Adnan Sempit 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Adnan Sempit 2
AdnanSemp-it2poster01.jpg
Poster Adnan Semp-it menampilkan pelakon-pelakon filem ini
Pengarah Ismail `Bob' Hashim
Penerbit David Teo
Lakonan Shaheizy Sam
Intan Ladyana
Yana Samsudin
Along Raja Lawak
Mula ditayang 23 Februari 2012
Tempoh ditayang 90 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Pulangan kasar RM 6.82 juta

Adnan Sempit 2 merupakan sebuah filem genre komedi aksi yang ditayangkan pada 23 Februari 2012 di Malaysia.

Isi kandungan

Plot [sunting]

Setelah berjaya menempuh pelbagai dugaan dalam filem sebelumnya, hubungan antara Adnan (Pelakon: Shaheizy Sam) dan Nadia (Pelakon: Intan Ladyana) semakin intim sehinggakan mereka bercadang untuk berkahwin. Namun, hubungan intim mereka kurang disenangi oleh bapa Nadia, Datuk Ithnin (Pelakon: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar) yang merasakan Adnan sepatutnya berperwatakan seperti ahli korporat. Oleh itu, sebagai syarat kepada Adnan untuk mengahwini Nadia, dia dikehendaki mengubah penampilannya kepada seorang ahli korporat tersohor dalam masa 30 hari - tahu berbahasa Inggeris, pandai bermain golf, tahu memandu kereta serta berupaya mempengerusikan mesyuarat syarikat pada akhir tempoh 30 hari tersebut. Dalam masa yang sama pula, Nadia disyaratkan untuk belajar memasak dan mengemas rumah dalam masa 30 hari.

Syarat tersebut tidaklah semudah yang disangka; Adnan terpaksa menggunakan kayu hoki untuk belajar bermain golf dan menggunakan buku sekolah tadika untuk belajar bahasa Inggeris atas "tunjuk ajar" rakan baiknya Bobby (Pelakon: Along Cham) yang sebenarnya tidak pandai berbahasa Inggeris. Dalam masa yang sama pula, masakan Nadia sering kali tidak menjadi, lebih-lebih lagi apabila dia diajar memasak oleh ibunya, Datin Mas (Pelakon: Aznah Hamid), yang sememangnya tidak tahu memasak langsung. Sementara itu, sepupu Nadia iaitu Fendi, seorang lelaki lembut datang untuk "mengajar" Nadia cara-cara mengurut.

Dalam masa yang sama, hubungan antara Bobby dan kekasihnya Wawa (Pelakon: Yana Samsudin) sedang mengalami masalah kerana Wawa merasakan Bobby malas untuk berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Dalam masa yang sama, Bobby bertelingkah dengan rakan kongsinya Ismat (Pelakon: Angah Raja Lawak). Akibatnya, Wawa mahu memutuskan hubungannya dengan Bobby. Bobby yang sangat kecewa kemudian menyertai perlumbaan haram dan mencabar seorang Minah Rempit yang handal. Adnan yang mendapat tahu Bobby mencabar Minah Rempit itu kemudian turut sama menyertai perlumbaan haram tersebut untuk menghalang Bobby. Kedegilan Bobby menyebabkan perlumbaan yang sepatutnya hanya sejauh 5 km sahaja bertukar menjadi perlumbaan ketahanan (endurance race) yang hanya berakhir setelah Bobby ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya. Setelah Bobby dibebaskan atas jaminan Nadia, Adnan dan Nadia bertekad mahu membantu menyatukan semula Bobby dan Wawa.

Pada suatu hari, semasa Nadia membawa Wawa ke rumah Adnan untuk memujuknya berbaik semula dengan Bobby, dia terkejut melihat Adnan yang hanya berkain pelikat diurut oleh Fendi lalu mula menjauhkan diri daripada Adnan kerana sangki akan kejantanan Adnan. Namun, Adnan tetap hadir mempengerusikan mesyuarat syarikat (dengan bantuan Wawa dan Bobby yang membacakan teks ucapannya dalam Bahasa Inggeris). Pada mulanya Adnan berupaya berucap dengan lancar, tetapi rancangannya terganggu apabila Bobby dan Wawa bertengkar tentang sebutan sebetulnya bagi satu perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Setelah rancangannya dibongkarkan oleh Fendi, dia mengejek ketidakupayaan Adnan berbahasa Inggeris dan mendakwa Adnan tidak akan mampu memiliki Nadia. Dia juga turut mendedahkan bahawa selama ini dia berpura-pura menjadi lelaki lembut supaya Nadia berasa sangsi akan kejantanan Adnan dan seterusnya membenci Adnan. Namun, tanpa disangka-sangka, wakil syarikat rakan niaga dari luar negara mengagumi persembahan Adnan dan meminta Adnan meneruskan persembahannya dalam Bahasa Melayu pula. Begitu juga dengan Datuk Ithnin, yang mengubah fikirannya kerana kagum dengan kesungguhan Adnan untuk berubah walaupun sedar adalah mustahil untuk melakukannya dalam tempoh yang sangat singkat. Nadia yang sedar akan perkara sebenar cuba meminta maaf kepada Adnan. Pada mulanya, Adnan tidak mengendahkannya, tetapi Adnan bersetuju memaafkannya, tetapi dengan syarat Datuk Ithnin mesti mengubah penampilannya menjadi seorang Mat Rempit pula.

Pengarah [sunting]

  • Ismail `Bob' Hashim

Pelakon [sunting]

  1. Shaheizy Sam sebagai Adnan
  2. Intan Ladyana sebagai Nadia
  3. Yana Samsudin sebagai Wawa
  4. Along Cham sebagai Bobby
  5. Angah Raja Lawak sebagai Ismad
  6. Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato'Ithnin
  7. Aznah Hamid sebagai Datin Mas

Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]