Anjungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjungan sebuah bot tunda Leão Dos Mares. Selain pelantar kompas tradisional yang masih digunakan, terdapat antena radar di atas ruang tertutup rumah kemudi. Alat berbentuk bulat di tingkap depan adalah cakera kaca depan jelas yang berputar pada kelajuan tinggi untuk memberikan pandangan yang jelas dalam keadaan cuaca yang berbeza.
Anjungan sebuah kapal persiaran moden, yang direka bagi membolehkan sudut penglihatan hampir 360 darjah di sekeliling kapal.

Anjungan (Bahasa Inggeris: bridge) kapal ialah satu kawasan atau bilik di mana kapal diperintah dan dikemudi. Seorang pegawai OOW (officer of the watch) dan seorang pelaut kanan akan ditempatkan di anjungan ketika pelayaran. Ketika pengemudian kritikal, nakhoda kapal juga akan memberi sokongan di anjungan. Biasanya, seorang malim akan membantu pengemudian di anjungan ketika kapal hendak memasuki pelabuhan.

Rumah kemudi (Bahasa Inggeris: wheelhouse) merupakan bahagian kecil yang tertutup di anjungan di mana letaknya roda kemudi. Kebanyakan kapal moden tidak lagi mempunyai rumah kemudi berasingan seperti yang terdapat pada kapal-kapal lama.

Kelengkapan anjungan[sunting | sunting sumber]

Beberapa kelengkapan tradisional di anjungan

Kelengkapan moden di anjungan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]