Amy Nur Tinie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amy Nur Tinie
Kelahiran
Amy Nur Tinie binti Abdul Aziz

(1996-06-09) 9 Jun 1996 (umur 27)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPengacara, model, pelakon, ahli perniagaan, ratu cantik
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian1.73 m (5 ka ​8 18 in)
PangkatRatu Kebaya 2015
Icon Wanita Melayu 2018
Miss Eco Malaysia 2019
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataHitam
Pertandingan
utama
Miss Perak Tourism 2015
(16 Teratas)
Miss Lumiere International 2017
(Tempat ke-4)
Miss Eco International 2019
(Tempat ke-4)

Amy Nur Tinie Abdul Aziz (lahir 9 Jun 1996) ialah seorang pengacara TV, model, pelakon, ahli perniagaan dan ratu cantik Malaysia.[1] Beliau dinobatkan sebagai Naib Johan Miss Eco International 2019 dan juga pernah menyandang gelaran Miss Malaysia Kebaya 2016 dan Ikon Wanita Melayu 2018.[2][3] Sebagai pelakon, beliau paling dikenali menerusi filem 10 Tips Tipu Bini (2021).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ratu cantik[sunting | sunting sumber]

Amy telah menyertai banyak pertandingan ratu cantik di Malaysia, antaranya termasuk Pencarian Model Festival Pengantin Taiping 2014 dan Pencarian Ratu Festival Kerja Kahwin Utara 2015.[2] Beliau juga pernah mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja 2019.[4]

Miss Lumiere International 2017[sunting | sunting sumber]

Beliau telah bertanding dalam edisi pertama Miss Lumiere International 2017 pada 4 November 2017, yang diadakan di Johor, Malaysia dan Singapura. Beliau dipertandingkan sebagai Miss Borneo dan muncul sebagai Naib Johan di belakang pemenang Diana Krasnova dari Siberia.[5]

Miss Eco International 2019[sunting | sunting sumber]

Amy telah dipilih sebagai Miss Eco Malaysia 2019 dan terpilih mewakili Malaysia di pertandingan berprestij di Mesir. Amy menggunakan media sosialnya untuk mengumumkan penyertaannya secara rasmi.[6][7] Sebahagian daripada hantaran beliau yang bertulis:

“PENGUMUMAN RASMI Saya berbesar hati untuk mengumumkan Saya MISS MALAYSIA ECO INTERNATIONAL 2019 anda dan saya akan bertanding di Mesir pada 13 - 30 Mac. Saya berjanji saya akan melakukan yang terbaik untuk membanggakan rakyat Malaysia dan membawa kembali mahkota buat kali pertama. Saya akan membawa sokongan anda dalam hati saya sepanjang perjalanan saya! Jom lakukannya! KERANAMU MALAYSIA.”

Semasa bertanding di pertandingan itu, beliau ialah salah seorang daripada 15 finalis Terbaik untuk pertandingan Bakat Terbaik dan Naib Johan keseluruhan ke-4.

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi pengacara rancangan travelog wanita, Tumit Tinggi bersama rakan hos Eisha Aneyza, Syamim Farid dan Shaza Bae yang disiarkan di TV1.[8]

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya lakonan Amy bermula apabila beliau dipelawa oleh Awie untuk membintangi filem 10 Tips Tipu Bini (2021). Menerusi filem ini, beliau melakonkan watak sebagai seorang gadis lurus bendul yang bernama Eisya, seorang kakitangan pelatih.[9][10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Amy dilahirkan pada 9 Jun 1996 di Ipoh, Perak dan berdarah kacukan Melayu (sebelah ibu) dan Arab (sebelah bapa). Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 beradik perempuan.[2][11] Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amy menguruskan butik perkahwinan, perniagaan spa dan salon keluarganya. Beliau juga memiliki spa Salimi Wedding Salon and Spa.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 10 Tips Tipu Bini Eisya Filem pertama
2023 Jemputan Ke Neraka Sofea
Sue-On Pontianak
Bangkitkan Aku Kembali Suri
2024 19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam Piah Kezambo
TBA 6 Jilake Pra-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Gerak Khas Undercover (Musim 2) Lisa TV3 Episod: "Helah Maya"
Hati Tanpa Rasa Zahra Episod 15, 16 & 26
2023 Kampung Mat Saleh Mimi
Jack Yusof Suraya Astro Ria
Cik Lang Swe Seri Ponti Wang Tonton
2024 Hawt Fellas Zakiah TV3 Pelakon jemputan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Stesen TV
2022 Nasi Ambeng Timah Timah TV9

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian TV
2019 Tumit Tinggi TV1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Banyak manfaat kuasai pengucapan awam". Utusan Malaysia. 30 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  2. ^ a b c Hajahfarhana Tarmudi (9 Disember 2016). "Gadis serba boleh". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2020. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (23 Mei 2022). "Amy Nur Tinie sertai ratu cantik mahu bentuk keyakinan diri". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  4. ^ Nana (10 September 2019). ""Ilmu Tak Akan Habis", Amy Nur Tinie Cuba Nasib Di Dewi Remaja 2019". Remaja. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  5. ^ "The Pageant Crown Ranking: Miss Lumiere International World 2017" (dalam bahasa Inggeris). The Pageant Crown. 11 April 2017. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  6. ^ Rohaniza Idris (30 Mei 2020). "Model Malaysia diumum Miss Eco International 2019". Berita Harian. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  7. ^ "Amy Nur Tinie crowned Miss Eco Malaysia 2019" (dalam bahasa Inggeris). Femina Miss India. 3 Februari 2019. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  8. ^ "'Tumit Tinggi' musim baharu kongsi inspirasi kejayaan wanita di TV1". Utusan Borneo. 16 Julai 2019. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Februari 2021). "Tuah watak 'gadis blur'". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  10. ^ Mohammad Shahemy Azmi (12 Februari 2021). "Seorang lagi ratu cantik jadi pelakon". Kosmo!. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  11. ^ "Pernah Digelar 'Anak Gajah', 'Dora The Explorer', Amy Nur Tinie Kini Membesar Jadi Ratu Cantik Negara!". NONA. 9 Jun 2021. Dicapai pada 27 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]