America's Next Top Model, Musim 10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
America's Next Top Model, Musim 10
ANTM Musim 10.png
Foto komersil untuk para peserta Musim 10 America's Next Top Model
Format Realiti
Pencipta Tyra Banks
Dimajukan oleh Ken Mok
Kenya Barris
Negara asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bilangan episod 13
Penerbitan
Penerbit eksekutif Tyra Banks
Ken Mok
Daniel Soiseth
Tempoh siaran 60 minit
Penyiaran
Saluran asal The CW
Siaran asal 20 Februari 2008 – 14 Mei 2008
Kronologi
Mengikuti Musim 9
Diikuti oleh Musim 11
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

America's Next Top Model, Musim 10 adalah merupakan musim kesepuluh America's Next Top Model dan merupakan musim keempat daripada rancangan tersebut yang disiarkan di stesen The CW. Slogan komersil untuk musim ini adalah "New Faces, New Attitude, New York."

Destinasi antarabangsa untuk musim ini ialah Rome, Itali, yang juga menandakan buat kali pertama rancangan ini melawati destinasi antarabangsa yang telah dikunjungi pada musim yang lalu. Pemenang untuk musim ini, seperti tiga musim sebelum ini, akan menandatangani kontrak dengan agensi model terkemuka Elite Model Management, kontrak $100,000 bersama CoverGirl cosmetics, dan menjadi penghias muka hadapan kulit majalah serta liputan sebanyak enam muka surat di majalah Seventeen.

Beberapa perubahan telah dilaksanakan pada musim ini. Rancangan ini telah dipindahkan semula ke New York City, New York setelah ditempatkan di Los Angeles, California semenjak Musim 4. Bilangan peserta juga ditambah menjadi 14, setelah dikekalkan seramai 13 orang semenjak Musim 5. Juga, barisan juri juga telah berubah, setelah dikekalkan semenjak Musim 5; Twiggy telah diganti oleh supermodel berbangsa Czech, Paulina Porizkova disebabkan jadual penyuntingan yang bercanggah.

Pemenang untuk musim ini ialah Whitney Thompson yang berasal daripada Atlantic Beach, Florida yang memecah rekod apabila menjadi peserta "full figured" yang pertama memenangi rancangan ini.

Rumusan episod[sunting | sunting sumber]

Welcome To Top Model Prep[sunting | sunting sumber]

Tarikh Disiarkan: 20 Februari 2008

35 orang peserta wanita tiba di "Top Model Prep" di mana mereka berjumpa dengan Mr. Jay Manuel dan Miss J. Alexander. Kesemua mereka terlibat dalam sesi penggambaran foto kelas sebelum memulakan kelas peragaan bersama Miss J., di mana Lauren dianggap sebagai peserta yang paling lemah. Seterusnya, kesemua peserta menghadiri kem unggun api di mana "Homecoming Queen" akan diumumkan. Para penyorak yang bersorak di bawah pentas adalah merupakan sebahagian daripada bekas peserta rancangan tersebut pada musim-musim lepas. Mr. Jay seterusnya mengumumkan bahawa para finalis akan dibawa ke Bandar raya New York. "Homecoming Queen" adalah merupakan Tyra Banks yang memberikan kejutan kepada kesemua peserta dengan kemunculan beliau dari belakang tirai. Sesi temuduga berlangsung kemudiannya.

Ketika sesi temuduga berlangsung, satu pertelingkahan telah tercetus di antara Shaya dan Fatima, tetapi mereka kemudiannya berdamai apabila Fatima membuat pengakuan bahawa dia adalah merupakan antara yang terselamat akibat budayanya yang mengamalkan jahitan kemaluan. Temuduga yang sukar dilupakan termasuklah Stacy Ann menggayakan tarian paha, Fatima yang memberitahu barisan juri tentang jahitan kemaluan yang dialaminya, dan juga pengakuan Claire yang meminum susu badannya sendiri supaya bayi yang ditinggalkannya masih akan dapat menyusu apabila dia kembali kelak.

Selepas sesi temuduga, jumlah peserta telah dikurangkan sehingga 20 orang. 20 orang peserta yang terpilih ini kemudiannya mengikuti sesi penggambaran foto kelas senior dan mereka harus mendandan solekan mereka sendiri.

Pada penghujung hari tersebut, Tyra mengumumkan 13 orang peserta yang terpilih untuk bertanding dalam musim ini. Apabila beliau memanggil "Aimee/Amy", kedua-duanya maju ke hadapan, dan Amy mengesyorkan untuk menukar nama panggilannya kepada "Amis" untuk mengelakkan kekeliruan. Ketika peserta yang ke tiga belas diumumkan, Tyra merasakan bahawa kesemua peserta mempunyai potensi yang tinggi, dan akhirnya memberikan peluang kepada Dominique untuk menjadi peserta yang ke empat belas dan sekaligus menjadi finalis yang terakhir untuk musim ini.

  • Penampilan istimewa: Furonda Brasfield, Joanie Dodds, Michelle Babin, Amanda Babin, Jael Strauss

New York City, Here We Come[sunting | sunting sumber]

Tarikh Disiarkan: 27 Februari 2008

Kesemua peserta dibawa ke rumah penginapan mereka di Bandar raya New York yang bertemakan kemanusiaan. Namun, Amis, Fatima dan Kimberly berasa hampa dan kecewa apabila melihat simbol "tidak dibenarkan merokok" yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk merokok di luar rumah penginapan mereka. Kemudiannya, Mr. Jay dan Miss J tiba untuk membawa kesemua peserta untuk meronda di sekitar bandarraya New York. Perhentian mereka yang terakhir adalah di tayangan peragaan Badgley Mishka.

Selepas acara tersebut, Fatima dengan secara tidak sengaja terpukul Marvita dengan tangannya, menyebabkan tercetusnya ketegangan sementara. Mereka kemudiannya dibawa ke bangunan Elite Model Management dan bertemu dengan Paulina Porizkova dan juga Neal Hamil, di mana Paulina memberikan kritikan yang agak pedas kepada setiap peserta.

Ketika di set penggambaran, para peserta dikehendaki untuk memainkan peranan sebagai wanita tanpa kediaman yang dikelilingi oleh model-model yang berpakaian fesyen unggul. Kebanyakan daripada para peserta mendapat respons yang positif, namun kelincahan Amis dan expresi wajah Kimberly yang kuyu mendapat kritikan. Selepas penggambaran, Kimberly berterus-terang kepada Fatima bahawa fesyen bergaya tidak menarik minatnya.

Semasa proses penilaian juri, Paulina Poriskova telah diumumkan sebagai juri baru menggantikan Twiggy. Sewaktu tiba giliran Kimberly untuk dinilai, dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai keinginan yang tinggi untuk industri fesyen, dan seterusnya menarik diri secara sukarela daripada meneruskan pertandingan. Kimberly adalah merupakan peserta ketiga yang secara sukarela menarik diri daripada meneruskan pertandingan, selepas Cassandra Whitehead (Musim 5), dan Ebony Morgan (Musim 9).

Meskipun terpempan, Tyra mengumumkan bahawa penyingkiran akan tetap dilaksanakan. Kekurangan daya tarikan fesyen unggul pada perwatakan Atalya menyebabkan dia berada di kedudukan dua terbawah bersama Amis, yang kelihatan seakan-akan bingung dan sesat di dalam foto. Namun begitu, barisan juri menyedari bahawa Amis memiliki suatu "ketegangan" yang penting dalam industri fesyen, dan dia akhirnya diberikan satu lagi peluang.

  • Dua kedudukan terbawah: Amis Jenkins & Atalya Slater
  • Tersingkir: Atalya Slater
  • Menarik diri: Kimberly Rydzewski
  • Jurugambar: Sarah McColgan
  • Penampilan istimewa: Mark Badgley, James Mischka, Neal Hamil, Taz Tagore, Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Claire Unabia

Top Model Makeovers[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 5 Mac 2008

Kesemua peserta telah dibawa ke apple bottom apperal.Allison berkecil hati kerana Fatima mengatakan bahawa allison mempunyai susuk tubuh badan yang besar daripada fatima.Kesemua peserta telah dibawa ke wall-mart untuk meghadapi cabaran mingguan. Claire telah memenangi cabaran .Di tempat rumah penginapan Allison telah mengatakan kepada Fatima bahawa Fatima seorang gadis yang berkulit hitam.

keesokan harinya ,ke semua peserta telah dibawa ke sebuah salun kecantikan untuk diubah suai imej mereka.tyra bank menyatakan kepada mereka bahawa mereka akan diubah suai.rambut fatima ditambah dan diwarnakan dengan warna perang berangan.manakala Stacy-ann talah memohon untuk memanjangkan rambutnya seperti Noami Campbells.sebaliknya rambut Stacy-ann dipotong pendek seperti bulu tengkuk kuda.

Ketika di set pengambaran, para peserta dikehendaki untuk memainkan peranan sebagai wanita cantik yang seksi dengan beraksi diatas bot yang berdekatan dengan Brooklyn bridge.set pengambaran ini di panggil "Intimates"daripada elle macpherson.

Semasa proses penilaian juri ,lauren telah memeberi gambaran yang menarik ketika diset pengambaran.begitu juga aimee dan marvita .Amis,dominique dan allison telah memberikan gambaran yang buruk dan membosankan.Akhirnya dominique dan allison telah terjerumus di dua peserta terakhir .dominique telah diberikan peluang untuk beraksi pada minggu hadapan .Manakala allison disingkirkan dari pertandingan.Tyra mencadangkan untuk mengubah semula warna rambut dominique .

  • Dua kedudukan terbawah: allison kuehn & dominique reighart
  • tersingkir: allison kuehn
  • jurugambar:george holz
  • penampilan istimewa:Elle macpherson,Stephen knoll,brent poer,molly sterm,sutan,christian marc.
  • covergirl of the week:claire unabia.

Where's the beef[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 12 Mac 2008

Kesemua peserta telah dibawa ke ibu pejabat balai bomba new york. Disana mereka telah berjumpa miss j.Mereka telah diajar cara berjalan diatas runway dengan betul.Selepas itu,mereka diberi 90 saat untuk mendandan diri sendiri.Tetapi,fatima gagal untuk menukar kasutnya dan sekaligus gagal dalam cabaran minggu ini.Mereka diwajibkan untuk menggayakan diri mereka diatas runway yang bertemakan kebakaran.


  • Dua kedudukan terbawah:
  • Tersingkir:
  • Jurugambar:
  • Penampilan istimewa:
  • Covergirl of the week:

Para peserta[sunting | sunting sumber]

Mengikut urutan penyingkiran[sunting | sunting sumber]

(umur dicatat mengikut waktu pertandingan)[1]

  • Kimberly Rydzewski, 20, daripada Worcester, Massachusetts (Tarik diri)
  • Atalya Slater, 18, daripada Brooklyn, New York
  • Allison Kuehn, 19, from Waunakee, Wisconsin
  • Amy "Amis" Jenkins, 20, daripada Bartlesville, Oklahoma
  • Marvita Washington, 23, daripada San Francisco, California
  • Aimee Wright, 18, daripada Spanaway, Washington
  • Claire-Aimee "Claire" Unabia, 24, daripada New York City, New York
  • Stacy Ann Fequiere, 22, daripada Miami, Florida
  • Lauren Utter, 22, daripada Brooklyn, New York
  • Katarzyna Dolińska, 22, daripada Roslyn, New York
  • Dominique Reighard, 23, daripada Columbus, Ohio
  • Fatima Siad, 22, daripada Boston, Massachusetts
  • Anya Kop, 19, daripada Honolulu, Hawaii (Naib juara)
  • Whitney Thompson, 20, daripada Atlantic Beach, Florida (Pemenang)

Rumusan[sunting | sunting sumber]

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Panggilan Tyra Mengikut Urutan
Urutan Episod
1 2 3 4 5 6 7 9 10 11 12 13
1 Allison Anya Lauren Anya Stacy Ann Whitney Fatima Anya Fatima Fatima Anya Anya Whitney
2 Fatima Claire Marvita Whitney Dominique Katarzyna Anya Lauren Dominique Dominique Whitney Whitney Anya
3 Katarzyna Whitney Aimee Katarzyna Claire Fatima Katarzyna Dominique Anya Anya Fatima Fatima
4 Kimberly Lauren Claire Claire Anya Lauren Whitney Katarzyna Katarzyna Whitney Dominique
5 Stacy Ann Aimee Stacy Ann Dominique Lauren Anya Stacy Ann Whitney Whitney Katarzyna
6 Aimee Fatima Fatima Stacy Ann Aimee Dominique Dominique Fatima Lauren
7 Amis Marvita Anya Lauren Katarzyna Stacy Ann Lauren Stacy Ann
8 Claire Katarzyna Whitney Marvita Fatima Claire Claire
9 Whitney Stacy Ann Katarzyna Aimee Whitney Aimee
10 Marvita Dominique Amis Fatima Marvita
11 Lauren Allison Dominique Amis
12 Atalya Amis Allison
13 Anya Atalya
14 Dominique Kimberly
     Peserta yang menarik diri daripada pertandingan
     Peserta yang merupakan CoverGirl of the Week
     Peserta yang merupakan CoverGirl of the Week dan memenangi cabaran
     Peserta yang merupakan CoverGirl of the Week dan disingkirkan
     Peserta yang memenangi cabaran
     Peserta yang memenangi cabaran dan disingkirkan
     Peserta yang tidak mengambil bahagian dalam sesi penggambaran
     Peserta yang diambil untuk menambah bilangan peserta
     Peserta yang disingkirkan
     Peserta yang menjadi pemenang pertandingan
  • Pada episod 1, 20 orang peserta yang terpilih telah dikurangkan menjadi 14 untuk mara ke pertandingan yang sebenar. Namun, urutan panggilan ini tidak menunjukkan prestasi mereka pada minggu tersebut. Secara tambahan, Aimee dan Amis telah dipanggil secara serentak.
  • Pada episod 2, Kimberly telah menarik diri daripada pertandingan.
  • Pada episod 5 dan 7, sebilangan peserta telah memenangi cabaran. Pada episod 5, Claire telah memenangi hadiah tambahan kerana menjadi peserta terbaik di dalam kumpulan yang menang.
  • Episod 8 merupakan episod imbauan.

Perubahan imej[sunting | sunting sumber]

  • Allison: diwarna tembaga dan ditenun dengan rambut palsu
  • Amis: rambut palsu panjang berwarna perang
  • Marvita: rambut palsu menyerupai bulu tengkuk kuda
  • Aimee: diwarna merah dan rambut di bahagian hadapan ditambah
  • Claire: dilunturkan dan dicukur
  • Stacy Ann: potongan yang lebih pendek
  • Lauren: ditenun rambut palsu panjang berwarna perang dengan sorotan berwarna merah.
  • Katarzyna: diwarna lebih gelap; kemudiannya, dipotong pendek
  • Dominique: Potongan pendek dan diwarna coklat gelap; kemudiannya diwarnakan semula dengan warna perang
  • Anya: diwarna perang platinum
  • Fatima: ditenun rambut palsu panjang berwarna perang berangan
  • Whitney: ditenun rambut palsu panjang berwarna perang

Panduan sesi penggambaran[sunting | sunting sumber]

  • Episod 1: Kad ID Pelajar; Foto Senior (Ujibakat)
  • Episod 2: Tanpa Kediaman/Merempat
  • Episod 3: "Intimates" daripada Elle Macpherson
  • Episod 4: Industi 'Meat Packing'
  • Episod 5: Foto Kecantikan dengan Cat
  • Episod 6: Genre Muzik
  • Episod 7: Fuerzabruta di atas Mylar
  • Episod 9: Penumpang Menaiki Pesawat
  • Episod 10: Komersil CoverGirl dalam Bahasa Itali
  • Episod 11: Kouture Istana Roman
  • Episod 12: Foto Paparazi
  • Episod 13: Komersil LashBlast Mascara CoverGirl dan Iklan Bercetak; Muka Hadapan Majalah Seventeen

Barisan juri[sunting | sunting sumber]

  • Tyra Banks
  • J. Alexander
  • Nigel Barker
  • Paulina Porizkova

Statistik[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah peserta: 14
  • Peserta paling berumur: Claire Unabia, 24 tahun
  • Peserta paling muda: Aimee Wright & Atalya Slater, kedua-duanya 18 tahun
  • Peserta paling tinggi: Lauren Utter, 6'0" (183 cm)
  • Peserta paling berat: Whitney Thompson
  • Peserta yang paling kerap memenangi cabaran secara berturut-turut: Anya Kop & Katarzyna Dolińska, kedua-duanya 2 kali
  • Peserta yang paling banyak memenangi cabaran: Anya Kop, Claire Unabia & Whitney Thompson, kesemuanya 3 kali
  • Peserta yang paling kerap menerima panggilan pertama secara berturut-turut: Anya Kop & Fatima Siad, 2 kali
  • Peserta yang paling banyak memiliki panggilan pertama: Anya Kop, 5 times
  • Peserta yang paling kerap menduduki kedudukan dua terbawah secara berturut-turut: Fatima Siad, Claire Unabia & Whitney Thompson, kesemuanya 2 kali
  • Peserta yang paling banyak menduduki kedudukan dua terbawah: Fatima Siad & Whitney Thompson, kedua-duanya 4 kali
  • Peserta yang paling kerap memenangi CoverGirl of the Week secara berturut-turut: Claire Unabia, 5 kali
  • Peserta yang paling banyak memenangi CoverGirl of the Week: Claire Unabia, 5 kali
  • Peserta yang tidak pernah menduduki kedudukan dua terbawah: Anya Kop

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]