Anim Ezati Rizki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anim Ezati Rizki
Kelahiran
Anim Ezati Rizki binti Md Khalid

(1992-03-28) 28 Mac 1992 (umur 32)
Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Wartawan
  • Model
  • Pramugari
Tahun aktif2017–kini
MajikanMedia Prima (sejak 2017)
Terkenal keranaMalaysia Hari Ini, 999
PasanganFadli Shahudin (k. 2019; c. 2022)
Anak-anak1
SaudaraRamzan Mohd Saufi (Abang ipar)

Anim Ezati Rizki Mohd Khalid (lahir 28 Mac 1992) merupakan seorang pengacara televisyen dan wartawan Malaysia, terkenal sebagai pengacara Malaysia Hari Ini dan 999.[1] Sebelum menyertai TV3 beliau pernah menjadi pramugari AirAsia antara tahun 2014 sehingga 2016.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dari sisi kehidupan Anim pernah bercinta dengan bekas pemain Johor Darul Ta'zim F.C. (JDT) Safawi Rasid tetapi berpisah pada tahun 2019.[2] Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Fadli Sahuddin seorang pemilik syarikat peralatan majlis dan bengkel motorsikal pada 28 Disember 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yara Alanna Khalsom pada 9 September 2020 di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Mereka telah berpisah pada awal tahun 2022.[3]

Anim juga mempunyai hubungan dengan abang iparnya Ramzan Mohd Saufi yang juga pembaca berita Buletin Utama kerana adik beliau bernama Arshad Mohd Saufi berkahwin dengan kakak kepada Anim pada 2021. Sementara itu selepas Anim bercerai dengan bekas suaminya beliau kini menjalinkan hubungan dengan pelakon Paskal The Movie iaitu Taufiq Hanafi kerana pada malam tayangan filem Malbatt: Misi Bakara, Anim disamping dengan Taufiq sekali gus tanda tanya status hubungan.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2021 J2: J Retribusi Pengacara 999

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Pitch Side Football untuk Liga Malaysia Pengacara TV3
2017–kini Malaysia Hari Ini
2017–2020 999
2020–kini Helo Doktor
2023–kini Sembang Sahur
2023 Astro Go Shop Astro
2023–2024 Helo Doktor Gigi (Musim 2) TV3

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Bintang Olay 2017

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramlah Zainal (8 Februari 2018). "Beri sepenuh komitmen". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 16 Jun 2018.
  2. ^ "Anim Ezati Doakan Kebahagiaan Safawi Rasid & Syifa Melvin". Oh Bulan. 2 Disember 2022. Dicapai pada 6 Disember 2022.
  3. ^ "Hos Malaysia Hari Ini, Anim Ezati Sudah Bercerai, "Kami Berpisah Awal Tahun Ini"". Media Hiburan. 5 Disember 2022. Dicapai pada 6 Disember 2022.
  4. ^ {{cite web|url=htts:https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/09/10/sudah-hampir-setahun-putus-tunang-taufiq-hanafi-kini-rapat-dengan-personaliti-tv-anim-ezati

4.^https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/02/1069361/pembedahan-bariatrik-bukan-nak-cantik-sahaja-anim-ezati 5.^https://ohbulan.com/video-bahagia-aku-mungkin-bukan-dalam-perkahwinan-buat-masa-ini-anim-ezati

Pautan luar[sunting | sunting sumber]