Arang kayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arang kayu.

Arang ialah bahan bakar yang paling asas dalam dunia masakan. Arang merujuk kepada kayu yang telah dibakar tetapi belum hangus sepenuhnya. Kelebihan arang kayu adalah ia tidak mengeluarkan asap seperti ayu basah, dengan itu amat sesuai untuk memasak.

Arang mungkin dari kayu biasa atau kayu bakau. Di Malaysia, arang kayu digunakan untuk membuat kuih bahulu, membakar sate dan memanggang ikan.

Arang batu pula lebih popular dan banyak di negara China dan Jerman dalam menjana dapur rumah dan kereta api. Malahan janakuasa elektrik di China menggunakan arang batu.

Kayu bakau yang diperolehi dari hutan diptrokarp pantai lebih sesuai untuk dijadikan arang yang bermutu tinggi. Ini kerana kayu bakau lebih lurus, saiz yang hampir sama dan diperolehi dari satu kawasan paya air masin sahaja. Harganya juga murah.

Di Malaysia , pekan Batu Arang yang terletak dengan bandar Rawang merupakan pengeluar arang batu kepada Malaysia suatu ketika dahulu.