jin
  15. Nurshahila binti Amir Amzah (Shila Amzah)
  16. Pandelela Rinong
  17. Sazlini Falak (Sazzy Falak)
  18. Shazrina Binti Tan Sri Azman (Mizz Nina)
  19. Syed Ahmad Bin Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
  20. Teoh Su Lim (Michael Teoh)
  21. Zulfahmi Khairuddin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arkib. “Program 1M4U untuk golongan muda terlibat aktiviti sukarela“[pautan mati kekal], ‘’Utusan Malaysia’’, 2 Julai 2012. Retreived on 14 Februari 2013.
  2. ^ Murai, Batu. “20 Personaliti Dilantik Sebagai Duta Belia 1M4U”[pautan mati kekal], ‘’ Murai.com’’, 21 Januari 2013. Retrieved on 14 Februari 2013.
  3. ^ Utusan Malaysia. "Perdana Menteri Ajak Belia Sertai 1M4U" Diarkibkan 2013-01-24 di Wayback Machine, Utusan Malaysia, 21 Januari 2013. Retrieved on 14 Februari 2013.
  4. ^ Kementerian Belia Dan Sukan. "1M4U: SUKARELAWAN BELIA IPT ANJUR TUISYEN PERCUMA"[pautan mati kekal], 1M4U Official Website, 15 Julai 2012. Retrieved on 14 February 2013.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-12. Dicapai pada 2013-06-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]