Anjing gembala Karpatos Romania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing gembala Carpathia)
Anjing gembala Karpatos Romania
Nama lainAnjing gembala Karpatos
Carpatin
Negara asalRomania
Trait
Berat Jantan selaras dengan ketinggian
Betina selaras dengan ketinggian
Tinggi Jantan 65–73 sentimeter (26–29 in)
Betina 59–67 sentimeter (23–26 in)
Bulu Lapis bulu ganda, lebih pendek di kepala dan di hadapan tungkai, lebih panjang di ekor, di belakang tungkai, di dada
Warna kelabu serigala
Saiz perinduk 5–10 ekor anak anjing
Jangka hayat 12–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Karpatos Romania,[a] anjing gembala Karpatos,[b] anjing Karpatos atau carpatin ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar yang berasal dari Pergunungan Karpatos di Romania.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 1998, sekumpulan peminat anjing gembala Karpatos mengasaskan Kelab Anjing Gembala Karpatos. Kelab itu kemudiannya dinamai semula sebagai Kelab Pembiak Baka Anjing Gembala Karpatos Kebangsaan. Kelab itu memerhatikan bahawa terdapat banyak anjing Karpatos di Rucăr, Wilayah Argeş yang dianggap sebagai leluhur bagi anjing Karpatos kini.

Persidangan tentang faktor-faktor yang terlibat pada baka-baka Romania diadakan di Bistrița pada Mac 2003. Penghomologan sementara bagi anjing gembala Karpatos diluluskan pada 6 Julai 2005 di Buenos Aires.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Baka ini mempunyai kelanjutan usia kira-kira 12–14 tahun.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Sebagai anjing sangat setia, sopan, dan berani, ia pada asalnya digunakan untuk melindungi kawanan biri-biri atau tuannya daripada sebarang kemungkinan bahaya semasa penggembalaan (beruang, serigala, pencuri, dll...).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کرڤاتوس رومانيا; Romania: ciobănesc românesc carpatin; bahasa Inggeris: Romanian Carpathian shepherd dog; Romanian Carpathian shepherd
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کرڤاتوس; bahasa Inggeris: Carpathian shepherd dog; Carpathian shepherd

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Molosserworld's Ciobanesti Carpatini Page". Molosser World (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2008. Dicapai pada 22 Ogos 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]