Aljunied
| Nama | |
|---|---|
| Inggeris: | Aljunied |
| Cina: | 阿裕尼 |
| (Pinyin: | āyùní) |
| Melayu: | Aljunied |
| Tamil: | isikan |
Aljunied ialah sebuah lingkungan yang terletak di bahagian timur negara kota Singapura. Anggota Parlimen (MP) untuk Aljunied ialah Cynthia Phua.
Etimologi [sunting]
Jalan Aljunied telah dinamai secara rasmi pada tahun 1926 selepas Syed Omar bin Ali Al Junied (meninggal dunia pada tahun 1852).
Syed Omar ialah seorang pedagang Arab yang datang berdagang dari Palembang ke Singapura, dimana beliau sebelumnya telah memulakan perniagaan di pekannya yakni di Tarim, Hadramaut (Yemen). Beliau merupakan seorang yang amat disegani, belaiu telah disayangi oleh Raja Muda Melayu. Syed Omar dikatakan merupakan seorang yang berketurunan Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah anak saudara lelaki kepada Syed Mohammed bin Harun Al Junied, yang juga datang dari Palembang ke Singapura beberapa hari sebelum peristiwa Singapura ke arah kemodenan bermula pada tahun 1819.
Syed Omar ialah seorang ahli filantropi dan merupakan seorang hartawan yang dermawan. Beliau telah mewakafkan suatu plot tanah yang cukup besar untuk kegunaan Makam Perkuburan Muslim di Victoria Street dan membina Masjid yang dinamai Masjid Al-Junied di Bencoolen Street. Tapak dimana berdirinya Gereja St Andrews sebenarnya turut diberikan oleh beliau bagi mengeratkan hubungan antara penganut beragama Kristian. Beliau dan keluarganya telah memberi sumbangan yang cukup besar dalam pembinaan Hospital Tan Tock Seng.
Dalam tahun 1927, seorang daripada keturunannya yang bernama Syed Abdul Rahman Aljunied, telah membina Madrasah Aljunied Al-Islamiah berdekatan dengan Makam Syed Omar yang terletak di Victoria Road. Madrasah Aljunied merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang telah berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuwan Islam dan pemikir falsafah yang terkenal dan handal dalam ilmu pemikiran, fiqh, tasawuf dan pelbagai lagi dalam bidang pengajian Islam yang lain.
Rujukan [sunting]
- Victor R Savage, Brenda S A Yeoh (2003), Toponymics - A Study of Singapore Street Names, Eastern Universities Press, ISBN 981-210-205-1
- http://www.ahtc.sg/ (Aljunied Town Council)
Aljunied | Ang Mo Kio | Bedok | Bishan | Boon Lay | Braddell | Bukit Batok | Bukit Gombak | Bukit Merah | Bukit Panjang | Bukit Timah | Buona Vista | Changi | Chinatown | Choa Chu Kang | Clementi | Dover | Dhoby Ghaut | Geylang | Ghim Moh | Holland Road | Holland Village | Hougang | Jalan Besar | Jalan Kayu | Jurong | Kallang | Katong | Kampong Glam | Kembangan | Kranji | Lim Chu Kang | Little India | Macpherson | Marina Bay | Marine Parade | Novena | Orchard Road | Outram | Pasir Panjang | Pasir Ris | Paya Lebar | Potong Pasir | Punggol | Queenstown | Raffles Place | Seletar | Sembawang | Sengkang | Serangoon | Serangoon Gardens | Siglap | Simei | Tampines | Tanjong Pagar | Telok Blangah | Thomson | Tiong Bahru | Toa Payoh | Tuas | Woodlands | Yew Tee | Yio Chu Kang | Yishun
Pulau: Pulau Jurong | Pulau Kusu | Pulau Brani | Pulau Hantu | Pulau Semakau | Pulau Tekong | Pulau Ubin | Pulau Sentosa | Pulau Saint John | Pulau Sisters