Jaslene Gonzalez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jaslene Gonzalez
Jaslene Gonzalez
Nama kelahiran Jaslene Gonzalez
Tarikh lahir 29 Mei 1986
Tempat lahir Puerto Rico
Warna rambut Coklat gelap/Hitam
Warna mata Perang kecoklatan
Tinggi 5 ft 9 in (1.75 m)
Ukuran 32-23-33 (AS);81-58-84 (EU)
Berat 110 lb (50 kg)
Saiz baju
Saiz kasut 8 atau 7 (AS)
Agensi Elite Model Management
Nama gelaran
Suami

Jaslene Gonzalez (lahir pada 29 Mei 1986)[1] adalah model fesyen Puerto Rico, beliau adalah juara Musim 8 bagi America's Next Top Model.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Jaslene Gonzales lahir di Puerto Rico pada 29 Mei 1986.[2] beliau membesar di Humboldt Park, Chicago,[3] dan graduasi dari Notre Dame High School for Girls di Chicago.beliau dalam talian ke permohonannya ke kolej dan akhirnya dicadangkan supaya menyertai America's Next Top Model.[4]

Jaslene telah membuat beberapa peragaan yang dicadangkan bagi America's Next Top Model,pernah diwakili dari Avant Garde Models.Di dalam temubual CW Close-up",iannya telah mendedahkan yang bahawa beliau pernah muncul di pertunjukan fesyen bagi pereka fesyen tempatan chicago, termasuk Michelle Gomez dan Alexis Arquette, yang berita tentang mereka sering dilihat di surat- suratkhabar di Chicago iaitu diExtra dan La Nota.

Jaslene telah ditemubual bagi majalah Seventeen dan telah menjelaskan beliau pernah pernah didera oleh bekas kekasihnya; hubungan mereka berakhir sebelum penggambaraan bagi Musim 7 dijalankan.[5]

Top Model[sunting | sunting sumber]

Jaslene telah mencuba nasibnya bagi Musim 7,akan tetapi beliau hanya sampai ke semifinal sahaja.beliau telah meyakinkan tyra beliau akan kembali untuk ujibakat musim yang seterusnya, semangat yang telah ditunjukkan oleh jaslene telah 'menangkap' mata Tyra Banks,yang merasakan beliau mempunyai potensi untuk menjadi model.Jaslene terus cemerlang sebaik sahaja musim ke 8 telah bermula,mendapat fotonya bagi panggilan pertama dua kali berturut-turut.Jaslene adalah satu dari empat peserta termasuk(Joanie Dodds, naib juara Musim 6 adalah peserta pertama, diikuti pula naib juara Musim 10 Anya Kop dan juara Musim 11McKey Sullivan) yang tidak pernah menduduki dua tangga terbawah sepanjang pertandingan ini.Walaubagaimanapun,tidak seperti Joanie dan Anya yang hanya bergelar naib juara,Jaslene dan Mckey adalah juara bagi pertandingan ini.[6]

Beliau adalah yang kedua dari tiga juara yang berasal dari Illinois; pertama Adrianne Curry, diikuti McKey Sullivan dalam musim 11. Jaslene juga juara yang pertama yang asalnya dari Puerto Rico, dan juara yang ketiga dalam keturunan Latin, pertama adalah juara Musim 2 Yoanna House, dan yang kedua pula adalah juara Musim 4 Naima Mora.
setiap anak kecil punya impian yang mereka hendakkan. Kelurga saya percaya impian saya adalah mencukupi terhadap apa yang saya lakukan. Dan untuk ke sini, setelah saya sentiasa berhumpas pulas... saya rasa ianya sudah menunjukkan semua terhadap semua wanita muda disana jika kamu mempunyai hala tuju dalam hidup, sentiasa maju kehadapan. selepas dua kali,dan saya adalah America's Next Top Model.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Media Cetak[sunting | sunting sumber]

Jaslene telah memperaga untuk New York Post (Tempo),[7] US Weekly,[8] ,In Touch Weekly[9],dan mempunyai liputan sebayak 6 muka surat di dalam satu isu bagi majalah Vibe Vixen[10],dan liputan fesyen sebanyak 12 muka surat bagi majalah ZooZoom.[11]Dinobatkan sebagai Latinas Of the Year dari majalah Latina,mempunyai liputan sebanyak 8 muka surat Colures (majalah fesyen U.K),[12] dan telah menjadi feature dalam majalah Trace (majalah): wajah baru musim luruh untuk Model Behaviour, telah menjadi penghias muka depan dan mempunyai liputan lebih dari 12 majalah seperti Latina[13], Imagén, Hombre[14], 6 Degrees[15], FN, ZooZoom, Seventeen[16], Urban Latino[17], Bleu[18], Vanidades[19], Scene[20], JamRock[21], Splendor[22], Time Out.[23] dan Metrostyle Catalog.[24].Beliau juga turut membuat kemunculan di dalam musim luruh/sejuk 07-08 bagi Lot29[25] dan kempen bagi musim bunga/panas 08[26]; Dan beliau pernah empat papan tanda iklan di Times Square setakat ini. [27].juga, turut berkongsi satu papan tanda iklan bagi Lot 29 di Times Square, New York dengan salah satu peserta Musim 10 Katarzyna Dolinska.[28] Jaslene turut bergambar untuk satu kempen untuk online retailer ShopBop,liputan sebanyak 8 muka surat untuk majalah Scene.Beliau turut menjadi model bagi majalah Living Proof,Majalah salon Amerika[29] dan setakat ini muncul untuk kempen dengan Marianne Stores[30]. [31] Jaslene juga turut muncul dalam kempen bagi pereka fesyen Cesar Galindo dalam koleksi Musim Bunga 2008 dan muncul dalam muka surat dalam majalah Supermodels Unlimited dua kali untuk isu bulan Ogos dan September/Oktober 2008.[32][33][34] Jaslene juga turut mengambil bahagian bagi kempen pakaian "Heart On My Sleeve" oleh Aubrey O'Day.[35] Jaslene muncul dalam mukasurat bagi majalah YRB.[36].Belaiu juga feature dalam COACD,fashionista.com dan dalam Women's Wear Daily .[37]

Jaslene adalah rakan kerja dengan Liz Claiborne dan the National Domestic Violence Hotline,bagi liputan berjaga-jaga tentang keganasan dalam hubungan remaja sekarang, untuk kempen "Love Is Not Abuse".[38].

Pentas Peragaan[sunting | sunting sumber]

Jaslene telah memperaga bagi Ximena Valero dan James de Colón dan telah diberi penghargaan pada Minggu fesyen Chicago Latino yang pertama.[39][40] Jaslene turut berjalan memperaga untuk Ashley Paige di Minggu Fesyen Mercedes Ben Miami Swim 2008 dan juga membuat catwalk bagi [Armani Exchange]].Tambahan lagi turut menerima tiket persembahan dari Elite(satu perjanjian yang besar bagi mana-mana model yang mempunyai pencapaian yang membanggakan khususnya bagi peserta ANTM) dan memperaga di Minggu Fesyen Mercedes Benz di New York10525.aspx Fashion Week]</ref>. Jaslene berjalan bagi Minggu Fesyen Mercedes Benz di New York,koleksi Musim Luruh/Panas 2008-09 bagi Armani Exchange dan Finalis Project Runway Jillian Lewis.[41][31]Beliau juga turut memperaga bagi Amaya swimwear line di pertunjukan fesyen BET 'Rip the Runway'.Jaslene juga memperaga pakaian dengan gah pada pentas peragaan Minggu Fesyen Mercedes Benz di New York untuk Musim bunga/panas 2009 untuk pereka fesyen seperti Jose Duran, Indashio, Cesar Galindo,[42] Farah Angsana dan Custo Barcelona.[43] Jaslene telah berada pentas peragaan untuk koleksi Adolfo Sanchez S/S 09 dan juga pada pentas peragaan pada Minggu Fesyen Chicago Latino kali kedua untuk Elda De La Rosa, James De Colon, Nora Del Busto, dan Soledad Designs S/S 09. [44][45][46][47][48][49] jaslene juga turut memperaga pakaian sebagai karakter adiwira Wonder Woman pada pertunjukan New York Chocolate yang kesebelas, yang memberi kelebihan bagi Susan G. Komen untuk pertubuhan kanser payudara.[50]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

sebagai salah satu bahagian hadiah yang dimenanginya,jaslene telah diwakili oleh Elite Model Management,Kontrak $100,000 (USD) dengan CoverGirl cosmetics dan satu sesi penggambaraan untuk penghias mukadepan dan liputan enam muka surat di majalah Seventeen.Tambahan lagi, semasa musim ke 9 berlangsung,Jaslene muncul di dalam segmen "My Life As A CoverGirl" yang bersiaran semasa iklan semasa episod mingguan bagi Top Model sedang berlansung.Beliau juga menjadi feature pada salah satu segmen Top Models in Action. Beliau telah membuat penampilan di dalam sesi temubual Live With Regis and Kelly, 106 & Park, TRL,[51], The View,yang juga menjadi model disitu dengan menggayakan pakaian rekaan Elizabeth Hasselbeck[52] dan Jensen! (Rancangan Temubual di Belanda).[53]

Jaslene juga mengacara bagi beberapa bentuk gaya untuk iklan CoverGirl,di mana sekarang sedang bersiaran di eropah,amerika latin dan siaran TV berbahasa sepanyol.Beliau membuat penampilan khas di dalam filem arahan John Leguizamo.Tambahan lagi,Kontrak Jaslene dengan CoverGirl telah diperbaharui.Dia turut membuat kemunculan pada rancangan pagi di CBS ,di mana beliau membincangkan tentang kariernya yang semakin cemerlang.[54].beliau juga menjadi feature bagi muzik video "Addiction" oleh Ryan Leslie.[55].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
CariDee English
America's Next Top Model winner
Musim 8 (2007)
Diikuti oleh:
Saleisha Stowers