Adam Lee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adam Lee
Kelahiran
Muhamad Arif Adam bin Mohamed Fadlee

(1994-10-26) 26 Oktober 1994 (umur 29)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2014–kini
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
PasanganSweet Qismina (k. 2022)

Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee[1] (Jawi: محمد عريف ادم بن محمد فدلي); lahir 26 Oktober 1994[2] merupakan seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian sejak membintangi drama bersiri Lara Aishah. Adam juga pernah membintangi filem seram bertajuk Ia Wujud yang ditayangkan pada 2014.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Adam merupakan anak kacukan Melayu dan Cina, memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 19 tahun sebelum mengundurkan diri buat seketika dari dunia hiburan kerana tidak yakin dengan potensi dalam bidang berkenaan. Sepanjang tempoh itu, beliau melibatkan diri dengan bidang kecergasan. Adam turut mempelajari seni bela diri Muay Thai.

Beliau menjadikan Bront Palarae dan Farid Kamil sebagai idolanya dalam bidang seni lakonannya. Adam juga pernah menghadiri Ujibakat Program Pencarian Hero Remaja 2016/2017. Nama Adam kian meningkat sejak membintangi drama bersiri Seharum Mawar dan Dendam Aurora. Sejak itu juga tawaran berlakon diterima meningkat.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adam Lee ialah sepupu kepada pelakon Janna Nick. Pada 24 Oktober 2022, beliau berkahwin dengan pelakon, Sweet Qismina.[4][5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2022
"Tercipta"
2024
"Izin"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Ia Wujud Arif Filem pertama, dikreditkan sebagai Ariff Adam
2019 Garang
2022 Seratus Penampilan khas
TBA Projek: Kahar Beja Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Jamal Astro Oasis Drama pertama
Cinta Ilahi Johan TV3
2016 Menongkah Kasih Jo TV9
Satu Cinta Ariff TV1
Lara Aishah Daniel Astro Prima
2017 Sayang Papa Saya Tak Adam Astro Ria
Seharum Mawar Fahim TV1
Dendam Aurora Reza Astro Prima
Duda Pujaan Dara Angah Astro Ria
Raisha Andy TV3
2018 Klik! Pengantin Musim Salju Hud Mikael Astro Ria
Sejuta Rasa Buat Adelia Hafidz
2019 Curi-Curi Cinta Badrul
Adam Chempaka Adam TV3
Puteri Yang Ditukar Madun Muda Astro Prima Adaptasi daripada sinetron Indonesia iaitu Putri Yang Ditukar
Terlepas Sesatnya Rizul Laman Web Gempak
Disisimu HD
2020 Aku, Dia dan Pinky Promise Daniel TV Okey
Budak Tebing Arif TV3
Rindu Yang Terindah Hazim Wafiy
Bidadari Salju Hariz
2021 Budak Tebing 2 Arif TV3
Kanvas Ed TV2
2022 Harith Fayyadh Fayyadh TV3
Adakah Engkau Menungguku Ikmal Hanafi
Budak Tebing 3 Arif
Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 Akim Rosli Astro Ria
2023 Bukan Lelaki Terhebat Jaden Haqeef TV3
Malam Zulaikha Izmir
Pemburu Rahsia Waiz
Cik Misi 123 Mika @ Mikhail Danish Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Dorm
Aku dan Adik Izman TV3
2017 Cinta Bae Kicap Astro Ria
2019 Infomasi Terkorban Azrul Astro Ria,
Suria
2019 Mek Bunga Mat Noor TV2
2020 Ara Arman TV3
2017 Mr Maid, Suami Ibu Adli

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Artis Baru Lelaki Popular Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]