Nur Shahila Amir Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shila Amzah)
Lompat ke: pandu arah, cari
Shila Amzah

Shila Amzah semasa memenangi Asian Wave di Shanghai, China
Latar belakang
Nama lahir Nur Shahila Amir Hamzah
Juga dikenali sebagai Shila Tekno, Sha-Hila, Shila, Shila Amzah
Berasal dari Kuala Lumpur
Genre Pop Rock, R&B
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Gitar, Keyboard
Tahun aktif 2005-sekarang
Label Monkey Bone Records (2008-2011)
Sony Music Entertainment (2013-sekarang)

Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah[1], ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengangkat namanya sebagai naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala.

Isi kandungan

Biografi [sunting]

Shila sudah lama menceburi bidang nyanyian sebelum menyertai OIAM. Mula-mulanya beliau memakai nama gelaran Shila Tekno selaku penyanyi kanak-kanak, kemudian beralih ke nama Sha-Hila ketika berusia remaja muda lagi. Nama gelaran "Shila" diberi oleh pihak penganjur OIAM sebagai kod undian SMS. Pada malam Grand Finale OIAM2, Shila diberi lagu baru bertajuk Memori Tercipta sebagai taruhan untuk merebut gelaran juara. Beliau tewas kepada Norayu Damit, namun kedua-dua mereka tetap diberi kontrak rakaman oleh Monkey Bone Records yang diketuai Ahmad Izham Omar.

Sungguhpun begitu, Shila akhirnya merasa kemenangan di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang, dua bulan selepas OIAM di mana beliau menghadapi saingan dari penyanyi-penyanyi luar negara. Di sinilah beliau memenangi dua anugerah pertamanya sebagai artis rakaman, iaitu Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.

Shila telah berkolaborasi dengan Dafi dari Akademi Fantasia 5 dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini. Video muzik Rentak Optimis boleh ditontoni di http://www.youtube.com/watch?v=UEHpKSiKE_4

Dalam sejarah tahun 2012, Shila Amzah iaitu penyanyi Malaysia layak ke peringkat akhir Asian Wave 2012. Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah mencipta kejayaan dalam karier seninya apabila telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave Berlangsung di Shanghai, China, pertandingan ini turut disertai oleh penyanyi-penyanyi dari Jepun, Korea, China, Thailand dan banyak lagi.

Daripada 30 orang peserta yang bertanding di peringkat awal, hanya 12 orang terpilih ke akhir dan Shila Amzah pulang sebagai Juara di Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, China yang berlangsung pada 20 September 2012 lalu.

Dalam pusingan awal yang berlangsung daripada 31 Ogos sehingga 6 September lalu, Shila telah menyanyikan lagu 'Set Fire to the Rain' pada pusingan pertama dan pada pusingan kedua, lagu berjudul 'Forever Love' telah menjadi pilihannya.

  • Lagu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di Asian Wave 2012 peringkat akhir:
    • Lagu Gemilang - Jaclyn Victor
    • Lagu Grenade – Bruno Mars
    • Lagu Cina (Mandarin) – Tajuk: Zheng Fu by Na Ying

Shila Amzah telah disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World's Best Female Artist) bersama Dato' Siti Nurhaliza & Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World's Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards. Dia akan bertanding dengan nama-nama besar dunia seperti Adele, Taylor Swift, Madonna, Kelly Clarkson dan ramai lagi. Undian boleh dilakukan di laman web rasmi World Music Awards. Shila Amzah juga akan beraksi di pentas di atas jemputan pihak World Music Awards sendiri. Anugerah berprestij ini akan diadakan di Miami, Florida, Amerika Syarikat.[2]

Shila Amzah nominated in WMA 2012.jpg

Diskografi [sunting]

Album Solo [sunting]

Album Duo/Berkumpulan [sunting]

Jingle Promosi [sunting]

Beberapa single nyanyian Shila juga dijadikan jingle promo untuk iklan dan semuanya secara rasmi dijadikan lagu single di siaraya radio dan TV. Berikut adalah senarainya:-

  • Hanya Kita - Kempen Clean & Clear's Malaysia Promo(2009)
  • Tunjukkan Cintamu - Kempen Cornetto's Love Promo (bersama RAN) (2009)
  • Best of Both Worlds - Kempen Disney Channel's Promo (bersama Miley Cyrus) (2009)
  • Rentak Optimis - Camnilah Muzik!'s Coca Cola Promo (bersama Dafi) (2009)
  • Through My Window - Kempen TM Net Everyone Connects (disertai oleh Bunkface, Tomok, Akim Ahmad, Dafi dan Stacy Angie Anam) (2009)
  • Ke Akhir Garisan - Kempen Impian Emas 1Malaysia Olimpik London (2012)

Single [sunting]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Hot.fm Muzik-muzik
1995 "Jenguk-jenguklah Anak Kita"
ditampilkan oleh ND Lala
Diari Y.B
2000 "Ibu" Terima Kasih Guru
"Terima Kasih Guru"
"Budi dan Jasa"
2005 "Saat Bahagia" Sha-Hila
"Kita Berdansa (Loco Loco)"
"Yang Teristimewa"
2006 "E-mail Darimu"
2008 "Memori Tercipta" Single
"Re-Maja" 5 Jingga
"Tidak Berteman"
duet bersama Atilia Haron
"Tak Minta Popular"
"Bebaskan"
menampilkan Cat Farish
Bebaskan
2009 "Ada ada Saja"
"Kejar"
"Hanya Kita / Hell No!"
"Tunjukkan Cintamu"
duet bersama kumpulan RAN
Friday
"Rentak Optimis"
duet bersama Dafi
Coca Cola Camnilah Music!
"Through My Window" TM Net Everyone Connects
2011 "Di Mana Di Mana"
sebagai trio bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor
3 Suara
"Beribu Sesalan"
sebagai trio bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor
"Patah Seribu" Single
2012 "Semua Isi Hatimu"
sebagai trio bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor
4 3 Suara
"Ke Akhir Garisan" Olimpik London: Impian Emas 1Malaysia
"Dejavu" OST Aku, Kau dan Dia

Anugerah [sunting]

  • Bintang Kecil RTM
    • Tempat Kedua (Ibu)
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000
    • (pencalonan) Artis Kanak-kanak Popular
  • One In A Million Season 2
    • Tempat Kedua (Stuck, Opps I Did It Again, Memori Tercipta)
  • Penang Shanghai World Star Quest 2008
    • Lagu Terbaik (Memori Tercipta)**Anugerah Emas
  • Anugerah Industri Muzik ke 16
  • Anugerah Planet Muzik 2010
    • Duo/Kumpulan Terbaik (3 Suara)
    • (pencalonan) Album Terbaik (3 Suara)
  • Anugerah Industri Muzik ke 18
    • Persembahan Vokal Duo/kumpulan Terbaik (3 Suara)
    • (pencalonan) Lagu Pop Terbaik (Beribu Sesalan)
    • (pencalonan) Album Terbaik (3 Suara)
  • Anugerah Juara Lagu ke 26
    • Naib Juara Keseluruhan (Beribu Sesalan)
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
    • Artis Duo/Kumpulan Popular (3 Suara)
    • (pencalonan) Penyanyi Wanita Popular
  • Asian Wave 2012 (Shanghai, China)
    • Tempat Pertama
  • Anugerah Industri Muzik ke 19
    • (pencalonan) Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Patah Seribu)
    • Lagu Pop Terbaik (Patah Seribu)
    • Lagu Terbaik (Patah Seribu)
  • Anugerah Shout! 2012
    • Power Vocal House Award
    • (pencalonan) Pop Star Award
  • Anugerah Juara Lagu ke-27
    • (Finalis) Lagu Patah Seribu
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
    • (Finalis) Penyanyi Wanita Popular

Rujukan [sunting]

  1. 07/06/2011 Disiplin ND Lala, Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
  2. oleh KHADIJAH IBRAHIM."Tahun-Shila"utusan online,Kuala Lumpur, 21/12/2012. Retrieved on 8 Mac 2013

Pautan luar [sunting]