Seratus (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seratus
PengarahFeroz Kader
Lakon layarEenaz Mokhtar
Dihasilkan oleh
  • Feroz Kader
  • Jan Mohd Amin
  • Melissa Chung (eksekutif)
  • Basree Rakijan (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMohd Izham Kamaruddin
Disunting olehReese Shah
Muzik olehNurzaidi Abd Rahman
Syarikat
penerbitan
  • FJ Pictures
  • Unomedia
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
6 Oktober 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2 juta

Seratus ialah sebuah filem aksi Malaysia 2022 arahan Feroz Kader dengan skrip oleh Eenaz Mokhtar. Dibintangi oleh Sharul Kamal, Marissa Yasmin, Sara Ali, Riz Amin, Wan Hanafi Su dan Daniella Sya dengan penampilan khas 100 pelakon ternama tanah air, filem ini ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober 2022.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz yang mahu menyelamatkan ibunya yang diculik. Akan tetapi, dia hanya ada satu klu yang boleh membantu bagi menyelamatkan ibunya, iaitu sekeping wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya. Kepingan RM100 itu mengandungi petunjuk yang boleh membawanya untuk mencari wang tebusan yang dituntut oleh penculik itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Seratus ialah filem terbitan bersama FJ Pictures dan Unomedia. Ia diarahkan oleh Feroz Kader manakala skripnya ditulis oleh Eenaz Mokhtar.[2] Ia merupakan karya kedua arahan Feroz yang melibatkan ramai pelakon ternama selepas telefilem Neon (2003) yang dibintangi oleh Faizal Yusup dan Eric Fuzi.

Penyanyi, Sharul Kamal dipilih menjayakan watak utama sebagai Hafiz. Menurut Feroz, Sharul pernah bekerja di bawah arahannya sebagai pelakon pembantu selain yakin Sharul memiliki potensi besar dalam bidang lakonan.[3] Penggambaran dijalankan pada 2019 dengan kos pembikinan sebanyak RM2 juta.[2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Seratus ditayangkan pada 8 Oktober 2022 di pawagam seluruh Malaysia.[1]

Dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini, Kopiplanet menulis: "Secara keseluruhannya, jalan cerita yang ditampilkan dalam filem ini agak mudah, tetapi ia tetap menarik untuk ditonton terutama buat mereka yang meminati filem bergenre aksi thriller. Apapun, tarikan utama filem ini pastinya adalah penampilan 100 orang pelakon itu, selain memaparkan misteri sekeping duit RM100 dan bertepatan dengan tajuk ceritanya".[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Neon – telefilem 2003 dengan jalan cerita serupa arahan Feroz Kader.
  • Juang – filem 2022, turut dibintangi oleh 100 pelakon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Filem Seratus Tampil Dengan Keunikan Tersendiri, Babitkan Kemunculan 100 Pelakon Popular". Kopiplanet. 8 Oktober 2022. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  2. ^ a b c Shahrin Zulkifile (5 Oktober 2022). "1 Filem, Bajet RM2 Juta, Ada 100 Pelakon! Apa Yang Menariknya Tentang 'Seratus'?". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  3. ^ Ain Norman (20 September 2022). "Pengarah nampak bakat terpendam Sharul Kamal, beri peluang bawa watak utama dalam filem 'SERATUS'". mStar Online. Dicapai pada 10 Disember 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]