Aida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senarai Opera Giuseppe Verdi
Verdi Giuseppe.jpg

Oberto, Conte di San Bonifacio (1839)
Un giorno di regno (1840)
Nabucco (1842)
I Lombardi alla prima crociata (1843)
Ernani (1844)
I due Foscari (1844)
Giovanna d'Arco (1845)
Alzira (1845)
Attila (1846)
Macbeth (1847)
I masnadieri (1847)
Jérusalem (1847)
Il corsaro (1848)
La battaglia di Legnano (1849)
Luisa Miller (1849)
Stiffelio (1850)
Rigoletto (1851)
Il trovatore (1853)
La traviata (1853)
Les vêpres siciliennes (1855)
Simón Bocanegra (1857)
Aroldo (1857)
Un ballo in maschera (1859)
La forza del destino (1862)
Don Carlos (1867)
Aida (1871)
Otello (1887)
Falstaff (1893)


Aida (sebutan "aa-ee dah") ialah opera empat babak penggubah Giuseppe Verdi ditulis untuk libreto Itali oleh Antonio Ghislanzoni, berdasarkan senario yang ditulis oleh ahli kaji purba Mesir dari Perancis Auguste Mariette. Persembahan pertama opera Aida dibuat di rumah opera Khedivial di Kaherah pada Disember 24, 1871.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Wazurai Ismail Pasha dari Mesir meminta Verdi untuk menulis opera untuk persembahan pada Januari 1871 dan menawarkan beliau sebanyak 150,000 francs, walau bagaimanapun, ianyanya terpaksa ditangguhkan disebabkan peperangan Perancis di negara Prussia. Opera “Aida” menerima kejayaan yang bear pada persembahan pembukaannya di Kaherah [1] .

Menurut perangkaan Persatuan Opera Amerika, "Aida" menduduki tangga ke-16 yang paling kerap dipersembahkan di utara Amerika [2].

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Disember 24, 1871[3]
(Konduktor: Giovanni Bottesini)
Aida, puteri Ethiopia soprano Antonietta Anastasi-Pozzoni
Raja Mesir bes Tommaso Costa
Amneris, anak perempuan Raja Mesir mezzo-soprano atau kontralto Eleonora Grossi
Radames, kapten pengawal istana tenor Pietro Mongini
Amonasro, raja negara Ethiopia bariton Francesco Steller
Ramfis, ketua paderi bes Paolo Medini
Penyampai pesanan tenor Luigi Stecchi-Bottardi
Suara paderi wanita soprano Marietta Allievi
Paderi lelaki dan wanita, menteri-menteri, kapten, askar-askar, pegawai-pegawai, rakyat Ethiopia,
hamba-hamba dan orang-orang tawanan, rakyat mesir, haiwan

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Babak I[sunting | sunting sumber]

Adegan 1[sunting | sunting sumber]

Dalam dewan istana Raja Mesir

Gambar dari persembahan opera "Aida" pada tahun 2006

Ramfis, paderi besar Mesir memberitahu Radames bahawa peperangan dengan Etiopia mungkin tidak dapat dielakkan. Radames berharap agar dipilih oleh Tuhan Isis sebagai komander untuk mengetuai tentera Mesir. (Ramfis, Radames : Si, corre voce I'Etiope ardisca)

Radames juga bermimpikan untuk mendapat kejayaan yang besar dalam peperangan ini dan juga memenangi hati seorang hamba Etiopia, Aida, yang juga secara rahsia menyintai beliau. (Radames: Se quel guerrier io fossi!...Celeste Aida) . Aida ialah anak kepada Raja Etiopia, Amonasro yang kini tinggal di Istana Raja Mesir sebagai hamba. Orang Mesir tidak tahu menahu tentang asal usul beliau.

Amneris, puteri kepada Raja Mesir masuk ke dalam dewan. Beliau juga menyintai Radames tetapi tidak mendapat balasan darinya. Amneris rasa risau kerana mengesyaki hati Radames telah menjadi milik gadis lain. (Radames, Amneris: Quale insolita giola nel tuo squardo).

Tidak lama kemudian, Aida muncul. Sebaik saja Aida muncul, Amneris perasan perubahan di muka Radames. Beliau mula merasakan bahawa hamba beliau mungkin gadis yang telah menawan hati jejaka pilihannya. Namun, Amneris berlagak biasa dan menyembunyikan perasaan cemburu beliau (Amneris, Aida, Radames: Vieni, o diletta, appressati).

Dinding pentas terbuka luas dan membuka ruang di dalam balai singgahsana

Raja Mesir diikuti oleh paderi besar dan ahli istana masuk ke dalam balai singgahsana. Penyampai istana mengumumkan bahawa tentera Etiopia sedang mara kearah mereka diketuai oleh Raja Amonasro. Raja Mesir mengisytiharkan perang ke atas Etiopia dan mengumumkan bahawa Tuhan Isis telah melantik Radames sebagai komander tentera Mesir (Raja Mesir, penyampai istana, Radames, Aida, Amneris, koir: Alta cagion v'aduna). Setelah mendapat mandat dari Raja Mesir, Radames terus menuju ke Kuil Vulcan untuk istiadat penganugerahan (Raja Mesir, Radames, Aida, Amneris, koir: Su! del Nilo al sacro lido).

Dinding pentas tertutup semula

Aida duduk keseorangan memikirkan nasib beliau. Kini beliau terperangkap di antara kasih ayahanda dan negara beliau atau kekasihnya, Radames (Aida: Ritorna vincitor).

Adegan 2[sunting | sunting sumber]

DaIam kuil Vulcan

Upacara penganugerahan dan sembahyang oleh paderi-paderi, dan tarian oleh biarawati-biarawati (Ketua paderi, koir, Radames: Possente Ftha...Tu che dal nulla). Radames dipakaikan dengan kelengkapan peperangan yang direstui oleh Tuhan Isis (Ketua paderi, koir, Radames: Immenso Ftha .. Mortal, diletto ai Numi). Semua orang di dalam kuil berdoa untuk kejayaan Mesir dan keselamatan perwira-perwira mereka (Nume, custode e vindice).

Babak II[sunting | sunting sumber]

Adegan 1[sunting | sunting sumber]

Dalam kamar Amneris

Tarian dan muzik untuk meraikan kejayaan besar Radames (Koir, Amneris: Chi mai fra gi inni e i plausi). Walau bagaimanapun, hati Amneris masih risau memikirkan cintanya yang tidak berbalas dan juga adakah benar hamba beliau, Aida menyintai Radames. Amneris cuba melupakan masalahnya dengan memanggil hamba dari kaum Moor untuk menari (Koir, Amneris: Vieni: sul crin ti piovano).

Apabila Aida masuk ke dalam kamarnya, Amneris menyuruh hamba-hamba lain keluar meninggalkan mereka. Untuk mendapatkan pengakuan dari Aida, Amneris memberitahu Aida bahawa Radames telah gugur dalam medan peperangan. Aida terkejut dan amat kecewa mendengar berita itu, dalam tangisan, beliau memberitahu bahawa hatinya hanyalah untuk Radames hingga ke akhir hayat (Amneris, Aida: Fu la sorte dell' armi a' tuoi funesta).

Pengakuan Aida menimbulkan kemarahan Amneris yang memberitahu Aida bahawa beliau akan membalas dendam ke atas perbuatan Aida. Aida merayu belas kasihan namun tidak diendahkan Amneris (Amneris, Aida, koir: Su! del Nilo al sacro lido) yang lantas keluar meninggalkan Aida seorang diri di dalam kamarnya.

Adegan 2[sunting | sunting sumber]

Dalam bandar Thebes

Radames dan pasukannya pulang dengan kejayaan yang besar dan berarak ke dalam bandar Thebes (Koir, Ramfis: Gloria all'Egitto, ad Iside). Raja Mesir mengumumkan pada hari yang bersejarah ini, Radames boleh meminta apa sahaja yang beliau mahukan. Tawanan-tawanan Etiopia dikumpulkan di tengah-tengah pasukan tentera dan Raja Amonasro adalah salah seorang daripada mereka. Apabila ternampak ayahandanya, Aida terus lari ke arahnya.Amonasro memberitahu tentera Mesir bahawa Raja Etiopia telah terbunuh dalam peperangan. Aida, Amonasro dan tawanan Etiopia merayu belas simpati dari Raja Mesir tetapi rakyat Mesir mahu mereka dihukum bunuh (Aida, Amneris, Radames, Raja Mesir, Amonasro, koir: Che veggo! .. Egli? .. Mio padre! .. Anch'io pugnai).

Radames merayu Raja Mesir agar kesemua tawanan perang dibebaskan. Oleh kerana Raja Mesir telah berhutang budi dengan jasa Radames, kesemua tawanan dibebaskan kecuali Amonasro dan Aida. Ini adalah sebagai jaminan bahawa rakyat Etiopia tidak akan membalas dendam dan menyerang Mesir sekali lagi. Raja Mesir juga mengumumkan Radames sebagai bakal penggantinya dan akan dikahwinkan dengan puteri baginda, Amneris (Aida, Amneris, Radames, Raja Mesir, Amonasro, koir: O Re: pei sacri Numi!). Amneris tersenyum, Aida terasa amat kecewa.

Babak III[sunting | sunting sumber]

Di tepi sungail Nil, berhadapan Kuil Tuhan Isis

Upacara sembahyang (Koir, Ramfis, Amneris: O tu che sei d'Osiride ) pada malam sebelum majlis perkahwinan Amneris-Radames sedang berlangsung di Kuil Tuhan Isis. Di luar kuil, Aida menunggu ketibaan Radames seperti yang dijanjikan (Aida: Qui Radames verra .. O patria mia).

Amonasro tiba dan memaksa anakandanya, Aida untuk bertanya Radames tentang lokasi tentera-tentera Mesir (Aida, Amonasro: Ciel, mio padre! .. Rivedrai le foreste imbalsamate). Apabila Radames tiba, Amonasro bersembunyi di belakang batu-batu besar untuk mendengar perbualan mereka.

Radames menegaskan bahawa beliau tidak akan mengahwini Amneris kerana cintanya hanyalah untuk Aida ( Pur ti riveggo, mio dolce Aida .. Nel fiero anelito ; Fuggiam gli ardori inospiti .. La, tra foreste vergini ). Aida mengajak Radames untuk lari dari Mesir agar mereka boleh hidup bersama. Setelah berbincang panjang lebar, Radames mencadangkan agar mereka lari mengikut jalan selamat di mana jalan-jalan tersebut bebas dari jagaan tentera-tentera Mesir. Radames juga memberitahu lokasi-lokasi tentera-tentera Mesir yang diletakkan untuk berjaga-jaga.

Sebaik saja terdengar pengakuan Radames, Amonasro keluar dari tempat persembunyiannya. Radames terkejut dan terasa dirinya amat keji. Beliau berasa amat malu dengan perbuatannya membongkarkan rahsia negara beliau. Pada masa yang sama juga Amneris dan Ramfis keluar dari kuil dan ternampak mereka bertiga. Amonasro dan Aida mengajak Radames untuk lari bersama mereka tetapi beliau tidak mahu dan hanya menyerah kepada pengawal diraja Mesir (Radames, Aida, Amonasro, Amneris, Ramfis: Aida! Tu non m'ami! .. Va'!).

Babak IV[sunting | sunting sumber]

Adegan 1[sunting | sunting sumber]

Dalam dewan kuil keadilan

Amneris ( L'aborrita rivale a me sfuggia) yang amat menyintai Radames mahu menyelamatkan nyawa kekasihnya. Beliau memanggil pengawal istana agar membawa Radames bertemu dengannya sebelum perbicaraan.

Radames tiba. Amneris merayu kepada Radames agar menafikan segala pertuduhan yang akan dilemparkan kepadanya, namun Radames tidak mahu. Sekiranya Radames didapati bersalah, beliau akan dijatuhkan dengan hukuman bunuh dan Amneris tidak sanggup hidup tanpa Radames. Amneris merayu Radames lagi untuk membela dirinya dan menafikan segala tuduhan terhadap dirinya, namun Radames tetap dengan pendiriannya. Walau bagaimanapun Radames terasa lega bila diberitahu bahawa Aida masih hidup dan bebas. Radames berharap agar Aida sudah selamat tiba di negaranya. (Amneris, Radames: Gia i Sacerdoti adunasi). Keputusan Radames untuk tidak membela dirinya amat mengecewakan Amneris.

Perbicaraan Radames bermula dan beliau langsung tidak membela dirinya. Radames dijatuhkan hukuman mati. Amneris merayu para paderi agar menunjukkan simpati mereka kepada Radames namun rayuannya tidak dilayan. Amneris menyumpah para paderi apabila Radames dibawa ke tempat hukuman. Beliau dihukum ditanam di dalam bilik kebal bawah tanah sehingga mati (Amneris, Ramfis, koir: Ohime! .. morir mi sento).

Adegan 2[sunting | sunting sumber]

Bilik kebal bawah tanah yang terletak di bawah kuil Vulcan

Radames dimasukkan ke dalam bilik kebal bawah tanah dan dikunci untuk selama-lamanya untuk mati di dalamnya. Beliau hanya memikirkan Aida dan berharap agar kekasinya itu kini berada di tempat yang lebih selamat. Tiba-tiba beliau terdengar bunyi di sebelahnya and terkejut melihat Aida di situ. Aida sebenarnya telah menyorok di dalam bilik itu untuk mati bersama Radames (Radames, Aida: La fatal pietra sovra me si chiuse..). Mereka menerima dan berserah di atas nasib malang mereka dan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia dan penderitaan.

Di dalam tempat sembahyang di kuil Vulcan, Amneris menangis dan berdoa kepada Tuhan Isis. Jauh di bawah kuil, di dalam bilik berkunci itu, Aida menghembuskan nafas terakhirnya di dada Radames (Koir, Aida, Radames, Amneris: Immenso Ftha).

Aria-aria terkenal[sunting | sunting sumber]

  • "Celeste Aida" - Radames dalam Babak I
  • "Ritorna vincitor!" - Aida dalam Babak I
  • "Qui Radames verrà...O patria mia" - Aida dalam Babak III
  • "L'abborrita rivale...Già i sacerdoti adunansi" - Amneris dalam Babak IV, Adegan I

Rakaman terpilih[sunting | sunting sumber]

Tahun Penyanyi-pelakon
(Radames, Aida, Amneris)
Konduktor,
rumah opera dan orkestra
Label
1951 Mario del Monaco,
Maria Callas,
Oralia Dominguez
Oliviero de Fabritiis,
Palacio de Bellas Artes orchestra and chorus
EMI Classics
ASIN: B0000BWTKC
1952 Mario del Monaco,
Renata Tebaldi,
Ebe Stignani
Alberto Erede,
Accademia Nazionale di Santa Cecilia orchestra and chorus
Audio CD: Naxos Historical
8.110129-30[4]
1955 Richard Tucker,
Maria Callas,
Fedora Barbieri
Tullio Serafin,
Teatro alla Scala orchestra and chorus
Audio CD: EMI Classics
ASIN: B000002RY3
1959 Carlo Bergonzi,
Renata Tebaldi,
Giulietta Simionato
Herbert von Karajan,
Vienna State Opera, Vienna Philharmonic Orchestra
Audio CD: Decca
ASIN: B00001IVQW
1961 Mario del Monaco,
Gabriella Tucci,
Giulietta Simionato
Franco Capuana,
NHK Symphony orchestra
(Filem dirakamkan di Tokyo)
DVD: Video Artists Int'l
ASIN: B000RW3YN6
1962 Jon Vickers,
Leontyne Price,
Rita Gorr
Georg Solti,
Teatro dell'Opera di Roma orchestra and chorus
Audio CD: Decca
ASIN: B0000041RW
1972 Plácido Domingo,
Martina Arroyo,
Fiorenza Cossotto
Claudio Abbado,
Teatro alla Scala orchestra and chorus
Audio CD: Opera D'oro
ASIN: B00000AFP2
1981 Luciano Pavarotti,
Margaret Price,
Stefania Toczyska
Garcia Navarro,
War Memorial Opera House orchestra and chorus
DVD: Kultur International Films
ISBN 0-7697-2251-2
1986 Luciano Pavarotti,
Maria Chiara,
Ghena Dimitrova
Lorin Maazel,
Teatro alla Scala orchestra and chorus
DVD: Image Entertainment
ASIN: B00002NDLW
1989 Plácido Domingo,
Aprile Millo,
Dolora Zajick
James Levine,
Metropolitan Opera orchestra and chorus
DVD: Deutsche Grammophon
ASIN: B000050X2Z

Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Budden, Julian (1981). The Operas of Verdi, Vol. 3. London: Cassell. m/s. pp163-187. ISBN 0-304-30740-8. 
  2. Top 20 dari laman OPERA America
  3. Budden, ms.160
  4. http://www.naxos.com/catalogue/item.asp?item_code=8.110129-30#

Buku rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Budden, Julian (1981). The Operas of Verdi, Vol. 3. London: Cassell, 163-187. ISBN 0-304-30740-8.
  • Melitz, Leo (1921). The Opera Goer's Complete Guide. Dodd, Mead and Company.
  • Simon, Henry W. (1946). A Treasury of Grand Opera. Simon and Schuster, New York, NY.
  • The Victrola Guide to the Opera, 6th edition.
  • Budden, Julian: The Operas of Verdi (Cassell), vol 3, mukasurat 160

Pautan luar[sunting | sunting sumber]