Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madrasah Aljunied Al-Islamiah
Maklumat
JenisSwasta, madrasah
Motoالعلم نور  
(Ilmu itu cahaya)
Diasaskan1927 (1927)
PengasasSyed Abdul Rahman Aljunied
SesiSingle session
JantinaCoeducational
(gender segregated)
Warna         Navy Blue, White
Laman sesawang
Map

Madrasah Aljunied Al-Islamiah (Jawi: مدرسة الجنيد الإسلامية) adalah institusi pengajian Islam swasta sepenuh masa di Singapura, salah satu daripada enam madrasah (sekolah) di Singapura. Madrasah Aljunied merupakan salah satu madrasah tertua yang masih ada di Singapura. Ia telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam rantau ini kerana mempunyai piawaian bahasa Arab dan keilmuan Islam yang tinggi. Madrasah Aljunied telah melahirkan ramai alumni yang terdiri daripada pemimpin agama Islam terkemuka di Singapura dan Asia Tenggara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Madrasah Aljunied terletak bersebelahan Tanah Perkuburan Jalan Kubor yang bersejarah.

Madrasah Aljunied merupakan madrasah kedua tertua di Singapura selepas Madrasah Alsagoff. Ia diasaskan pada tahun 1927 oleh seorang dermawan, Syed Abdul Rahman Aljunied. Bangunan asal dua tingkat sekolah ini terletak di sebidang tanah seluas 4.4 hektar. Bangunan baru itu, bagaimanapun, terletak di tanah hanya seluas 0.52 hektar. [1]

Pengasasnya, Syed Abdul Rahman Aljunied, memerhatikan bahawa Syed Abu Bakar bin Taha Alsagoff adalah calon yang paling layak untuk jawatan Mudir (Guru Besar). Syed Abu Bakar bersetuju namun meletakkan dua syarat, iaitu: bahasa Arab dijadikan bahasa pengantar; dan sistem pendidikan dan pedagoginya mestilah moden.[2]

Syarat Syed Abu Bakar diterima dengan baik, dan beliau mengurus Madrasah dengan penuh berdisiplin sebagai Mudir dari tahun 1927 hingga 1955.[3]

Selama bertahun-tahun, pencapaian Madrasah Aljunied sebagai institusi pendidikan Islam unggul di Asia Tenggara semakin kukuh.[2] Ada catatan menyatakan bahawa Syed Abu Bakar membenarkan sebahagian rumahnya di Jalan Jawa dijadikan tempat penginapan percuma untuk para pelajar.

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kurikulum sekolah ini menjurus ke arah mata pelajaran agama Islam, sementara kira-kira sepertiga diperuntukkan untuk mata pelajaran bukan agama.[4]

Mata pelajaran bukan berkaitan agama banyak diajar sebagai sebahagian daripada kurikulum tempatan dan memperoleh kelayakan dan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Singapura . Para pelajar terdiri daripada aliran "ekspres" empat tahun dan mengikuti O-Level di Tahun 4; atau aliran "normal" (akademik) lima tahun dan mengikuti O-Level juga.[5]

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Ustaz Fatris Bakaram, mantan Mufti Singapura.
  • Ustaz Syed Isa Mohamed Semait, mantan Mufti Singapura.
  • Ustaz Salim Jasman, mantan Presiden Mahkamah Syariah .
  • Ustaz Abu Bakar Hashim, mantan Presiden Mahkamah Syariah, dan orang penting dalam rundingan bersama pengganas semasa kejadian rampasan feri Laju pada tahun 1974.
  • Ustaz Syed Ahmad Syed Mohamed dan Ustaz Pasuni Maulan, Pendaftar Perkahwinan Muslim.
  • Ustaz Ahmad Sonhaji, seorang pemimpin agama yang terkemuka.
  • Ustaz Syed Abdillah Aljufri, pemimpin agama yang terkemuka.
  • Pehin Dato Seri Utama Dr Haji Mohamad Zain Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama Berunei, dan merupakan warga Brunei pertama yang menjadi graduan dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1963. [6]
  • Ahmad Abdurrahman, salah satu daripada dua pelajar madrasah yang ditawarkan pengajian ke Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura untuk pertama kalinya pada tahun 2015.[7] Pelajar yang lain ialah Amalina Ridzuan, lulusan Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kong, Lily (2003). The Politics of Landscapes in Singapore: Constructions of "nation". Syracuse University Press. m/s. 151. ISBN 9780815629801.
  2. ^ a b "Madrasah Aljunied al-Islamiah". 2009-03-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-01. Dicapai pada 2017-10-15.
  3. ^ "Madrasah Aljunied | History". Madrasah Aljunied. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-20. Dicapai pada 18 May 2015.
  4. ^ "Infopedia | Madrasah Aljunied". NLB. Dicapai pada 8 May 2015.
  5. ^ Aljunied's curriculum
  6. ^ "Madrasah Aljunied | History". Madrasah Aljunied. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-20. Dicapai pada 18 May 2015.
  7. ^ migration (2015-05-18). "NUS medical school takes in first former madrasah students". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-19.