Jari kaki pemain tenis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hematoma subungual
Jari kaki pemain tenis
Pengelasan dan sumber luaran

Hematoma subungual pada ibu jari kaki kiri
ICD-10 L60.8 (ILDS L60.872)
ICD-9 924.3, 923.3
eMedicine article/827104 article/82926
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Hematoma subungual merupakan keadaan dimana darah berkumpul (hematoma) di bawah kuku jari kaki (kuku jari kaki hitam). Kes ini membawa kepada kesakitan yang amat memedihkan walaupun ia bukanlah keadaan perubatan yang serius. Ia juga kadangkala dikenali sebagai jari kaki pemain tenis[1] atau jari kaki pelari.

Penyebab[sunting | sunting sumber]

Jari kaki pelari adalah keadaan biasa yang boleh dilihat pada pelari dimana ia disebabkan oleh tekanan di bawah kuku atau pemisahan mendatar plat kuku daripada dasarnya. Kecederaan trauma yang boleh berulang ini membawa kepada pendarahan dan pengumpulan darah di bawah plat kuku. Secara klinikal, ia dicirikan sebagai perubahan warna merah kehitaman kuku kaki. Plat kuku juga berkemungkinan menjadi lebih tebal dan rapuh disebabkan oleh kecederaan.

Keadaan ini biasanya berlaku dengan pemakaian kasut yang tidak sesuai dan ketiadaan ruang untuk jari kaki. Sesetengah pelari yang terdedah juga boleh mengalami jari kaki Morton. Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila terkena kecederaan trauma seperti jari kaki dihentam pada pintu atau melakukan aktiviti sukan seperti memanjat atau mendaki di kawasan yang kasar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]