Abdul Rahman III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdurrahman III atau Abd Rahman 3 (Abd ar-Rahmān ibn Muhammad ibn ′Abd Allāh ibn Muhammad ibn ′abd ar-Rahman ibn al-Hakam ar-Rabdi ibn Hisham ibn ′abd ar-Rahman ad-Dakhil;[1] Arab: عبد الرحمن الثالث; 11 Januari 889/91 – 15 Oktober 961) ialah Amir dan Khalifah Cordoba (912–961) bagi Dinasti Ummayah di al-Andalus. Beliau digelar al-Nasir (" Pelindung [Kepercayaan]"), beliau menaiki takhta ketika berusia 22 tahun dan memerintah selama 49 tahun sebagai seorang putera yang paling berkuasa di Iberia.[2] Di bawah pemerintahannya, rakyat jelata daripada pelbagai kaum telah bertoleransi dan diberikan kebebasan beragama. Beliau menewaskan kerajaan Fatimiyah, yang menyokong musuhnya di Ifrikiyah, dan mengambil gelaran Khalifah (pemimpin dunia Islam) untuk dirinya sendiri.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun terawal[sunting | sunting sumber]

Abd ar-Rahman dilahirkan di Córdoba, merupakan cucu kepada Abdullah, amir ketujuh kerajaan Umaiyah di Andalus, dan putera kepada Muhammad dan Muzna atau Muzayna, seorang Kristian. Nenek di sebelah bapanya juga berbangsa Kristian Oneca Fortúnez, puteri kepada Raja Pamplona iaitu Fortún Garcés. Beliau juga ialah anak saudara lelaki Permaisuri Navarre iaitu Permaisuri Toda.

Awal pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Dalam masa dua puluh tahun pertama pemerintahannya, Abd-ar-Rahman III telah mengelakkan tindakan ketenteraan terhadap kerajaan Kristian di utara, iaitu Asturia dan kerajaan Navarre. Masalah pertama yang beliau hadapi ialah pemberontakan keluarga Muladi. Keluarga yang disokong oleh orang Iberia ini telah mendapat bantuan Kristian dan bekerjasama dengan pemberontak. Elemen ini yang membentuk populasi yang besar tidak menyokong pemimpin yang kuat yang melindungi mereka daripada bangsawan Arab. Abd-ar-Rahman mara untuk menghapuskan mereka dengan tentera yang disertai oleh orang Kristian.

Masjid Agung Córdoba

Tindakan pertama beliau adalah untuk menghapuskan pemberontakan Umar ibn Hafsun. Pada 1 Januari 913, tentera yang dipimpin oleh Badr telah menakluki kawasan Écija yang terletak 50 km dari ibu kota. Semua dinding kota telah dimusnahkan. Bersebelahan sebuah gereja, yang tinggal hanyalah kediaman gabenor dan barisan askar amir. Di musim panas, selepas membuat persiapan selama enam puluh lima hari, Abdul ar-Rahman telah mengetuai ekspedisi ke selatan. Askarnya berjaya membebaskan kawasan Jaén dan Elvira, manakala askar berkuda telah dihantar untuk membebaskan Málaga daripada pengaruh Ibn Hafsun. Beliau juga telah memperoleh penyerahan Fiñana selepas melancarkan serangan api terhadap kawasannya. Setelah itu, beliau mara untuk membuat serangan terhadap istana Juviles di Alpujarras. Beliau mengelinginya selepas memusnahkan kawasan luar bandar untuk meluputkan sumbernya. Setelah mendapati bahawa sukar untuk mengebom dengan lastik, beliau telah mengarahkan supaya dibina pelantar untuk memudahkan senjata perangnya membuat serangan yang lebih hebat dan memotong bekalan air. Askar Muladi menyerah diri selepas beberapa hari. Mereka telah dibebaskan sebagai pertukaran kesetiaan mereka kepada amir. Kempen telah diteruskan selama sembilan puluh hari. Abdul Rahman telah memaksa mereka untuk menghantar tawanan dan harta ke Córdoba untuk meneruskan misi mereka.

Dalam tahun pertama pemerintahannya, Abd ar-Rahman telah mengambil kesempatan atas permusuhan antara Bani Hayyay iaitu gabenor Seville dan Carmona untuk memaksa mereka menyerah diri. Beliau telah menghantar pasukan khas (hasam) di bawah pimpinan Ahmad ibn Muhammad ibn Hudayr, iaitu gabenor Écija ke Seville, untuk memperoleh kedudukan mereka. Percubaan ini gagal tetapi beliau telah mendapat sokongan Muhammad ibn Ibrahim ibn Hayyay, ketua Carmona, dan sepupu ketua Sevillan iaitu Ahmad ibn Maslama. Apabila Ahmad ibn Maslama dikelilingi oleh pasukan tentera Umaiyah, beliau segera meminta bantuan daripada Ibn Hafsun, tetapi Ibn Hafsun ditewaskan oleh pengepung dan kembali ke Bobastro. Seville akhirnya ditakluki pada 20 Disember 913. Ibn al-Mundir al-Qurays, iaitu ahli keluarga diraja, telah dilantik sebagai gabenor manakala ketua Carmona memakai gelaran wazir. Muhammad ibn Ibrahim memegang jawatannya hanya selama sehari. Apabila Abd-ar-Rahman mendapati penglibatan beliau dalam pemberontakan gabenor Carmona, Muhammad telah dihantar ke penjara dan dihukum bunuh.

Wilayah Valencia diserahkan secara aman pada tahun 915 M.

Pemberontakan Levente dan Algarve[sunting | sunting sumber]

Ekspedisi yang dijalankan terhadap Hafsun tidak mengganggu Abd ar-Rahman III daripada memberi perhatian kepada situasi di wilayah lain di sekitar al-Andalus yang tidak mengenali beliau sepenuhnya. Banyak gabenor bandar berada dalam keadaan terseksa seperti kawasan Évora, yang tidak mengekang serangan raja Galicia (bakal raja León), Ordoño II yang menakluki bandar itu pada musim panas tahun 913 dan membawa balik 4,000 orang tawanan.

Di kawasan timur dan barat al-Andalus, pengaruh Abdul ar-Rahman hilang sepenuhnya. Ketua Badajoz, Abd Allah ibn Muhammad, iaitu cucu kepada Abd-ar-Rahman ibn Marwan al-Yilliqi bukan sahaja memperkukuh bandarnya daripada kemungkinan serangan dari Ordoño, tetapi juga mengisytiharkan kemerdekaan sepenuhnya daripada Córdoba. Untuk mengelakkan kejatuhan Évora kepada tangan kumpulan Barbar di wilayah itu, beliau telah mengarahkan supaya diruntuhkan menara pertahanan dan merendahkan dinding walaupun setahun kemudian beliau membuat keputusan untuk membinanya semula serta memberikannya kepada rakan Masud ibn Sa' dun al-Surunbaqi. Algarve telah diduduki sepenuhnya oleh orang Muladi yang diketuai oleh Sa'id ibn Mal, yang menghalau orang Arab dari Beja, dan ketua Ocsónoba, Yahya ibn Bakr, and ketua Niebla, Ibn Ufayr.

Ketidakhadiran pengaruh diraja membolehkan Ordoño II memulakan tujuannya untuk menakluki bandar Mérida pada musim panas tahun 915. Abd ar-Rahman III tidak menghantar sebarang askar dan hanya beberapa penduduk Barbar tempatan jefes menawarkan halangan yang rendah.

Memakai gelaran Khalifah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun berikutnya, selepas berjaya menghapuskan beberapa pemberontakan, Abd ar-Rahman III mendapati beliau amat berkuasa untuk mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah pada 16 Januari 929 dan menjadikannya setaraf dengan khalifah Khilafah Fatimiyyah dan Abbasiyah. Selalunya gelaran khalifah hanya dipakai oleh putera raja yang memerintah kerajaan Islam yang meliputi kota Makkah dan Madinah, dan nenek moyangnya sudah lama memakai gelaran amir. Tetapi tradisi ini telah dilemahkan setiap masa dan gelaran ini meningkatkan martabat Abd ar-Rahman. Beliau merujuk khilafah ini ke atas nenek moyang Umaiyah yang gagal mengawal khilafah ini sehingga mereka ditumbangkan oleh kerajaan Abbasiyah.

Pergerakan Abd ar-Rahman III menjadikan beliau sebagai pemimpin politik dan agama bagi semua orang Muslim di al-Andalus, dan juga sebagai pelindung orang Kristian dan Yahudi. Simbol kekuasaan khilafah yang baru ialah tongkat (jayzuran) dan mahkota (sarir). Abd-ai-Rahman telah menghasilkan wang dinar emas dan dirham logam pada bulan November 928 serta menggantikan spefikasi "al-Andalus" dengan namanya.

Sebagai khalifah yang baru, beliau telah menerima penyerahan diri Ibn Marwan di Badajoz pada tahun 930. Untuk menghadapi pengaruh kerajaan Fatimiyah yang semakin meningkat di utara Afrika di sebelah selatan, Abd-ar-Rahman III telah mengarahkan supaya dibina sebuah angkatan tentera laut di Almeria. Abd ar-Rahman III telah membantu orang Barbar Maghrawa untuk menakluki Melilla (927), Ceuta (931) dan Tangiers (951), yang menerima kekuasaannya. Pada tahun 951 beliau telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan raja baru León, iaitu Ordoño III, di dalam usahanya untuk menentang kerajaan Fatimiyah yang menceroboh kawasan khilafah di Mediterranean dan melancarkan perang ke atas Almeria. Pasukan Abd ar-Rahman yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ahmad ibn Said telah menawan pelabuhan kerajaan Fatimiyah di Tunis untuk memastikan keselamatan kerajaan Umaiyah.

Pada penghujungnya beliau berjaya menubuhkan susunan perlindungan di utara dan tengah Maghribi yang menyokong dinasti Idrisid. Pengaruh khilafah terus hilang selepas serangan kerajaan Fatimiyah pada tahun 958, hanya selepas Abd-ar-Rahman III mempertahankan kawasannya di Ceuta and Tangier.

Perang dengan kerajaan Kristian di utara[sunting | sunting sumber]

Sebelum memastikan al-Andalus berada di bawah pemerintahannya sepenuhnya, Abd-ar-Rahman III telah memulakan semula perang terhadap Raja Ordoño II yang mengambil kesempatan di dalam situasi bermasalah sebelum ini dengan menakluk beberapa kawasan sempadan dan mengancam wilayah kerajaan Umaiyah. Pada tahun 917, beliau telah menghantar tentera yang besar di bawah pimpinan Ahmad ibn Abi Abda untuk menyerang León, tetapi ianya telah ditewaskan berdekatan San Esteban de Gormaz pada bulan September dalam tahun itu juga.

Setelah menyedari kekuatan Ordoño II, pada tahun 920 beliau sekali lagi menghantar tentera yang berkuasa untuk mengambil semula kawasannya selepas tewas di dalam pertempuran sebelumnya. Selepas tewas, pada 26 Julai, raja Sancho Garcés I di Junquera, beliau bertahan di Navarre untuk mengelakkan serangan dari arah selatan dengan melalui laluan klasik di Aragon. Abd ar-Rahman sampai ke bandar Basque di Pamplona, yang diserang dan gerejanya telah diruntuhkan.

Krisis pengganti yang melanda Leon setelah Ordoño II mangkat pada tahun 924 berlaku sehingga Ramiro II menaiki takhta pada tahun 932. Percubaan pertama beliau untuk menghapuskan pemberontakan di Toledo telah berjaya dan membolehkan raja Kristian menakluki Madrid dan mencapai kemenangan di Osma.

Pada tahun 934, selepas meletakkan kekuasaannya ke atas Pamplona and Álava, beliau memaksa Ramiro untuk berundur ke Burgos, dan memaksa permaisuri Toda of Navarre iaitu ibu saudaranya untuk menyerah diri serta bersara daripada memerintah sebagai pemangku untuk anak lelakinya García Sánchez I . Pada tahun 937 beliau telah menakluki tiga puluh istana di León. Kemudian beliau menyerang Muhammad ibn Hashim at-Tugib, iaitu gabenor Zaragoza, yang membuat pakatan dengan Ramiro tetapi telah dihukum selepas pemaklukan bandarnya.

Selepas beberapa kali tewas, Ramiro dan García telah berjaya menghancurkan tentera khalifah pada tahun 939 di dalam Pertempuran Simancas. Setelah mengalami kekalahan, Abd-ar-Rahman III telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada memimpin tenteranya. Walaupun begitu beliau telah dibantu oleh Fernán González, iaitu salah seorang daripada pemimpin Kristian di Simancas, yang melancarkan pemberontakan terhadap Ramiro. Kemenangan Simancas membolehkan kerajaan Kristian mengekalkan aktiviti ketenteraan sehingga tewasnya pengganti Ramiro, iaitu Ordoño III pada tahun 956.

Khilafah memainkan peranan penting di dalam dinasti yang mewatakkan kerajaan Kristian sehingga tahun 961. Saudara Ordoño III' dan penggantinya, Sancho I, telah diketepikan oleh sepupunya Ordoño IV . Bersama-sama dengan neneknya permaisuri Toda, Sancho telah berdamai dengan Córdoba. Sebagai pertukaran untuk beberapa istana, Abd-ar-Rahman membantu mereka untuk mengambil semula Zamora (959) dan Oviedo (960) serta menggulingkan Ordoño IV.

Pada tahun 950 Abd ar-Rahman III menerima hadiah daripada Borrell II, yang menandakan negara di utara menerima kekuasaan khalifah sebagai pertukaran perdamaian dan sokongan.

Tahun-tahun akhir[sunting | sunting sumber]

Abd-ar-Rahman menghabiskan baki usianya di istana barunya di luar Cordoba. Baginda mangkat pada bulan Oktober 961 dan digantikan oleh puteranya al-Hakam II.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Abd-ar-Rahman ialah penaung kesenian dan kejuruteraan. Satu pertiga hasil digunakan untuk perbelanjaan kerajaan, satu pertiga untuk disimpan dan satu pertiga lagi digunakan untuk bangunan. Selepas mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah, beliau telah membina kompleks istana yang dikenali sebagai Medina Azahara, yang terletak 5 kilometer di utara Cordoba. Medina Azahara dibina mengikut reka bentuk istana kerajaan Umaiyah di Damsyik dan menjadi simbolik di antara khalifah baru dan nenek moyangnya.

Semasa pemerintahannya, Córdoba menjadi pusat intelektual yang penting di barat Eropah. Beliau telah mengembangkan perpustakaan bandar di mana kemudiannya diperkayakan oleh penggantinya.

Beliau juga mengukuhkan pengaruh Iberia yang kemudiannya menjadi paling berkuasa di Mediterranean. Orang Iberia berpindah ke Galicia di Sepanyol, Asturias dan utara Afrika. Penjajah Fraxinetum datang dari al-Andalus seperti biasa.

Kutipan[sunting | sunting sumber]

"Sekarang aku telah berkuasa lebih daripada lima puluh tahun dalam kemenangan mahupun perdamaian; dicintai oleh rakyatku, ditakuti oleh musuh-musuhku, dan dihormati oleh sekutu-sekutuku. Kekayaan dan kehormatan, kekuasaan dan kesenangan, telah menungguku, dan tidaklah keberkahan duniawi tampak menginginkan kebahagiaanku. Dalam keadaan ini, aku telah menghitung hari-hari kebahagiaan asli dan sejati yang telah dianugrahkan pada diriku, jumlahnya empat belas: - Wahai manusia! janganlah kauberikan kepercayaanmu di dunia ini!"[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Abd ar-Rahman III". Encyclopedia Britannica. 1 (ed. ke-15). Chicago, IL: Encyclopedia Britannica, Inc. 2010. m/s. 17–18. ISBN 978-1-59339-837-8.
  2. ^ The Golden Caliphate Saudi Aramco World

Pustaka[sunting | sunting sumber]

  • Lévi-Provençal, Évariste; García Gómez, Emilio, penyunting (1950). Una crónica anónima de 'Abd al-Rahman III al-Nasir (dalam bahasa Spanish). Madrid-Granada: Instituto Miguel Asin.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Coope, Jessica (1995). Martyrs of Córdoba: Community and Family Conflict in an Age of Mass Conversion. Lincoln: University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-1471-5. Cite has empty unknown parameter: |unused_data= (bantuan)
  • Fierro, Maribel (2005). Abd-al-Rahman III of Córdoba. Oxford: Oneworld Publications. ISBN 1-85168-384-4.
  • Scales, Peter (1994). Fall of the Caliphate of Córdoba. New York: EJ Brill. ISBN 90-04-09868-2.
  • Wolf, Kenneth (1988). Christian Martyrs in Muslim Spain. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-34416-6.
Abdul Rahman III
Cabang kadet bagi Bani Quraish
Didahului oleh
Abdallah ibni Muhammad
Amir Córdoba
912 – 929
Menjadi khalifah
Gelaran baharu
Khalifah Cordoba
929–961
Diikuti oleh:
Al-Hakam II