Lee Chong Wei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).
Datuk Lee Chong Wei
Badminton-lee chong wei.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh 李宗伟
Tarikh lahir 21 Oktober 1982 (31 tahun)
Tempat lahir Bagan Serai, Perak, Malaysia
Tinggi 1.70 m (5 ka 6+78 in)
Berat 60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
Negara Malaysia Malaysia
Tangan
kegemaran
Kanan
Jurulatih Misbun Sidek
Ranking tertinggi 1 (29 Jun 200620 Julai 2006,
24 Ogos 200621 September 2006,
21 Ogos 200820 Jun 2012,
27 September 2012 - 25 Oktober 2012)
Ranking terkini 1 (22 May 2014[1])
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk  Malaysia
Badminton lelaki
Sukan Olimpik
Perak 2012 London Perseorangan lelaki
Perak 2008 Beijing Perseorangan lelaki
Kejohanan Dunia
Perak 2011 London Perseorangan lelaki
Gangsa 2005 Anaheim Perseorangan lelaki
Sukan Asia
Perak 2010 Guangzhou Perseorangan lelaki
Gangsa 2006 Doha Perseorangan lelaki
Gangsa 2006 Doha Pasukan
Piala Sudirman
Gangsa 2009 Guangzhou Pasukan
Piala Thomas
Gangsa 2010 Kuala Lumpur Pasukan
Gangsa 2008 Jakarta Pasukan
Gangsa 2006 Sendai/Tokyo Pasukan
Sukan Komanwel
Emas 2010 Delhi Perseorangan lelaki
Emas 2010 Delhi Pasukan campuran
Emas 2006 Melbourne Perseorangan lelaki
Emas 2006 Melbourne Pasukan campuran
Badminton - lelaki

Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak[2]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[3] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [4], maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[5]

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[6] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah.[7] Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.[8]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo pada 9 November 2012.[9] Majlis perkahwinan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November.[10]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2002[sunting | sunting sumber]

Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.[11]

Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua.[12] Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.[13]

Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai Terbuk Switzerland,[14] Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia[15], di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Makau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac.[16] Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006,[17] lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama[18], tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line call berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.[19]

Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.[20]

Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek.[21] Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya.[22] Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.[23] Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia[24], sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.[25]

2008[sunting | sunting sumber]

Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing

Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun.[26] diikuti Terbuka Singapura,[27] Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik)[28] Terbuka All England,[29] Terbuka Switzerland,[30] Kejohanan Badminton Asia,[31] dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika melawan juara bertahan dari China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.[32]

Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kęstutis Navickas di pusingan ketiga,[33] dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir,[34] sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir.[35] Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21.[36] Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008.[37] Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[38]

Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari Jerman.[39] Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah",[40] di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun Sidek).[41]

Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek.[42] Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.[43]

2009[sunting | sunting sumber]

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima,[44] tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan akhir.[45][46] Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya.[47] Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India.[48] Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia.[49] Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan.[50] Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,[51] dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold,[52] biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.[53]

Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.[54] Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo, [55] sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.[56]

Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir.[57] Setelah berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku akhir[58]; diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso[59]. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka Denmark[60] dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong Kong pada 15 November[61], tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka China tiga hari kemudian[62]. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai perseorangan wanita.[63] Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya itu.[64][65]

2010[sunting | sunting sumber]

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea[66] dan Terbuka Malaysia[67] (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh[68] menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.[69]

Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun.[70] Di suku akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir.[71] Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.[72]

Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku akhir.[73] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia,[74] Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai,[75] dan Terbuka Makau pada bulan Ogos.[76] Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.[77] Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan ketiga.[78] Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun.[79]

Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan.[80] Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir.[81] Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut[82], dan gelaran Super Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.[83]

2011[sunting | sunting sumber]

Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh,[84] tetapi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung dalam sukan badminton, setelah kecundang di tangan Lin Dan lagi.[85] Pada Mac, Lee mudah melangkah ke peringat akhir Terbuka All England buat kali ketiga berturut-turut lantas mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight set ke atas Lin Dan, lalu mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.[86]Lee Chong Wei kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi gagal ke separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.

Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India,[87] diikuti oleh kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia seminggu kemudian.[88] Walaupun Lee memenangi semua perlawanannya dalam Piala Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 2–3.[89][90][91] Pada lewat bulan Jun, beliau menjuarai Terbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan Indonesia pertama yang membuat hatrik dalam kejohanan itu.[92]

Harapan Lee untuk menjadi jaguh Malaysia pertama yang meraih pingat emas di Kejohanan Dunia ranap setelah ditewaskan oleh Lin Dan di pusingan akhir. Walaupun menguasai permainan, namun beliau terlepas dua mata penamat di set penentu.[93] Pada bulan September, Lee juga gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun setelah ditewaskan oleh bintang baru China, Chen Long.[94] Pada bulan Oktober, beliau tewas kepada Chen Long sekali lagi dalam cubaan memenangi kejuaraan Terbuka Denmark yang kedua.[95] Seminggu kemudian, beliau memenangi Terbuka Perancis.[96] Ini disusuli dengan tiga kali berturut-turut tersingkirnya di peringkat separuh akhir di Terbuka Hong Kong,[97]Terbuka China,[98] dan Kejohanan Akhir Masters.[99]

2012[sunting | sunting sumber]

Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set.[100] Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.[101]

Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-turut.[102] Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India,[103] tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut pada bulan Mei.[104] Lee terpaksa berehat selama tiga empat minggu setelah cedera di buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark.[105] Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008,[6] Lee akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF.[106]

Lee kembali beraksi di gelanggang buat julung kali semenjak kecederaan itu pada Sukan Olimpik London. Beliau menang tipis ke atas Ville Lång dari Finland setelah bermain tiga set dalam pusingan pertama,[107] dan menyatakan tekanan sebagai punca nyaris kalah.[108] Di pusingan kedua, beliau menang muda ke atas Simon Santoso dari Indonesia,[109] kemudian menewaskan Kashyap Parupalli dari India di suku akhir.[110] Di separuh akhir, Lee mengalahkan Chen Long dari China dalam dua set walaupun dikhuatiri bahawa lawannya itu sukar untuk diatasi, dan bertemu lagi dengan Lin Dan di pusingan akhir buat kali kedua dalam Sukan Olimpik.[111] Ini juga pertembungan kedua mereka di Arena Wembley selepas Kejohanan Dunia 2011. Lee mendahului setelah memenangi set pertama, tetapi Lin melanjutkan perlawanan kepada set ketiga. Walaupun banyak mengungguli sepanjang set ketiga itu, namun Lin sempat memintas beliau dan menang 21–19, sekaligus memaksa Lee sekali lagi berpuas hati dengan pingat perak.[4]

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

Yang berikut ialah senarai anugerah yang dimenangi oleh Lee Chong Wei. Beliau juga dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF pada tahun 2009.[112]

Tarikh Anugerah Sebab
5 April 2006 Olahragawan Negara 2005[113] Cekal dan fokus kepada permainan
29 April 2006 Olahragawan Pulau Pinang 2005[114] Prestasi di Kejohanan Dunia IBF 2005 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2005.
18 November 2008 Olahragawan Pulau Pinang 2007[115]
12 Disember 2008 Olympian Lelaki Malaysia 2008[116] Satu-satunya pemain Malaysia yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing 2008.
2008 Pemain Terbaik 2008[117]
23 Mac 2009 Olahragawan Negara 2008[118]
12 Jun 2009 Pemenang anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)[119]
9 Ogos 2009 Olahragawan Pulau Pinang 2008[120]
17 Oktober 2010 Olahragawan Pulau Pinang 2009[121]
12 Disember 2011 Pemain Terbaik BWF[122]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Final kerjaya[sunting | sunting sumber]

Juara/Naib Tahun Kejohanan Lawan di akhir Markah
2 2012 Sukan Olimpik Republik Rakyat China Lin Dan 21–15, 10–21, 19–21
1 2012 Grand Prix Emas Terbuka Malaysia (4) Indonesia Sony Dwi Kuncoro 17–21, 21–8, 21–10
2 2012 Terbuka India Korea Selatan Shon Wan-ho 18–21, 21–14, 19–21
2 2012 Terbuka Seluruh England Republik Rakyat China Lin Dan 19–21, 2–6 (retired)
1 2012 Terbuka Malaysia (2) Jepun Kenichi Tago 21-6, 21-13
1 2012 Terbuka Korea (2) Republik Rakyat China Lin Dan 12–21, 21–18, 21–14
1 2011 Terbuka Perancis (2) Jepun Kenichi Tago 21–16, 21–11
2 2011 Terbuka Denmark Republik Rakyat China Chen Long 15–21, 18–21
2 2011 Terbuka Jepun Republik Rakyat China Chen Long 8–21, 21–10, 19–21
2 2011 Kejohanan Dunia Republik Rakyat China Lin Dan 22–20, 14–21, 21–23
1 2011 Terbuka Indonesia (4) Denmark Peter Gade 21–11, 21–7
1 2011 Grand Prix Emas Terbuka Malaysia (3) Republik Rakyat China Bao Chunlai 21–9, 21–19
1 2011 Terbuka India Denmark Peter Gade 21–12, 12–21, 21–15
1 2011 Terbuka Seluruh England (2) Republik Rakyat China Lin Dan 21–17, 21–17
2 2011 Terbuka Korea Republik Rakyat China Lin Dan 19–21, 21–14, 16–21
1 2011 Terbuka Malaysia (7) Indonesia Taufik Hidayat 21–8, 21–17
1 2010 Perlawanan Akhir Masters Siri Super (3) Denmark Peter Gade 21–9, 21–14
1 2010 Terbuka Hong Kong (2) Indonesia Taufik Hidayat 21–19, 21–9
2 2010 Sukan Asia Republik Rakyat China Lin Dan 13–21, 21–15, 10–21
1 2010 Sukan Komanwel (2) England Rajiv Ouseph 21–10, 21–8
1 2010 Terbuka Jepun (2) Republik Rakyat China Lin Dan 22–20, 16–21, 21–17
1 2010 Terbuka Makau (2) Korea Selatan Lee Hyun-il No match
1 2010 Grand Prix Emas Terbuka Malaysia (2) Malaysia Wong Choong Hann 21–8, 14–21, 21–15
1 2010 Terbuka Indonesia (3) Indonesia Taufik Hidayat 21–19, 21–8
1 2010 Terbuka Seluruh England (1) Jepun Kenichi Tago 21–19, 21–19
1 2010 Terbuka Malaysia (6) Thailand Boonsak Ponsana 21–13, 21–7
1 2010 Korea Open Denmark Peter Gade 21–12, 21–11
1 2009 Perlawanan Akhir Masters Siri Super (2) Korea Selatan Park Sung-hwan 21–17, 21–17
1 2009 Terbuka Hong Kong (1) Denmark Peter Gade 21–13, 13–21, 21-16
1 2009 Terbuka Makau (1) Malaysia Wong Choong Hann 21–15, 21–19
1 2009 Grand Prix Emas Terbuka Malaysia (1) Republik Rakyat China Chen Long 21–16, 21–9
1 2009 Terbuka Indonesia (2) Indonesia Taufik Hidayat 21–9, 21–14
1 2009 Terbuka Switzerland (2) Republik Rakyat China Lin Dan 21–16, 21–16
2 2009 Terbuka Seluruh England Republik Rakyat China Lin Dan 19–21, 12–21
2 2009 Terbuka Korea Denmark Peter Gade 18–21, 21–10, 17–21
1 2009 Terbuka Malaysia (5) Korea Selatan Park Sung-hwan 21–14, 21–13
1 2008 Perlawanan Akhir Masters Siri Super (1) Denmark Peter Gade 21–8, 21–16
2 2008 Terbuka China Republik Rakyat China Lin Dan 18–21, 9–21
2 2008 Terbuka Makau Indonesia Taufik Hidayat 19–21, 15–21
2 2008 Terbuka Jepun Indonesia Sony Dwi Kuncoro 17–21, 11–21
2 2008 Sukan Olimpik Republik Rakyat China Lin Dan 12–21, 8–21
1 2008 Terbuka Singapura Indonesia Simon Santoso 21–13, 21–5
2 2008 Terbuka Switzerland Republik Rakyat China Lin Dan 13–21, 18–21
1 2008 Terbuka Malaysia (4) Korea Selatan Lee Hyun-il 21–15, 11–21, 21–17
2 2007 Terbuka Hong Kong Republik Rakyat China Lin Dan 21–9, 15–21, 15–21
2 2007 Terbuka China Republik Rakyat China Bao Chunlai 12–21, 13–21
1 2007 Terbuka Perancis Republik Rakyat China Bao Chunlai 21–11, 21–14
1 2007 Terbuka Jepun (1) Indonesia Taufik Hidayat 22–20, 19–21, 21–19
1 2007 Terbuka Filipina Republik Rakyat China Chen Hong 21–9, 21–15
1 2007 Terbuka Indonesia (1) Republik Rakyat China Bao Chunlai 21–15, 21–16
2 2006 Terbuka Hong Kong Republik Rakyat China Lin Dan 19–21, 21–8, 16–21
2 2006 Terbuka Makau Republik Rakyat China Lin Dan 18–21, 21–18, 18–21
2 2006 Terbuka Taipei China Republik Rakyat China Lin Dan 18–21, 21–12, 11–21
1 2006 Terbuka Malaysia (3) Republik Rakyat China Lin Dan 21–18, 18–21, 23–21
1 2006 Kejohanan Badminton Asia Thailand Boonsak Ponsana 21–12, 21–16
1 2006 Sukan Komanwel (1) Malaysia Wong Choong Hann 21–13, 21–12
1 2006 Terbuka Switzerland (1) Republik Rakyat China Xia Xuanze 15–8, 15–0
1 2005 Terbuka Denmark Malaysia Muhammad Hafiz Hashim 17–14, 15–8
1 2005 Terbuka Malaysia (2) Republik Rakyat China Lin Dan 17–15, 9–15, 15–9
1 2004 Terbuka Taipei China Malaysia Kuan Beng Hong 15–4, 15–10
2 2004 Terbuka Singapura Denmark Kenneth Jonassen 15–17, 4–15
1 2004 Terbuka Malaysia (1) Korea Selatan Park Sung-hwan 15–13, 15–12
1 2003 Satelit Malaysia Malaysia Kuan Beng Hong 15–7, 15–9
2 2003 Satelit Asia Malaysia Yeoh Kay Bin 5–15, 13–15
2 2003 Terbuka Malaysia Republik Rakyat China Chen Hong 9–15, 5–15
     Perlawanan Siri Super
     Perlawanan Grand Prix Emas dan Grand Prix

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BWF World Ranking
  2. Lee, C. W. (2012), Dare to be a Champion, Kuala Lumpur: Bukuganda Digital & Publication 
  3. "A hero's welcome for Penang boy Chong Wei", nstonline, 2008-08-21. Dicapai pada 2008-11-24. 
  4. 4.0 4.1 Chong Wei gagal dalam misi kutip emas, Sinar Harian, 5 Ogos 2012. Dicapai pada 30 Ogos 2012.
  5. "Chong Wei a national hero, says Najib", Daily Express News, 2008-08-18. Dicapai pada 2008-11-21. 
  6. 6.0 6.1 林丹抢走世界第一 宗伟199週宝座易主, Oriental Daily News, 21 Jun 2012. (Cina) Dicapai pada 22 Jun 2012.
  7. "[羽球李宗伟:中马间的"二道贩子"和黄妙珠是"好友""] (dalam bahasa Chinese). Sina Sport. Sport366.com. http://2008.sport366.com/2007/10/11/10204878.htm. Capaian 2008-12-13. 
  8. "Interview with Lee Chong Wei". Badminton-Information. http://www.badminton-information.com/lee-chong-wei.html. Capaian 2008-11-24. 
  9. Loshana K Shagar. "Chong Wei, Mew Choo hold grand and glitzy wedding reception", 9 November 2012. Dicapai pada 2012-11-09. 
  10. "Galaxy of stars at Lee’s wedding", 11 November 2012. Dicapai pada 12 November 2012. 
  11. Paul, Rajes. "Ruthless Chen Hong ends Chong Wei’s fairy tale run", Ths Star, 2003-09-08. Dicapai pada 2009-03-16. 
  12. Letchumanan, Jaiarajo. "Best Chance Of An Olympic Gold In Chong Wei's Court", Bernama, 2008-08-06. Dicapai pada 2009-03-16. 
  13. "Lin to clash with Taufik", The Hindu, 2005-08-22. Dicapai pada 2009-03-16. 
  14. "Badminton: Chong Wei and Chan-Koo victorious in Basel", The Star, 2006-01-09. Dicapai pada 2009-03-16. 
  15. Paul, Rajes. "Double joy for Malaysia", The Star, 2006-06-19. Dicapai pada 2009-03-16. 
  16. "Commonwealth Games day 11 review", BBC Sport, 2006-03-26. Dicapai pada 2009-03-16. 
  17. Paul, Rajes. "Chong Wei reaches top spot for first time", The Star, 2006-07-01. Dicapai pada 2009-03-16. 
  18. Paul, Rajes. "Badminton: Chong Wei is top seed", The Star, 2006-09-08. Dicapai pada 2009-03-16. 
  19. "Bao knocks out top-seeded Lee in badminton World Championships quarterfinals", The Associated Press, 2006-09-22. Dicapai pada 2009-03-16. 
  20. "Lee gets all clear after car crash", Gulf Times, 2006-11-06. Dicapai pada 2008-11-24. 
  21. "Chong Wei makes timely return to form in Jakarta", The Star, 2007-05-14. Dicapai pada 2009-03-16. 
  22. Teik Huat, Lim. "Badminton: Boost for Chong Wei", The Star, 2007-12-31. Dicapai pada 2009-03-16. 
  23. Teik Huat, Lim. "Badminton: Lee shows his mettle", The Star, 2007-06-17. Dicapai pada 2009-03-16. 
  24. "Anup Sridhar posts another upset win", The Hindu, 2007-08-17. Dicapai pada 2009-03-16. 
  25. Paul, Rajes. "BAM chief wants Chong Wei and Kim Hock to improve relationship", The Star, 2007-08-31. Dicapai pada 2009-03-16. 
  26. "Lee Chong Wei wins men's singles at Malaysian Open badminton", People's Daily Online, 2008-01-29. Dicapai pada 2008-12-14. 
  27. "Badminton: Malaysia's Lee Chong Wei wins men's singles title in Singapore Open", Channelnewsasia, 2008-06-15. Dicapai pada 2008-12-15. 
  28. "李宗伟弃赛李炫一晋级,八强战将上演韩国德比战", bbeshop. Dicapai pada 2008-12-14. 
  29. "China stays on course to win singles titles at All England Open", The Associated Press, International Herald Tribune, 2008-03-08. Dicapai pada 2008-12-15. 
  30. "Chinese back to winning ways in Swiss finals", China Daily, 2008-03-17. Dicapai pada 2008-12-15. 
  31. Chin, Dan Guen. "Looking Towards Jakarta", Bernama, 2008-04-21. Dicapai pada 2008-12-15. 
  32. "China defeats Malaysia to advance to final of Thomas Cup", The Associated Press, International Herald Tribune, 2008-05-16. Dicapai pada 2008-12-15. 
  33. "Britain's Robertson, Emms advance in badminton", The Associated Press, International Herald Tribune, 2008-08-12. Dicapai pada 2008-12-15. 
  34. "Lee in top form in Badminton Singles", beijing2008.cn, 2008-08-14. Dicapai pada 2008-12-15. 
  35. "Lee stumbles but prevails", beijing2008.cn, 2008-08-15. Dicapai pada 2008-12-15. 
  36. "Lin Dan of China defeats Malaysia's Lee Chong in men's final", The Associated Press, International Herald Tribune, 2008-08-17. Dicapai pada 2008-12-15. 
  37. "pension for Malaysian shuttler", asiaonenews, 2008-08-20. Dicapai pada 2008-11-24. 
  38. "Datukship for Lee Chong Wei", asiaonenews, 2008-08-20. Dicapai pada 2008-11-24. 
  39. Paul, Rajes. "Old knee injury haunts Chong Wei at HK Open", The Star, 2008-11-27. Dicapai pada 2008-12-18. 
  40. "中国香港羽毛球超级赛 “水货一哥”临阵脱逃", Sohu Sport, 2008-11-27. Dicapai pada 2008-12-18. (Chinese) 
  41. "三大症状困扰大马一哥 林丹给李宗伟留下病根", QQ Sports, CCTV.com, 2008-11-26. Dicapai pada 2008-12-18. (Chinese) 
  42. "黄佩娴卫冕女单 李宗伟笑缔7连霸", Kwong Wah Yit Poh, 2008-12-12. Dicapai pada 2008-12-13. (Chinese) 
  43. "Lee beats Gade to wins Super Series final", Reuters, 2008-12-21. Dicapai pada 2008-12-22. 
  44. "Lee Chong Wei defends title at Malaysia Open", Xinhua, China Daily, 2009-01-12. Dicapai pada 2009-01-19. 
  45. "Danish Ace Dashes Chong Wei's Hat-trick Hopes", Bernama, 2009-01-18. Dicapai pada 2009-01-19. 
  46. "Badminton: China sweep titles", Sky Sports, 2009-03-08. Dicapai pada 2009-03-09. 
  47. "Chong Wei Tames Super Dan To Clinch Swiss Open Title", Bernama, 2009-03-15. Dicapai pada 2009-03-16. 
  48. "Top-ranked Lee Chong Wei of Malaysia eliminated in first round", The Associated Press, International Herald Tribune, 2009-03-25. Dicapai pada 2009-03-26. 
  49. "Top shuttler Lee tells India to improve conditions", AFP, Google, 2009-03-26. Dicapai pada 2009-03-26. 
  50. Paul, Rajes. "Skipper Chong Wei proud of Malaysia’s first-ever bronze", The Star, 2009-05-18. Dicapai pada 2009-05-21. 
  51. "Lee Chong Wei wins men's singles gold at Indonesia Open", People's Daily Online, 2009-06-22. Dicapai pada 2009-06-29. 
  52. Paul, Rajes. "Chong Wei crushes Chinese youngster Chen Long in 32 minutes", The Star, 2009-06-29. Dicapai pada 2009-06-29. 
  53. Singh, Patwant. "Badminton: Top seed Lee Chong Wei out of Singapore Open", Channel News Asia, 2009-06-11. Dicapai pada 2009-06-29. 
  54. "Chong Wei Receives Darjah Bakti Award", Bernama, 2009-06-06. Dicapai pada 2009-06-06. 
  55. "Lee Chong Wei bio". NBC Olympics. http://www.nbcolympics.com/athletes/athlete=1179/bio/. Capaian 2008-11-24. 
  56. Template error: argument title is required. 
  57. "Indon ends Chong Wei’s World title bid", The Star, 15 Ogos 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  58. "Olympic champion Lin and world No.1 Lee ease into China Masters quarters", China Daily, 17 September 2009. 
  59. K.M. Boopathy. "Curtains for Chong Wei", New Straits Times, 25 Sept 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  60. "Simon Dan Sony Melaju ke Perempat Final Denmark Super Series", Antara News, 23 Okt 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  61. "Fatigue may force Lee to skip Laos Games", The Star, 16 September 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  62. Rajes Paul. "Inconsistent Chong Wei shown early exit in China", The Star, 19 November 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  63. K.M. Boopathy. "And now to grab gold in Laos", New Straits Times, 7 Disember 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  64. "Dua perseorangan kita tersungkur", Utusan Malaysia, 15 Disember 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  65. "SEA Games: Badminton star Lee 'told to rest'", ChannelNewsAsia, 9 Dis 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010. 
  66. "Chong Wei turns on the style in first Korean Open victory", The Star, 18 Januari 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010. 
  67. K.M. Boopathy. "Malaysia Open: Super sixth crown for Chong Wei", New Straits Times, 25 Januari 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010. 
  68. "Chong Wei finally lands All-England crown in seventh attempt", The Star, 15 Mac 2010. Dicapai pada 15 Mac 2010. 
  69. "Chong Wei takluk edisi ke-100", Berita Harian, 15 Mac 2010. Dicapai pada 15 Mac 2010. 
  70. "Japan loss, outburst hit Malaysia's Thomas Cup hopes", 2010-05-12. Dicapai pada 2010-06-17. Diarkibkan drpd. yang asli di 2010-05-31. 
  71. "Thomas Cup: Malaysia in semi-final with 3-2 win over Denmark", 2010-05-12. Dicapai pada 2010-06-17. 
  72. "Misbun expects Chong Wei to return stronger after Lin Dan jolt", 2010-05-16. Dicapai pada 2010-06-17. 
  73. Gilmour, Rod. "Malaysia's Lee Chong Wei sent packing from Singapore badminton Open", 2010-06-19. Dicapai pada 2010-06-29. 
  74. "Malaysia's Lee Chong Wei defeats Taufik Hidayat to lift Indonesia Open", 2010-06-27. Dicapai pada 2009-06-29. 
  75. Gilmour, Rod. "Malaysian Open 2010: Lee Chong Wei predictably lifts home Grand Prix", 2010-07-11. Dicapai pada 2010-08-02. 
  76. Paul, Rajes. "Hyun-il concedes walkover to Chong Wei in Makau final", 2010-08-02. Dicapai pada 2010-08-03. 
  77. Gilmour, Rod. "World Badminton Championships 2010: Lee Chong Wei and Lin Dan in shock exits", 2010-08-27. Dicapai pada 2010-08-30. 
  78. "Unexpected back injury crushes Lee’s world title hopes", 2010-08-29. Dicapai pada 2010-08-30. 
  79. "London 2012 - Chong Wei foils Chinese clean-sweep", 2010-09-26. Dicapai pada 2010-09-27. 
  80. "Malaysia scores badminton gold rush", 2010-10-14. Dicapai pada 2010-10-14. 
  81. "Asian Games: Lin Dan powers past Lee to grab badminton gold", 2010-11-21. Dicapai pada 2010-11-21. Diarkibkan drpd. yang asli di 2010-11-23. 
  82. "Lee Chong Wei take Hong Kong Open title", 2010-12-12. Dicapai pada 2010-12-12. Diarkibkan drpd. yang asli di 2010-12-15. 
  83. Thompson, Dave. "Chong Wei lands third Super Series Finals title", 2011-01-09. Dicapai pada 2011-01-09. 
  84. Paul, Rajes. "Lee just too good for Taufik in final", 2011-01-24. Dicapai pada 2011-01-24. 
  85. "China cash in at million Korean Open", 2011-01-31. Dicapai pada 2011-02-02. Diarkibkan drpd. yang asli di 2011-02-05. 
  86. Gilmour, Rod. "All England Badminton 2011: Lee Chong Wei gets a prime-time call after retaining title in Birmingham", 2011-03-13. Dicapai pada 2011-03-14. 
  87. "Chong Wei wins India Open Super Series", 2011-05-01. Dicapai pada 2011-05-01. 
  88. "Chong Wei wins Malaysia Open", 2011-05-08. Dicapai pada 2011-05-08. 
  89. "Lee Chong Wei primed for Indonesia", 2011-05-24. Dicapai pada 2011-05-30. 
  90. "Lee, Gade prove class at Sudirman Cup", 2011-05-25. Dicapai pada 2011-05-30. 
  91. "Sudirman Cup: Malaysia fails to qualify for semis", 2011-05-26. Dicapai pada 2011-05-30. 
  92. "London 2012 – Lee Chong Wei completes Indonesia hat-trick", 2011-06-26. Dicapai pada 2011-06-27. 
  93. "Lin, Wang keep Chinese badminton sweep on track", 2011-08-14. Dicapai pada 2011-08-14. 
  94. "Chen shocks Lee to win Japan Open badminton tournament", 2011-09-25. Dicapai pada 2011-09-26. 
  95. "Chen Long wins Denmark Open, stunning Lee again", 2011-10-24. Dicapai pada 2011-10-24. 
  96. Paul, Rajes. "World No. 1 Chong Wei rakes in another title in France", 2011-10-31. Dicapai pada 2011-10-31. 
  97. Danlu, Tang. ""Super Dan" ends Lee Chong Wei, Baun upsets Wang Shixian at HK Badminton Open", 2011-11-20. Dicapai pada 2011-11-20. 
  98. Paul, Rajes. "Chong Wei’s reign under threat from resurgent world champ", 2011-11-27. Dicapai pada 2011-11-27. 
  99. Paul, Rajes. "Tired Lee crumbles", 2011-12-18. Dicapai pada 2011-12-18. 
  100. "Lee beats foe Lin Dan in Korea Open final", 2012-01-08. Dicapai pada 2012-01-08. Diarkibkan drpd. yang asli di 2012-07-30. 
  101. Chong Wei julang gelaran ke-8 Terbuka Malaysia, Sinar Harian, 15 Januari 2012. Dicapai pada 15 Januari 2012.
  102. "Lin Dan beats Chong Wei for 5th All England title", 2012-03-11. Dicapai pada 2012-03-12. Diarkibkan drpd. yang asli di 2012-07-20. 
  103. "India Open final: Wan stuns Chong Wei, Li Xuerui wins", 2012-04-30. Dicapai pada 2012-05-01. 
  104. "Chong wei retains gp gold title", 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-08. 
  105. Paul, Rajes. "Chong Wei out for three to four weeks after ankle injury", 2012-05-23. Dicapai pada 2012-05-23. 
  106. Chong Wei dethroned as world No. 1 after four years, The Star, 22 Jun 2012. Dicapai pada 22 Jun 2012.
  107. "SLOW START: Chong Wei prepares for Indonesia’s Santoso", 1 August 2012. Dicapai pada 2012-08-05. 
  108. "Rusty Chong Wei blames pressure for close call in first round", 1 August 2012. Dicapai pada 2012-08-05. 
  109. "Chong Wei gives improved display to reach quarter-finals", 2 August 2012. Dicapai pada 2012-08-05. 
  110. "Chong Wei declares he’s going for top prize after slaying Kashyap", 3 August 2012. Dicapai pada 2012-08-05. 
  111. "Heroic Chong Wei sinks Chen Long", 3 August 2012. Dicapai pada 2012-08-05. 
  112. "Malaysian badminton star Lee to be UNICEF ambassador", AFP, Yahoo! News, 2009-02-27. Dicapai pada 2009-02-28. [pautan putus]
  113. Teik Huat, Lim. "Sports Awards: Chong Wei steals the thunder", The Star, 2006-04-05. Dicapai pada 2009-03-24. 
  114. "Nicol Again Bags Top Penang Sports Award", Bernama, 2006-04-29. Dicapai pada 2008-11-25. 
  115. "李宗伟/林莉莉当选槟最佳男女运动员", Kwong Wah Yit Poh, 2008-11-19. Dicapai pada 2008-12-25. (Chinese) 
  116. "Chong Wei and Yi Ting Receive Olympian Awards 2008", Bernama, Yahoo! Malaysia News, 2008-12-13. Dicapai pada 2008-12-13. Diarkibkan drpd. yang asli di 2008-12-18. 
  117. "Male/Female Player of the Year Award". BWF. http://bwfbadminton.org/file_download.aspx?id=22554. Capaian 2011-12-18. 
  118. "Anugerah Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2008", 2009-03-24. Dicapai pada 2010-11-21. 
  119. "Chong Wei Wins SAM Sports Award", Bernama, Yahoo! Malaysia News, 2009-06-13. Dicapai pada 2009-06-29. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-06-18. 
  120. "2008年檳體育獎‧李宗偉膺最佳男運動員", 2009-08-09. Dicapai pada 2010-11-21. 
  121. "2009年檳州體育頒獎禮 妮柯宗偉再膺最佳運動員", 2010-10-17. Dicapai pada 2010-11-21. 
  122. "Lee Chong Wei and Wang Xiaoli/Yu Yang named 2011 BWF Players of the Year", 2011-12-12. Dicapai pada 2011-12-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]