21 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Julai 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| MMXII | ||||||
21 Julai merupakan hari ke-202 (hari ke-203 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 263 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Belgium (1831);
- Hari Keharmonian Ras di Singapura;
- Hari Pembebasan di Guam (1944).
[sunting] Peristiwa
- 356 SM - Salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Purba, Kuil Artemis di Efesus musnah akibat pembakaran sengaja oleh Herostratus.
- 1298 - Angkatan bersenjata Inggeris dan Ireland yang diketuai Edward Longshanks menewaskan angkatan Scotland yang diketuai William Wallace dalam Pertempuran Falkirk.
- 1831 - Di Brussels, Leopold I (gambar) dilantik dalam upacara khas sebagai Raja Belgium yang pertama.
- 1861 - Pertempuran besar yang pertama dalam Perang Saudara Amerika, Pertempuran Bull Run Pertama bermula.
- 1954 - Perang Indochina Pertama: Kawasan Bebas Tentera Vietnam diwujudkan di Persidangan Geneva, memecahkan Vietnam kepada dua zon: Vietnam Utara di bawah Ho Chi Minh dan Vietnam Selatan di bawah Bao Dai.
- 1960 - Sirimavo Bandaranaike dipilih sebagai Perdana Menteri Ceylon, menjadi wanita pertama di dunia yang terpilih sebagai ketua kerajaan.
- 1964 - Rusuhan kaum bermula di Padang, Singapura, ketika itu sebahagian dari Malaysia, ketika perarakan Maulidur Rasul, menyebabkan 23 orang terbunuh, 450 cedera, dan perintah berkurung 11-hari.
- 1970 - Empangan Aswan di Mesir siap selepas pembinaan selama 11 tahun.
- 1995 - Tentera Pembebasan Rakyat China menembak peluru berpandu ke perairan di utara Taiwan, mencetuskan Krisis Selat Taiwan Ketiga.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||