Agustín de Iturbide

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Agustín I
[[Image:Agustin de Iturbide Oleo Primitivo Miranda.png|px|alt=|]]
Maharaja Mexico
Tempoh pemerintahan 19 Mei 182219 Mac 1823
Kemahkotaan 21 Julai 1822
Didahului oleh Jawatan ditubuhkan
Diikuti oleh Kerajaan Sementara (1823-1824)
Maximilian I
(sebagai Maharaja)
Presiden Beraja Mexico
Tempoh pemerintahan 28 September 182118 Mei 1822
Didahului oleh Jawatan ditubuhkan
Diikuti oleh Juan Nepomuceno Almonte
Pasangan Ana María Josefa Ramona de Huarte y Muñiz
Putera-puteri
Agustín Jerónimo de Iturbide y Huarte
Puteri Sabina
Puteri Juana María
Puteri Josefa
Putera Ángel
Puteri María Jesús
Puteri María de los Dolores
Putera Salvador of Iturbide-Huarte
Putera Felipe Andrés María de Guadalupe
Putera Agustín Cosmehi
Nama penuh
Agustín Cosme Damián de Iturbide y Arámburu
Keluarga diraja Kerabat Iturbide
Ayahanda José Joaquín de Iturbide y Arreguí
Bonda María Josefa de Arámburu y Carrillo de Figueroa
Pengebumian Katedral Bandaraya Mexico
Tandatangan
Agama Katolik Rom

Agustín Cosme Damián de Iturbide y Arámburu (27 September 1783 – 19 July 1824), juga dikenali sebagai Augustine I dari Mexico, merupakan seorang jeneral dan ahli politik Mexico. Ketika Perang Kemerdekaan Mexico, beliau berjaya membina ahli politik dan tentera untuk mengawal Bandaraya Mexico pada 27 September 1821 iaitu ketika Mexico mencapai kemerdekaan. Selepas itu, beliau menjadi Presiden Beraja pada tahun yang sama. Pada tahun 1822, beliau mengumumkan perlembagaan dengan mengikut titah raja dan beliau menjadi Maharaja Mexico dari 19 Mei 1822 hingga 19 Mac 1823. Beliau juga asalnya tokoh yang mencipta bendera asal Mexico.

Kehidupan sebelum kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Agustín Cosme Damiáno de Iturbide y Arámburu telah dilahirkan di Valladolid, kini Morelia iaitu ibu negeri Michoacán pada 27 September 1783. Beliau telah dibaptiskan dengan nama Saints Cosmas dan Damian di katedral. Kelima adik beradik beliau yang lahir, beliaulah hanya orang yang dapat hidup dan menjadi ketua keluarga.

Adik beradik Iturbide mempunyai keistimewaan tersendiri, mereka mempunyai ladang yang berdekatan dengan hasienda. Bapa Iturbide, Joaquín de Iturbide iaitu pendatang dari golongan atas Basque dalam kerajaan Juan II. Nenek moyang beliau, Martín de Iturbide dapat gelaran diraja iaitu Merino yang merupakan darjah tertinggi di Baztan pada 1430an, dan ramai lagi keluarga lain mendapat gelaran itu pada abad ke-15. Joaquín iaitu bapa Agustín tidak dapat bekerja bersama keluarga beliau, jadi beliau bermigrasi ke Sepanyol Baru untuk membina kehidupan.

Agustín telah belajar di seminar Katolik yang dipanggil Colegio de San Nicolás di Valladolid. Selepas itu, beliau menjadi pengawas dalam hasienda keluarga beliau untuk sementara dan beliau juga seorang penunggang kuda yang bagus.