Avulsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang perubatan, avulsi merupakan kecederaan dimana suatu struktur badan itu tertanggal secara paksaan. Ia sering kali merujuk kepada trauma permukaan di mana semua lapisan kulit telah terkoyak dan mendedahkan struktur dibawahnya (seperti tisu subkutaneus, otot atau tendon). Avulsi adalah serupa dengan lelasan tetapi ia lebih teruk kerana bahagian anggota badan seperti kelopak mata atau telinga boleh terpisah sebahagian atau sepenuhnya daripada badan. Istilah ini berasal dari perkataan Latin avellere yang membawa maksud "untuk mengoyakkan".

Jenis avulsi[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis avulsi pada anggota badan adalah seperti:

  • Telinga
  • Kelopak mata
  • Kuku
  • Saraf (pleksus brakial)
  • Kulit
  • Gigi
  • Pembedahan
  • Periosteal

Lihat juga[sunting | sunting sumber]