ATV Jules Verne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jules Verne (ATV-001)
Jules verne at iss.jpg

ATV Jules Verne menghampiri Stesen Angkasa Antarabangsa
Pengendali ESA
Kontraktor utama EADS Astrium (utama),
Thales Alenia Space
Jenis misi Penghantaran bekalan ISS
Satelit kepada Bumi
Tarikh Berlepas 04:03 UTC, 9 Mac 2008
Roket Pembawa Ariane 5ES
Tempoh misi 5 bulan
ID COSPAR 2008-008A
Laman web ESA - ATV
Jisim 20 tan (44,000 lb)
Kuasa Panel suria
Unsur orbital
Keadaan LEO
Kecondongan 51.6°
Tempoh orbit 91.34
Apoapsis 339 kilometer (183 nmi)
Periapsis 331 kilometer (179 nmi)

ATV Jules Verne, atau Automated Transfer Vehicle 001 (ATV-001), merupakan sebuah kapal angkasa lepas pembekalan semula kargo Eropah yang dinamakan bersempena penulis cereka sains Perancis Jules Verne.[1] Kapal angkasa lepas ini dilancarkan pada 9 Mac 2008 dengan misi untuk menghantar bekalan bahan dorong, air, udara dan kargo kering ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Jules Verne juga akan digunakan untuk menolak semula stesen ini ke orbit yang lebih tinggi.

Disebabkan ia merupakan ATV yang pertama, Jules Verne menjalani ujian selama tiga minggu sebelum akhirnya mula bertemu dengan ISS. Ia berlabuh pada 3 April 2008. Selepas tempoh kira-kira empat bulan di sana, Jules Verne akan berpisah dengan ISS dan keluar dari orbit lalu masuk semula dan musnah di atas Lautan Pasifik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]