Noam Chomsky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Falsafah Barat
Falsafah abad ke-20 / ke-21
187x217
Nama: Noam Chomsky
Kelahiran: 7 Disember 1928 (85 tahun)
Philadelphia, Pennsylvania
Mazhab: Linguistik, Analitis
Minat utama: Linguistik · Psikologi
Falsafah bahasa
Falsafah minda
Politik · Etika
Idea terkenal: Tatabahasa generasi, tatabahasa sejagat, tatabahasa transformasi, kerajaan dan ikatan, teori X-bar, hierarki Chomsky, tatabahasa bebas konteks, prinsip dan parameter, program minimalis, alat pemerolehan bahasa, ketandusan stimulus, Bentuk Normal Chomsky, model propaganda[1]
Dipengaruhi: Panini, Bertrand Russell, John Dewey, Mikhail Bakunin, Karl Marx, Wilhelm von Humboldt, Adam Smith, Rudolf Rocker, Zellig Harris, Immanuel Kant, René Descartes, George Orwell, C. West Churchman, W.V.O. Quine, Alan Turing.
Mempengaruhi: Colin McGinn, Edward Said, Steven Pinker, John Burke, Tanya Reinhart, Daniel Everett, Morris Halle, Gilbert Harman, Jerry Fodor, Brian Eno, Howard Lasnik, Robert Fisk, Neil Smith, Ray Jackendoff, Norbert Hornstein, Jean Bricmont, Marc Hauser, Norman Finkelstein, Robert Lees, Mark Baker, Julian Boyd, Bill Hicks, Ray C. Dougherty, Derek Bickerton, Amy Goodman, Michael Albert.

Avram Noam Chomsky (IPA: [noʊm ˈtʃɑmski]; lahir 7 Disember 1928) ialah seorang ahli linguistik, ahli falsafah,[2][3][4] saintis kognitif, aktivis politik, pengarang dan pensyarah berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang Institute Professor emeritus dan profesor emeritus linguistik di Institut Teknologi Massachusetts.[5] Chomsky terkenal dalam bidang saintifik dan akademik selaku bapa linguistik moden.[6][7] Sejak 1960-an, beliau makin dikenali sebagai seorang penentang politik, penyokong anarkisme,[8] dan seorang cendekiawan sosialisme libertarian.

Pada zaman 1950-an, Chomsky mula mengembangkan teori tatabahasa generatif beliau yang melalui berkali-kali semakan serta membawa pengaruh yang mendalam terhadap bidang linguistik. Dalam bidang itu, beliau disifatkan sebagai "perwira ibarat Homer yang bernar-benar tergolong dalam dewata ahli fikir terunggul di negara kita (Amerika Syarikat), dengan segala kuasa-kuasa dan sifat-sifatnya. Mula-mula sekali, kepintaran beliau amat memeranjatkan. Kepantasan, kemampuan, dan kebolehan sintetik daya fikirnya merupakan satu lagenda. Beliau juga ditakdirkan menjadi pemimpin sejak lahir, mampu mengatur sokongan yang membara tanpa kompromi bagi pendirian-pendirian yang dikembangkan atau diterimanya. Selalunya beliau kelihatan begitu bersemangat untuk membentuk linguistik."[9] Beliau juga mengasaskan hierarli Chomsky, iaitu pengelasan bahasa formal dari segi daya generatifnya. Ulasan beliau terhadap Verbal Behavior oleh B. F. Skinner pada tahun 1959 mencabar pendekatan behaviourisme pada kajian perilaku dan bahasa yang dominan ketika itu serta menyumbang kepada revolusi kognitif dalam bidang psikologi. Pendekatan naturalistik[10] beliau kepada kajian bahasa telah mempengaruhi falsafah bahasa dan minda.[11]

Bermula dengan penentangan beliau terhadap Perang Vietnam, Chomsky menjadikan dirinya seorang pembidas utama terhadap dasar luar dan dalam negeri AS. Beliau menggelarkan dirinya sebagai pengikut sosialisme libertarian yang dianggapnya sebagai "peluasan liberalisme klasik yang benar dan semulajadi ke arah zaman masyarakat berindustri yang maju."[12]

Mengikut Indeks Pemetikan Kesenian dan Kemanusiaan pada tahun 1992, Chomsky menjadi sumber yang paling banyak kali dipetik berbanding mana-mana cendekiawan hidup yang lain sepanjang tahun 1980–92, di samping menjadi sumber kelapan paling banyak kali dipetik sepanjang zaman.[13][14][15] Sementara itu, kedudukan beliau selaku pembidas terhebat dalam politik Amerika turut menjadikan dirinya sebagai tokoh yang diselubungi kontroversi.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kanan Makiya, Fouad Moughrabi, Adel Safty, Rex Brynen, "Letters to the Editor" in Journal of Palestine Studies, Journal of Palestine Studies via JSTOR (Vol. 23, No. 4, Summer, 1994, pp. 196-200), dicapai 4 Disember 2007. Petikan berkait: "On page 146 of my book, I clearly adopt the propaganda model developed by Noam Chomsky and Edward Herman..."
  2. "Noam Chomsky", oleh Zoltán Gendler Szabó, dalam Dictionary of Modern American Philosophers, 1860-1960, ed. Ernest Lepore (2004). "Chomsky's intellectual life had been divided between his work in linguistics and his political activism, philosophy coming as a distant third. Nonetheless, his influence among analytic philosophers has been enormous due to three factors. First, Chomsky contributed substantially to a major methodological shift in the human sciences, turning away from the prevailing empiricism of the middle of the twentieth century: behaviorism in psychology, structuralism in linguistics and positivism in philosophy. Second, his groundbreaking books on syntax (Chomsky (1957, 1965)) laid a conceptual foundation for a new, cognitivist approach to linguistics and provided philosophers with a new framework for thinking about human language and the mind. And finally, he has persistently defended his views against all takers, engaging in important debates with many of the major figures in analytic philosophy..."
  3. "Noam Chomsky", dalam Routledge Encyclopedia of Philosophy (1998), Norbert Hornstein.
  4. The Cambridge Dictionary of Philosophy (1999), "Chomsky, Noam," Cambridge University Press, ms. 138. "Chomsky, Noam (b. 1928), preeminent American linguist, philosopher, and political activist...Many of Chomsky's most significant contributions to philosophy, such as his influential rejection of behaviorism...stem from his elaborations and defenses of the above consequences..."
  5. MIT Faculty website
  6. Clark, Neil (2003-07-14). "Great thinkers of our time - Noam Chomsky". New Statesman. http://www.newstatesman.com/200307140016. Capaian 2008-08-02. "Regarded as the father of modern linguistics, founder of the field of transformational-generative grammar, which relies heavily on logic and philosophy." 
  7. Fox, Margalit (1998-12-05). "A Changed Noam Chomsky Simplifies". New York Times. http://select.nytimes.com/gst/abstract.html?res=F20B1FFA3A5F0C768CDDAB0994D0494D81&n=Top%2fReference%2fTimes%20Topics%2fPeople%2fC%2fChomsky%2c%20Noam. Capaian 2008-08-02. "… Noam Chomsky, father of modern linguistics and the field's most influential practitioner; …" 
  8. Noam Chomsky, Chomsky on Anarchism (2005), AK Press, ms. 5
  9. Randy Harris, The Linguistics Wars, Oxford University Press, 1995, ms. 54.
  10. Language & Communication: the problem of naturalizing semantics, Language & Communication, April 2000
  11. The Cambridge Dictionary of Philosophy (1999), "Chomsky, Noam," Cambridge University Press, ms. 138
  12. "Government in the Future", Tapak web Chomsky, 1970. Dicapai pada 2008-06-25. 
  13. "Chomsky is Citation Champ", MIT News Office, 1992-04-15. Dicapai pada 2007-09-03. 
  14. Hughes, Samuel. "Speech!", The Pennsylvania Gazette, Julai/Ogos 2001. Dicapai pada 2007-09-03. “According to a recent survey by the Institute for Scientific Information, only Marx, Lenin, Shakespeare, Aristotle, the Bible, Plato, and Freud are cited more often in academic journals than Chomsky, who edges out Hegel and Cicero.” 
  15. Robinson, Paul. "The Chomsky Problem", The New York Times, 1979-02-25. “Judged in terms of the power, range, novelty and influence of his thought, Noam Chomsky is arguably the most important intellectual alive today. He is also a disturbingly divided intellectual.” 
  16. "The Accidental Bestseller, Publishers Weekly, 5-5-03, accessed 10-11-08. "Chomsky's controversial political works...became mainstream bestsellers."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: