Agensi tidak berstruktur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Agensi tidak berstruktur (Indonesia: Lembaga Nonstruktural, disingkat sebagai LNS) ialah agensi yang dibentuk melalui peraturan undang-undang tertentu bertujuan untuk menjalankan fungsi negara dan kerajaan, melibatkan kepentingan kerajaan, swasta dan masyarakat awam, dan dibiayai oleh belanjawan negara. LNS tidak terikat dengan Undang-Undang Nombor 39 Tahun 2008 tentang Kementerian Negara, tetapi penubuhannya sebagai sebuah agensi bebas diperlukan bagi menjalankan tugas dan fungsi lain. Keperluan penubuhan agensi-agensi ini adalah bagi menjalankan tugas-tugas seperti mempercepat proses terwujudnya penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta mengembangkan kehidupan sosiobudaya di Indonesia.[1]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

LNS dikelaskan berdasarkan beberapa tujuan berikut:

  1. Pembentukan yang diperlukan oleh peruntukan undang-undang
    • LNS yang dibentuk berdasarkan Perlembagaan
    • LNS yang dibentuk berdasarkan Peraturan Pemerintah
    • LNS yang dibentuk berdasarkan Peraturan Presiden
    • LNS yang dibentuk berdasarkan Keputusan Presiden
  2. Urusan kerajaan yang berkaitan
  3. Pendanaan
    • LNS berdasarkan pendanaan belanjawan sendiri
    • LNS berdasarkan pendanaan belanjawan yang ditampung menerusi Kementerian/Agensi lain
    • LNS di daerah dengan pembebanan belanjawan daerah (APBD)
    • LNS berdasarkan sumber pendanaan lain
  4. Perwakilan di daerah[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]