18 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Mei 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXII | ||||||
18 Mei merupakan hari ke-138 (hari ke-139 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 227 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
[sunting] Peristiwa
- 1268 - Baibars dan angkatan Mamluknya menawan Antioch, ibu negara salibi untuk Kerajaan Antioch.
- 1756 - Perang Tujuh Tahun: Britain mengisytiharkan perang terhadap Perancis, dua tahun selepas pertempuran bermula di Ohio Country.
- 1896 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes "Plessy lwn. Ferguson", mendukung kesahan pengasingan kaum dalam pengangkutan awam.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Poland di bawah Leftenan Jeneral Władysław Anders menawan Monte Cassino.
- 1958 - Pesawat pemintas supersonik F-104 Starfighter mencipta rekod laju dunia dengan mencapai 1,404.19 batu sejam (2,259.82 km/j).
- 1974 - India menjalankan ujian nuklear pertamanya di Pokhran, menjadi ujian nuklear disahkan pertama oleh negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
- 1980 - Gunung St. Helens meletus (gambar) di Washington, mengorbankan 57 orang dan menyebabkan kerosakan melebihi sebilion dolar A.S.
- 1991 - Pergerakan Kebangsaan Somali mengisytiharkan kemerdekaan Somaliland, negara de facto yang diiktiraf antarabangsa sebagai kawasan berautonomi Somalia, selepas kejatuhan kerajaan pusat semasa Perang Saudara Somali.
- 2008 - Republik Rakyat China memenangi Piala Thomas & Uber.
- 2009 - Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||