AirAsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AirAsia
IATA
AK
ICAO
AXM
Callsign
ASIAN EXPRESS
Ditubuhkan 1993
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Hab kedua
Program frequent flyer BIG[1]
Subsidiari
Pesawat 54 excl. subsidiari
Destinasi 88 inc.subsidiari
Slogan syarikat Now Everyone Can Fly
Syarikat induk Tune Group
Ibu pejabat Pejabat berdaftar: Petaling Jaya, Selangor
Ibu pejabat: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Sepang, Selangor
Tokoh utama
Pendapatan RM 3.95 billion (2010)[3]
Pendapatan operasi RM 1.099 billion (2010)
Pendapatan bersih RM 1.067 billion (2010)
Jumlah aset RM 13.24 billion (2010)
Jumlah ekuiti RM 3.641 billion (2010)
Laman web www.airasia.com
Sebuah AirAsia Boeing 737-300 dalam liveri khas menunjukkan Bendera Malaysia.
LCCT at Kuala Lumpur international airport, corporate head office of the airline[4]


AirAsia (MYX: 5099) adalah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Malaysia. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.[5] Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan gabungannya Thai AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor manakala ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.[6][7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

AirAsia ditubuhkan pada 1993 dan bermula operasi pada 18 November 1996. Ia pada asalnya diasaskan oleh sebuah konglomerat kerajaan Malaysia, DRB-Hicom. Pada 2 Disember 2001 syarikat penerbangan yang banyak berhutang telah dibeli oleh syarikat Tony Fernandes Tune Air Sdn Bhd, bekas eksekutif Time Warner untuk jumlah harga satu Ringgit Malaysia dengan hutang berjumlah USD 11 juta (MYR 40 juta). Fernandes berpusing sekitar syarikat, menghasilkan keuntungan pada 2002 dan melancarkan laluan baru dari habnya di Kuala Lumpur, menjejaskan bekas pengendali monopoli Penerbangan Malaysia dengan tambang promosi serendah MYR 1 (USD 0.27).

Penerbangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 2003, AirAsia membuka hab kedua mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru berdekatan Singapura dan melancarkan penerbangan antarabangsa pertama ke Bangkok. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.

Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.

Pada Ogos 2006, AirAsia mengambil alih laluan Rural Air Service Penerbangan Malaysia di Sabah dan Sarawak, beroperasi bawah jenama FlyAsianXpress. Laluan-laluan tersebut kemudiannya dikembalikan kepada MASwings setahun kemudian, atas sebab-sebab komersial. CEO AirAsia Tony Fernandes kemudiannya mendedahkan satu rancangan lima tahun bagi meningkatkan kehadirannya di Asia.[8] Di bawah rancangan itu, AirAsia bercadang untuk mengukuhkan dan meningkatkan rangkaian laluannya dengan menghubungi semua bandar raya sedia ada di rantau ini dan berkembang lebih lanjut ke Vietnam, Indonesia, (Kunming, Xiamen, Shenzhen) dan India. Syarikat penerbangan akan fokus dalam membangun habnya di Bangkok dan Jakarta melalui syarikat-syarikat kakaknya, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia. Dengan meningkatkan frekuensi dan tambahan laluan baru, AirAsia menjangka jumlah penumpang mencapai 18 juta sebelum akhir 2007.

Subsidiari[sunting | sunting sumber]

Thai AirAsia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Thai AirAsia

Thai AirAsia (bahasa Thai: ไทยแอร์เอเชีย) ditubuhkan pada 8 Disember 2003 sebagai usahasama dengan Shin Corporation. Pengendalian penerbangan bermula pada 13 Januari 2004 dari tapaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang. Sejak 25 September 2006, syarikat ini bertapak di tempat barunya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Indonesia AirAsia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Indonesia AirAsia

AirAsia mengambil alih syarikat Awair yang ketika itu gulung tikar pada 2004 dengan 49% pegangan saham dalam syarikat tersebut. Awair memulakan operasi bagi pihak AirAsia pada Disember 2004; penjenamaan semula sepenuhnya kepada Indonesia AirAsia selesai pada 1 Disember 2005. Syarikat ini bertapak di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

AirAsia X[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: AirAsia X

AirAsia X adalah perkhidmatan baru oleh AirAsia X Sdn. Bhd. (dahulunya FlyAsianXpress Sdn. Bhd.) sebagai sebahagian francais AirAsia [9] yang menawarkan perkhidmatan jarak jauh dari Kuala Lumpur ( masa terbang lebih 4 jam ) menggunakan pesawat Airbus A330-300 atau Boeing 777-300 dengan tambang sekurang-kurangnya RM9.99 (tidak termasuk cukai dan caj lapangan terbang) [10]. Operasi AirAsia telah dilewatkan sehingga November 2007 kerana tiada pesawat yang dapat disewa dengan lebih awal. Apabila ia terbang kelak, ia bakal merangkumi tiga benua - Eropah, Asia dan Australia. Destinasi-destinasi dijangka termasuk Hangzhou dan Tianjin di China, Amritsar di India, Sharjah di Emiriah Arab Bersatu dan juga Manchester di United Kingdom. [11]

FlyAsianXpress pernah menjadi pengendali Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak yang dahulunya dikendali oleh Malaysia Airlines kepada syarikat baru bernama FlyAsianXpress (FAX). Ditubuhkan pada 1 Ogos 2006, penerbangan ini dimiliki secara swasta oleh pengurusan AirAsia. Selepaskan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos 2007, ia akan memfokuskan operasinya pada AirAsia X.

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Rangkaian penerbangan AirAsia dalam Malaysia seperti pada Mac 2011.

Kumpulan AirAsia beroperasi 400 penerbangan harian, dengan kedua-dua laluan tempatan dan antarabangsa meliputi Indonesia, Malaysia dan Thailand dan dengan laluan antarabangsa, terutamanya dari Kuala Lumpur, ke Australia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Republik Rakyat China, India, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan (Republik China), United Kingdom, Korea Selatan dan Vietnam. Penerbangan-penerbangan ke Jepun dan Iran akan dimula pada Disember, dan diikuti oleh Perancis dan New Zealand pada Februari dan April.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Jumlah bilangan pesawat-pesawat AirAsia pada Mac 2007 adalah seperti berikut:

Pesawat AirAsia
Pesawat Dalam
perkhidmatan
Tempahan Penumpang Nota
Airbus A320-200 101 79 180 Pesawat ditempah juga untuk diagihkan di antara Thai AirAsia, Indonesia AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan
Airbus A320neo 0 200[12] 180 Masuk dalam perkhidmatan pada 2016
Jumlah 101 279

Pembaharuan pesawat[sunting | sunting sumber]

Syarikat Penerbangan AirAsia memulakan pertukaran gradual pesawatnya dari Boeing 737-300 kepada Airbus A320-200, dengan tempahan pertama dibuat untuk 40 buah pesawat Airbus A320 dan 40 buah pesawat tambahan mengikut Memorandum Persefahaman yang diputuskan pada 17 Disember 2004. Apabila kontrak ditandatangani pada 25 Mac 2005, tempahan meningkat kepada 60 buah dengan 40 pilihan pertukaran.[13] 6 buah pesawat Airbus A320 telah dihantar pada 9 Disember 2005, dengan baki 54 buah pesawat dari tempahan tahun 2005 yang akan dihantar pada Jun 2009.[14]

Pada 19 Julai 2006, syarikat penerbangan ini telah berusaha dengan pilihan 40 buah pesawat Airbus A320-200 tambahan bagi meningkatkan jumlah tempahannya sebanyak 100 buah pesawat, dengan 30 pilihan pertukaran yang lain.[15] Ia membuat tempahan ke-3 dengan 50 buah pesawat A320-200 dan meningkatkan pilihan kepada 50 buah pesawat pada 8 Januari 2007, dengan jangka tempoh penghantaran dijangka selesai pada Disember 2013. Airbus A320-200 dijangka siap digantikan dengan pesawat Boeing 737-300 di hub penerbangan Air Asia di Kuala Lumpur pada Julai 2007.[16] Air Asia membuat tempahan terbarunya sebanyak 25 buah pesawat pada 25 November 2007, membawa kepada jumlah tempahan sebanyak 175 buah pesawat Airbus dengan 50 pilihan pesawat lama untuk pertukaran.[17]

[18]

Pada Ogos 2009, AirAsia sekali lagi menandatangani perjanjian dengan Airbus bagi menangguhkan penghantaran 8 pesawat Airbus A320s untuk tempoh 4 tahun hingga 2014 berikutan "kekangan infrastruktur" yang berlaku di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang kerana tidak mampu menampung peningkatan jumlah pesawat. Rasional kepada pengecutan kepada penghantaran pesawat pada tahun 2010 dan kemungkinan tahun 2011 adalah bagi membolehkan AirAsia untuk merancang dan memberi fokus kepada pesawat sedia ada dan bagi mengelakkan kos bercampur dengan pesawat yang tidak diguna atau dibawah pembaikan pesawat berikutan infrastruktur terhad, selain mengelakkan peningkatan perbelanjaan tanpa perolehan pendapatan. Kekangan infrastruktur dilihat berterusan berlaku di Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA-Sepang dijangka berakhir apabila Terminal penerbangan tambang murah baru atau KLIA 2 siap dibina kelak. Awal Februari 2009, Kerajaan Malaysia telah memberi kuasa veto kepada rancangan Air Asia untuk membina hub pangkalannya sendiri bernilai 460 juta dollar Amerika berdekatan KLIA East @ Labu.[19][20]

Pada Jun 2011 AirAsia telah menempah 200 buah pesawat Airbus A320neo pada Pertunjukan Udara Paris.[21][22] Ini merupakan tempahan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersial dunia. Pesawat yang ditempah dijangka ada pada 2015, dan deal ini adalah yang terbesar dalam sejarah tempahan pesawat komersial di dunia.[21] Deal ini bernilai $18 billion pada senarai harga, malah Air Asia akan mendapat diskaun atau harga istimewa dari tempahan berskala besar ini.[22] Seorang penganalisa ekonomi berpangkalan di Singapura iaitu Shukor Yusof berkata ikatan perjanjian ini membawa saingan sengit kepada Southwest Airlines milik Amerika Syarikat dan lalu membuatkan Air Asia sebagai Penerbangan tambang murah terbesar di dunia.[22][23] Ikatan ini juga membuatkan AirAsia sebagai pelanggan terbesar Airbus.[23]

Perkhidmatan dalam pesawat[sunting | sunting sumber]

AirAsia menawarkan "Snack Attack," satu program beli dalam pesawat penawaran makanan dan minuman untuk pembelian.[24] AirAsia diiktiraf oleh Indeks Syariah KL, dan sejajar dengan undang-undang Shariah ia tidak mengguna alkohol atau daging babi. Bagaimanapun, ini hanya bagi penerbangan-penerbangan serantau kumpulan AirAsia, dan tidak untuk penerbangan-penerbangan AirAsia X, yang menjual wain dan bir dalam pesawat.[25]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Join BIG! AirAsia BIG Loyalty Programme". Airasia.com. http://www.airasia.com/my/en/big/big-loyalty.page. Capaian 13 February 2012. 
  2. "Aireen Omar dilantik CEO AirAsia Malaysia". 18 June 2012. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm. Capaian 18 June 2012. 
  3. "AirAsia 2010 Annual Report". http://www.airasia.com/iwov-resources/my/common/pdf/AirAsia/IR/AirAsia_AR10.pdf. Capaian 24 June 2011. 
  4. "Annual Report 2013" (Archive). AirAsia. Retrieved on 29 August 2014. p. 33/306. "HEAD OFFICE LCC Terminal, Jalan KLIA S3 Southern Support Zone, KLIA, 64000 Sepang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia" and "REGISTERED OFFICE AirAsia Berhad (Company No. 284669-W) B-13-15, Level 13, Menara Prima Tower B Jalan PJU 1/39, Dataran Prima 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia"
  5. Kurlantzick, Joshua. "Does Low Cost Mean High Risk?", The New York Times, 23 December 2007. Dicapai pada 28 April 2010. 
  6. "AirAsia Annual Report 2008[pautan putus]." AirAsia. 3 (5/137). Retrieved 6 October 2009.
  7. Chan Tien Hin (1 December 2008). "AirAsia Has Record Drop on Loss, Analyst Downgrade". Bloomberg (New York). Retrieved 27 September 2009.
  8. Leong Hung Yee. "AirAsia embarks on 2nd chapter", The Star, 27 December 2006. 
  9. "X-citing deal for air travellers", The Star, 2007-01-06. 
  10. "AirAsia X London flights from RM9.99", The Star, January 5, 2007. 
  11. "AirAsia X launched as new long-haul budget carrier", Channel News Asia, January 5, 2006. 
  12. AirAsia orders 200 A320neo aircraft 23 June 2011.
  13. "AirAsia increases A320 commitment to 100 aircraft", Airbus.com. 
  14. "AirAsia initiates total fleet renewal with Airbus A320", Airbus.com. 
  15. "AirAsia orders 40 more A320 Family aircraft", Airbus.com. 
  16. "100 more A320s for AirAsia", Airbus.com. 
  17. Malaysia's AirAsia increases A320 order to 175 planes
  18. "AirAsia orders additional 25 Airbus A320s" Flight Global, 6 December 2007
  19. AFP: AirAsia defers delivery of eight Airbus A320s
  20. http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20090806213558/Article/index_html
  21. 21.0 21.1 "Airbus and AirAsia announce record deal for 200 planes". BBC. 23 June 2011. http://www.bbc.co.uk/news/business-13884433. Capaian 23 June 2011. 
  22. 22.0 22.1 22.2 "Airbus secures 200 jet order from AirAsia". Financial Times. http://www.ft.com/cms/s/0/e83d5dc2-9d9e-11e0-9a70-00144feabdc0.html#axzz1Q82RdNXV. 
  23. 23.0 23.1 "AirAsia's Fernandes bets big on boyhood idea". Reuters. 23 June 2011. http://www.reuters.com/article/2011/06/23/uk-airshow-airasia-fernandes-idUSLNE75M05X20110623. Capaian 23 June 2011. 
  24. "Snack Attack[pautan putus]." AirAsia. Retrieved 24 November 2008.
  25. AirAsia X Snack Attack[pautan putus]. airasia.com. Retrieved 23 February 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]