Sazzy Falak
| Sazzy Falak | |
|---|---|
| Lahir | Sazlini Shamsul Falak 10 Mac 1980 (33 tahun) Kuala Lumpur |
| Laman web | |
| http://sazzyfalak.blogspot.com | |
Sazlini binti Shamsul Falak, lebih dikenali sebagai Sazzy Falak, ialah seorang pengacara televisyen dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana mengacara Beat TV dan juga berlakon sebagai watak Shasha dalam filem dan siri drama televisyen Gol & Gincu.Sazzy Falak merupakan artis yang berdarah kacukan Arab.
Isi kandungan |
Biografi [sunting]
Sazzy Falak pernah menimba pengalaman sebagai seorang pelakon teater sejak berusia 11 tahun; ketika itu beliau menerima latihan Joe Hafsham ang ketika itu masih remaja.[1]Beliau mula menceburi persada hiburan televisyen pada tahun 2000 sebagai pengacara Muzik-Muzik pada usia 18 tahun. Pada tahun 2002, beliau berlakon dalam televisyen buat julung kali melalui penampilan dalam filem pendek Piala Untuk Mama arahan Osman Ali di ntv7. Selepas itu beliau juga pernah menjadi pengacara radio dan beralih ke Beat TV di Astro Ria sejak tahun 2002.
Selama ini Sazzy turut memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat IT, sehinggalah tahun 2003 apabila beliau melepaskan jawatan itu untuk menjadi bintang televisyen sepenuh masa.[1] Sazzy juga pernah mengacarakan MTV Jus di Singapura sebelum menyerahkan tugas itu kepada Nur Fazura Sharifuddin pada tahun 2006.[2]
Sazzy mula berlakon dalam filem dengan memainkan watak Shasha dalam Gol & Gincu pada tahun 2005 dan Gol & Gincu The Series selama dua musim berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2007. Sempena Aidilfitri pada tahun 2006, Sazzy menyumbangkan suara kepada Cappy dalam versi alih suara Bahasa Malaysia bagi filem animasi Robots untuk ditayangkan di Star Movies.[3] Pada akhir 2006 hingga awal 2007, Sazzy mengacarakan rancangan Blast Off! di hitz.tv.
Pada tahun 2007, selain menghabiskan Gol & Gincu, Sazzy juga memgang watak sampingan dalam KAMI - The Series sebagai Alisha, kakak kepada Ali (lakonan Ezani). Sazzy juga menyertai barisan lakonan siri drama Internet Kerana Karina yang dibintangi Marsha Londoh. Beliau juga turut berlakon dalam Tipu Kanan Tipu Kiri yang dijangka keluar pada akhir tahun 2007.
Sazzy sudah berkahwin dengan Nazril Idrus, juga seorang personaliti televisyen, dalam satu majlis penuh istiadat pada 8 November 2006.[4]
Filemografi [sunting]
Filem [sunting]
| Tahun | Judul | Peranan |
|---|---|---|
| 2005 | Gol & Gincu | Shasha (watak utama) |
| 2006 | Robots | Cappy (alih suara Bahasa Malaysia) |
| 2007 | Tipu Kanan Tipu Kiri (akan datang) |
Televisyen [sunting]
| Tahun | Judul | Peranan |
|---|---|---|
| –2006 | MTV Jus | pengacara |
| 2002– | Beat TV | pengacara |
| 2000 | Muzik-muzik | pengacara |
| 2002 | Piala Untuk Mama (telefilem) | (pelakon utama) |
| 2006–07 | Gol & Gincu The Series | Shasha (pelakon utama) |
| 2007 | KAMI - The Series | Alisya (pelakon pembantu) |
| 2007 | Kerana Karina (siri Internet) | Sherina (pelakon utama) |
| 2008 | Goda | Sanya Salleh (pelakon utama) |
| 2009 | Oo lala | pengacara |
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Tengku Khalidah Tengku Bidin. "Sazzy Falak: duit bukan semuanya", Utusan Malaysia, 21 Ogos 2005.
- ↑ Radin Sri Ghazali. "“Jangan call saya pada 3 pagi”: Fazura", mStar.
- ↑ Khadijah Ibrahim. "Robots versi Melayu di Astro", Utusan Malaysia, 18 Oktober 2007.
- ↑ "Sazzy Falak's Malaysian Wedding". Lovetripper.com. November 2006. http://www.lovetripper.com/newswire06/61299-sazzy-falak.html.