Atef Abu Saif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Atef Abu Saif
عاطف أبو سيف
Menteri Kebudayaan Palestin
Memegang jawatan
2019
PresidenMahmoud Abbas
Perdana MenteriMohammad Shtayyeh
Didahului olehEhab Bessaiso
Butiran peribadi
Lahir1973 (umur 50–51)
Kem pelarian Jabalia, Genting Gaza\
Pendidikan
Pekerjaan
  • Penulis
  • Ahli politik

Atef Abu Saif (lahir 1973) ialah seorang ahli politik dan penulis Palestin.[1] Buku beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan tulisannya telah diterbitkan dalam The New York Times, The Guardian, Guernica, dan Slate. Beliau berkhidmat sebagai jurucakap Fatah dan Menteri Kebudayaan Palestin sejak 2019.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abu Saif dilahirkan di kem pelarian Jabalia di Genting Gaza. Beliau belajar di Universiti Birzeit dan Universiti Bradford sebelum melanjutkan pengajian kedoktoran falsafah (Ph.D) di Institut Universiti Eropah di Florence.[2]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Sejak kemunculan sulung sasteranya pada akhir 1990-an, Abu Saif telah menulis beberapa novel dan koleksi cerpen. Novelnya Hidup Tergantung (2014, Arab: حياة معلقة) telah disenarai pendek untuk Hadiah Buku Arab 2015. Beliau menerbitkan lima novel lain: Bayangan dalam Ingatan (1997, Arab: ظلال الذاكرة), Hikayat Malam Menuai (1998, Arab: حكاية ليلة سامر), Bebola Salju (2000, Arab: كرة الثلج), Anggur Masam Syurga (2003, Arab: حصرم الجنة), dan Jangan Lintas Jalan (2019, Arab: مشاة لا يعبرون الطريق). Selain itu beliau menerbitkan dua koleksi cerpen: Semuanya Seperti Biasa (Arab: الأشياء عادية جدا) dan Ceritera dari Kala Gaza (Arab: قصص من زمن غزة). Abu Saif menyunting juga kumpulan cerpen dari Gaza dalam bahasa Inggeris bertajuk The Book of Gaza, yang turut memuatkan salah satu cerpennya sendiri. Ia diterbitkan oleh Comma 2014. [3]

Hidup Tergantung diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada musim luruh 2016 oleh Bloomsbury.[perlu rujukan]

Karya beliau tentang konflik Gaza 2014 diterbitkan dalam bahasa Inggeris di bawah tajuk The Drone Eats with Me: Diaries from a City Under Fire, dengan kata pengantar oleh Noam Chomsky.[4] Petikan daripada diari tersebut telah muncul dalam penerbitan Barat seperti Slate, Guernica, The Guardian dan The New York Times. Diari tersebut terbit di Jerman pada 2015 di bawah tajuk Frühstück mit der Drohne, oleh Unionsverlag.[5]

Novel 2019 karya Abu Saif Jangan Lintas Jalan adalah novel pertama dari Gaza yang diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani dan diterbitkan di Israel. [6]

Kiriman diari Abu Saif yang ditulis semasa melawat Gaza semasa perang Israel-Hamas 2023 diterbitkan dalam majalah New York Times dan Slate[7][8] Ia akan diterbitkan sebagai jilid terkumpul dalam bahasa Inggeris, bertajuk Usah Pandang Yang Tersisa: Sebuah Diari Penghapusan Bangsa (bahasa Inggeris: Don’t Look Left: A Diary of Genocide), pada Februari 2024. [9]

Kerjaya perkhidmatan awam[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Februari 2018, Suruhanjaya Penerangan, Kebudayaan, dan Ideologi Fatah melantik beliau sebagai jurucakap Fatah.[10] Sejak 2019, beliau telah menjadi Menteri Kebudayaan di Pihak Berkuasa Palestin . [6]

Peristiwa kehidupan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mac 2019, agensi berita Palestin Wafa menerbitkan gambar yang menunjukkan Saif, berbalut dan terikat, berpakaian berwarna darah dan berbaring di katil hospital. Wafa berkata Saif telah dipukuli kerana Hamas menyerang penunjuk perasaan dan wartawan; penunjuk perasaan berada di jalanan untuk menuntut keadaan hidup yang lebih baik.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bio 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-10-30.
  2. ^ "Atef Abu Saif". International Prize for Arabic Fiction. Dicapai pada 2023-12-08.
  3. ^ "The Book of Gaza". English PEN. Dicapai pada 9 December 2022.
  4. ^ "Atef Abu Saif". The Short Story Project. 6 October 2021. Dicapai pada 9 December 2022.
  5. ^ Gerstenberg, Ralph. "Sirren der Kampfdrohnen während des Gaza-Kriegs". Deutschlandfunk. Dicapai pada 9 December 2022.
  6. ^ a b Saab, Sheren Falah. "The Real Mystery Behind an Excellent Detective Story Set in Gaza". Haaretz. Dicapai pada 9 December 2022. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Saab" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ Abu Saif, Atef (December 2, 2023). "I want to be awake when I die". New York Times. Dicapai pada 2023-12-03.
  8. ^ Abu Saif, Atef (December 2, 2023). "My First Day in Southern Gaza Was Like Nothing I've Ever Seen". Slate (dalam bahasa Inggeris). ISSN 1091-2339. Dicapai pada 2023-12-03.
  9. ^ "Palestinian Authority minister to publish diary of life during Israel-Gaza war". The Guardian. 12 January 2024. Dicapai pada 15 January 2024.
  10. ^ "تكليف عاطف ابو سيف متحدثا اعلاميا باسم "فتح"". maan news agency. Dicapai pada 7 Feb 2018.
  11. ^ Akram, Fares (March 19, 2019). "Rare protests erupt against Hamas' 12-year rule over Gaza". Fox News. Associated Press. Dicapai pada March 26, 2019.