Antigone Costanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Antigone Costanda
Kelahiran1934 (umur 89–90)
PangkatMiss World 1954
(Pemenang)

Antigone Costanda (Arab: أنتيجون كوستان; Yunani: Αντιγόνη Κωνσταντά) ialah seorang pereka, model dan ratu cantik Mesir yang memenangi pertandingan kecantikan Miss World pada tahun 1954, mewakili Mesir.[1] Pertandingan itu diadakan pada 18 Oktober 1954 di London, England, dengan 16 peserta turut bertanding.[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Costanda dilahirkan di Iskandariah, Mesir pada 1934. Selain mampu berbahasa Arab, beliau dapat bertutur dalam bahasa Yunani, Inggeris, Itali dan Perancis dengan lancar.

Miss World 1954[sunting | sunting sumber]

18 Oktober 1954 menandakan kejayaan buat Costanda, yang ketika itu berusia 21 tahun, dan Mesir atas kemenangannya sebagai Miss World. Costanda sebenarnya memenangi pertandingan Miss Egypt pada tahun sebelumnya, tetapi keluarganya tidak dapat membiayai perjalanannya ke London untuk mengikuti pertandingan Miss World 1953. Tempatnya digantikan oleh Marina Papaelia pada masa itu, yang kemudian tidak menerima sebagai pemenang tempat ketiga di Miss World 1953. Costanda tidak puas lantaran gagal bersaing di tahun tersebut, dan mengatakan pada Daily Express, "Marina adalah yang kedua setelah saya di Miss Egypt, dan dia tidak berhak atas gelaran tersebut. Saya menunut ganti rugi dari penganjur." Menjawab hal tersebut, Eric Morley, presiden Pertandingan Miss World mengatakan, "Miss Costanda akan layak sebagai Miss World tahun depan – jika ia tetap bersikap tenang."[3]

Tahun berikutnya, semasa Miss World 1955 diadakan di London, Costanda tidak menghadiri pertandingan tersebut kerana permusuhan politik antara Mesir dan United Kingdom akibat perebutan kekuasaan di Terusan Suez. Akhirnya pelakon UK, Eunice Gayson memahkotakan Miss Venezuela, Susana Duijm sebagai Miss World yang baru.

Sebelum memenangi Miss World, Costanda memiliki pengalaman menjadi model sebagai kerjayanya, wajahnya muncul di pelbagai penerbitan.

Pasca Miss World[sunting | sunting sumber]

Memenangi Miss World membantunya untuk mencapai puncak kerjayanya, berjaya menjadi model yang berjaya di Timur Tengah, Perancis, Itali dan Yunani. Kerjayanya pada tahun setelahnya beralih ke rekaan dalaman, beliau menguruskan syarikat perniagaan rekaan dalaman bangunan.

Beliau menjadi salah seorang juri di pertandingan Miss Egypt 2006 dan Miss World 2011.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Miss Egypt Becomes Miss World In Beauty Contest In London". Ocala Star-Banner (dalam bahasa Inggeris). 19 Oktober 1954. Dicapai pada 16 April 2011.
  2. ^ "Official results of Miss World 1954". Pageantopolis (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-16. Dicapai pada 16 April 2011.
  3. ^ Fawcett, Sally-Ann (2017). Mis-3-meanours: Second Runner-Up (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 37. ISBN 9-780244936808.
  4. ^ "Miss Philippines is runner-up in Miss World in London". GMA News Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Perancis Denise Perrier
Miss World
1954
Diikuti oleh:
Venezuela Susana Duijm Carmen Zubillaga