Ceuta
| Wilayah – Jumlah |
28 km² |
| Penduduk – Total (2003) – Kepadatan |
76.152 2.719,71/km² |
| Status autonomi | 14 Mac 1995 |
| Perwakilan Parlimen Kerusi Kongres Kerusi Senat |
1 2 |
| Presiden | Juan Jesus Vivas Lara (PP) |
Ceuta adalah sebuah eksklaf milik Sepanyol yang terletak di Afrika Utara, hujung utara Maghribi, di persisiran pantai Mediterranean berdekatan dengan Selat Gibraltar. Luas wilayahnya sekitar 28 km².
Pemandangan Ceuta didominasi oleh Bukit-bukau Monte Hacho, di mana terdapatnya suatu bukit yang dikuasai oleh pasukan Sepanyol. Monte Hacho merupakan salah satu calon Legenda Greek Tiang Hercules Selatan, calon lainnya adalah Jebel Musa.
Pada zaman moden ini, Ceuta terkenal dengan alam kosmopolitannya yang dipengaruhi dengan binaan unik Eropah — semuanya dapat mendokong sektor pelancongan.
Nama rasmi Ceuta dalam bahasa Sepanyol adalah Ciudad Autónoma de Ceuta, Kota Autonomi Ceuta, taraf bandar ini adalah setanding dengan bandar lain Sepanyol dan komuniti autonomi. Sebelum Status Autonomi, Ceuta secara pentadbiran merupakan sebahagian dari provinsi Cadiz.
Pemerintah Maghribi menginginkan Kepulauan Canary, Ceuta dan Melilla menjadi sebahagian dari wilayahnya. Namun begitu, Pemerintah Sepanyol serta pemerintah autonomi dan penduduk Ceuta dan Melilla menolak tuntutan ini.
Pautan luar [sunting]
- (Bahasa Sepanyol) Laman Web Rasmi
Andalusia · Aragon · Asturias · Kepulauan Balearic · Negara Basque · Kepulauan Canary · Cantabria · Castile-La Mancha · Castile-León · Catalonia · Extremadura · Galicia · Madrid · Murcia · Navarre · La Rioja · Komuniti Valencia
Bandar berautonomi | Plaza de soberanía
Ceuta · Melilla | Islas Chafarinas · Peñón de Alhucemas · Peñón de Vélez de la Gomera · Isla de Alborán
| Negara dan Wilayah di Mediterranean | |
| Albania | Algeria | Bosnia dan Herzegovina | Croatia | Cyprus | Mesir | Perancis | Greece | Israel | Itali | Lebanon | Libya | Malta | Monaco | Montenegro | Maghribi | Melilla (Sepanyol) | Palestin | Slovenia | Sepanyol | Syria | Tunisia | Turki | |
| Wilayah tanggungan: Akrotiri dan Dhekelia (United Kingdom) | Ceuta (Sepanyol) | Gibraltar (United Kingdom) | |
| Wilayah tidak diiktiraf: Republik Turki Cyprus Utara | |